Showing posts with label WIRA 5 ABIGGAILL. Show all posts
Showing posts with label WIRA 5 ABIGGAILL. Show all posts

Nov 12, 2010

WIRA 5 : DIA DATANG!

Semalam , saya dan Sam berborak tentang kami. Sam banyak bercerita tentang kuasa , musuh dan rancangan - rancangan yang telah diaturkan oleh Tuan Johnson untuk kami , Wira 5 , lakukan . Dari pandangan saya , Sam nie pandai bercerita dan meyakinkan orang. Memang layan abis bila berbual dengan dia. Banyak cerita - cerita tentang vampire yang saya tahu dari dia. And guess what , the interesting part yang baru saya tahu tentang vampire is vampire boleh menangis air mata darah!

"Betul ke?? Tipulah Sam..." saya seakan tidak percaya dengan apa yang Sam cakap.

"Yup! tapi susahlah nak nampak diorang menangis. Mereka akan menangis bila sesuatu perkara yang berlaku tue betul - betul menyakitkan mereka or menyedihkan mereka. Contohnya macam..... Haaa! Kalona.... Masa A-ya mati , Kalona sedih gila dan menangis keluar darah tau." cerita Sam yang kelihatan sangat comel dengan mengenakan kemaja hitam lengan panjang dan dipadankan dengan jaket kulit coklat pekat. Super kacak!


"A-ya? Siapa A-ya?"

"A-ya... Gelaran untuk kekasih Kalona. Sebelum ni , Kalona seorang manusia biasa. Dia macam kita , ada misi tertentu ." ujar Sam.

"Misi tertentu?? Misi apa?" tanya saya.

"Yelah , kitakan nak selamatkan House Of Life. Tapi Kalona pula nak siasat apa yang ada dalam HOL. " terang Sam lalu bangun dari tempat duduknya dan membancuh dua cawan teh apple.




Owh teh apple yang ada di rumah Tuan Johnson ini memang super duper sedap!
Tuan Johnson ada kilang memproses teh dan belakang banglo dia rupanya ada ladang apple yang sangat-sangat luas. Tapi agak jauhlah kalau nak pergi dengan hanya berjalan kaki. Tuan Johnson juga pandai buat gula - gula herba , rasa gula - gula herba dia lebih kurang rasa gula - gula herba Nin Jiom. Marvelous!


"A-ya tu jahat ke?" soal saya lagi . Sam duduk disebelah menghulurkan secawan teh yang dibancuh tadi dan ready untuk sambung cerita semula.

"A-ya sebenarnya tak jahat ... tapi dia berada dibawah pengaruh Linda. Linda cuba memanipulate A-ya untuk goda Kalona then Kalona akan curi maklumat tentang HOL sebab Linda nak rampas kuasa Deborah , pengetua HOL... Owh , kamu tahu apa fungsi HOL pada kita?" tanya Sam tentang House Of Life.

"Tak tahu.Hurm tapi hari tue sempatlah jugak tengok HOL dari luar. Damon tunjukkan." jawab saya ringkas

"Owh..Haaa kalau kamu nak tau HOL tue macam sekolah untuk kita. Sekarang tengah cuti , mungkin awal bulan depan kita akan kesana"

"Kita?? Kenapa nak kena pergi sekolah pula? Hahhaha kelakar je!"

"Ya , kita. Kita kena belajar tentang teori baru. Mungkin Mr Ramon akan ajar cara menentang Kalona" jawab Sam sambil senyum. Comel.

"Itu pun nak kena masuk kelas ke? Hebat betul Kalona tue sampai ada subject khas untuk dia " spontan terkeluar dari mulut.

Saya rasa macam pelik dan ajaib , apa yang kuat sangat dengan si Kalona tue. Biasanya kalau seseorang tue sangat berpengaruh atau sangat pintar atau apa yang sangat - sangatlah kan baru ada subject khas untuk individu tersebut tapi tue pun tak semua orang. But hurmmm.. kat dunia hantu nie agaknya asal ada buat hal sikit je terus ada subject tentang dia kot...



Kami bergerak ke ruang tamu . Ruang tamu banglo Tuan Johnson dipenuhi perabut putih berona pink pada ukiran bunga ros nya. Memang ciri - ciri english klasik habislah. Sangat menarik , kemas , teratur dan bersih. Walhal Tuan Johnson tinggal sendirian dan tidak mempunyai pembantu rumah. Rajin pula orang tua nie mengemas getus hati saya.

Isteri dan 2 orang anak Tuan Johnson sudah lama meninggal kerana kuasa ghaib. Based on apa yang Sam cerita , mayat isteri dan anak - anak Tuan Johnson ditemui dalam pokok besar di tepi tasik Eden..
Mayat mereka ditemui dengan keadaan yang sudah kering dan sangat menakutkan. Bagaimana mayat - mayat tue boleh berada dalam pokok memang tak boleh diterima akal fikiran logik sebab pokok tu sangat besar , manusia tak boleh nak belah tengahnya dan letakkan mayat dalam batang pokok tue. Kalau belah pun macam mana pokok - pokok tue boleh bercantum rapat semula batangnya. Tak meninggalkan kesan apa - apa. Dan yang lebih menggerunkan is pokok - pokok itu dipercayai tumbuh secara tiba - tiba dan mendadak besar. Bermula dari hari itu Tuan Johnson mula belajar tentang kuasa - kuasa ghaib kerana dia mahu keadilan. Sangat tragis bila pihak polis percaya Tuan Johnsonlah yang membunuh dan tanam isteri dan anak - anaknya dalam pokok tue sampaikan Tuan Johnson dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun dan 3 sebatan. Tuan Johnson mahukan keadilan untuk keluarga dia dan dirinya sendiri.

Selepas keluar dari penjara , Tuan Johnson kembali semula ke rumah lamanya dan kemudiannya dia berkenalan dengan Deborah , seorang wanita yang mahir tentang hal - hal magis dan ghaib. Deborah seakan tahu tentang kepulangan Tuan Johnson dan misinya. Deborah juga ada cerita tersendiri tentang benda - benda ghaib. Mereka berkawan baik hingga ke hari ini dan bertindak sebagai pelatih untuk "orang - orang baru" , seperti kami.



"Sam... saya nak tanya awak satu perkara , boleh tak ?" soal saya mengikut Sam ke ruang tamu.

"Sure..pasal ape?" jawab Sam sambil senyum lagi..

Ok soalannya is "kenapa kau-hensem-sangat-comel-gila-sampai-aku-rasa-nak-terkam-kau-nak makan-makan-kau?". Lol bukan tue soalannyalah!

Saya mengambil tempat betul - betul di sebelah jejaka comel itu. Menarik nafas sedalam - dalamnya , cuba untuk tenangkan hati.Bersedia menerima apa yang akan saya dengar dari Sam nanti.


"Kamu tahu siapa Damon? dan siapa saya ?" soal saya agak tergagap - gagap.

"HAHAHAHAHHA! Jangan nak buat lawaklah " gelak Sam kuat.

"Damon? seorang lelaki berketurunan vampire dan awak ? gadis yang senyawa dengan dia , manusia , tapi mempunyai kuasa dan bertindak sebagai ketua kami. " tambah Sam dalam sisa gelaknya.


WHAT?? Manusia?? Saya masih lagi manusia? Ok , sangat terharu dan gembira rasa nak lompat - lompat naik ke awan. Maksudnya saya tak perlu minum darah untuk hidup. Tak perlu membunuh!


"Dan awak pula?" tanya saya lagi.

"Saya? saya manusia macam awak. Cuma saya tak senyawa dengan sesiapa. Tapi mempunyai kuasa terhadap air... Hahahhaha owhh kalau rasa nak minum air banyak - banyak cakap je dengan saya ok" gurau Sam.

"HA.HA.HA.HA kelakarlah sangat" jawab saya dengan nada yang sedikit serius.

"Eyh Sam , awak bolehkan tolong ajar saya macam mana nak kendalikan air" pinta saya. Damon sudah mengajar tentang Angin dan cara - cara mengunakannya , now masa untuk bermain air.

"Boleh apa salahnya. Dah memang tugas saya untuk memahirkan kamu gunakan elemen tue. Tuan Johnson ada juga beritahu saya tentang hal ini.... Tapi berlatih bukan dalam rumah ni lah ya...haaa mati kita kalau rumah banjir" Sam menjawab sambil mengeyitkan matanya dan berjalan keluar.



Hurmm betul jugak tue , air kotttt , seru dalam rumah memang alamatnya mengamuklah Tuan Johnson , habis perabot dia semua kembang. Tak sabar nak gunakan elemen air. Saya terbayangkan yang saya mampu membuat ombak tinggi ala - ala Tsunami. Wahhh hebatnya!



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Petang , saya dan Sam berlatih di tepi tasik Eden , bersebelahan dengan banglo besar itu. Masa mula - mula kami sampai ke kawasan tasik , memang suasana agak pelik . Awan redup tapi kami terasa bahang haba agak panas.

"Ok , cara untuk seru semua elemen adalah sama. Yang penting niat kat hati adalah untuk menegakkan kebaikkan dan keadilan. Sama macam apa Damon ajar untuk angin , kamu just seru dengan cara tersebut. Faham?" ringkas dan padat penerangan Sam.

"Saya cuba ey?"

"Sure" jawab Sam sambil duduk di tunggul kayu , dan kemudian memperhatikan saya yang berada agak jauh dari dia. Takut basahlah tue!

"Dengan perintah kebenaran , ku seru kuasa air datang kepada ku " seru saya perlahan.

Sangat membosankan! saya cuba banyak kali tapi still tak jadi. Benci betul. Saya dah tarik muncung panjang dan Sam tak habis - habis dengan ayat "Cuba lagi.Bersungguh - sungguh".


"Focus , tue yang penting." tegas Sam lagi untuk kesekian kalinya.

"Dah. nak focus macam mana lagi nie. Susahlah...jomlah balik! " malas nak tunggu dan cuba banyak kali. Tak tahu dah kali keberapa ratus saya cuba seru elemen air. Menyirap je.

"Ok , kita cuba sama - sama nak? " pujuk Sam.

"Ok. Nie last ey. kalau tak jadi kita balik."

"Focus!" ingat Sam lagi

"Ya.."


Saya letakkan 101% focus , kemudian kami seru elemen air bersama , "Dengan perintah kebenaran , ku seru kuasa air datang kepada ku".
Tak sampai beberapa saat , saya terasa macam ada orang tuang atas kepala 1 kolam air!!
Ya ampun , bingai betul. Saya lihat Sam kuyup , Sam ketawakan saya yang tengah sememeh.

"Hahahaha!! celak awak cair. Macam hantu"

"Diamlah! nie semua salah awak." marah saya sambil gelak. Nak marah bebetul tak sampai hati , awww awww :]

Ape ke bodohlah sangatkan. Sepatutnya kami harus seru elemen datang dan tuju ke tempat sasaran. And for now kitorang seru kuasa-air-datang-kepada-ku , so ambiklah hadiah. Terima kasih air , terbaik!


Dari jauh kelihatan Stefan datang.

"Wah mandi tasik ke? " soal dia.

"HAHAHAHAHA!!" hanya mampu saya dan Sam berikan sebagai jawapan.




Selepas kami ceritakan kenapa kitorang kuyup , Stefan galak ketawakan kitorang. Sampai terduduk - duduk dia ketawa. Kemudian Stefan ceritakan tentang kuasa Tanah. Saya memilih untuk tak cuba meng-seru elemen tue sebab takut seladang tanah pula jatuh atas kepala. Ngam , terkubur terus plak nanti.
Selang beberapa puluh minit , Dean datang. Dean mengunakan elemennya untuk membuat unggun api biar baju saya dan Sam cepat kering katanya.


Petang tue , jujur saya rasa saya semakin "masuk" dengan mereka. Mungkin sebab saya sudah mula menerima apa yang diajar tentang kuasa , saya gembira yang saya masih manusia walaupun senyawa dengan pontianak , saya kini lebih mengenali jejaka - jejaka kacak ini. Harap saya mampu jalankan tugas saya dalam misi kami. Dan owh! tak sabar nak ke sekolah HOL. Hahaha sangat kelakarlah.


Tiba -tiba unggun api terpadam , kami rasa sejuk. Dean mula mengarahkan kami untuk segera pulang .

"Ada yang tak kena nie. Jom balik!" arah Dean

"Nanti dulu! Tak ada apa - apa yang berlaku... Damon" jawab saya sambil menoleh kebelakang dan mencari kelibat Damon dibalik celah - celah pokok hutan. Saya dapat tahu Damon yang muncul sebab , mamat tue m=cuba untuk masuk dalam fikiran saya.

Kemudian dalam beberapa saat ,ya , kelihatan Damon keluar dari balik pokok dan berjalan ke arah kami. Dengan senyuman yang cukup pahhhnaasss! :]

"Hello." sapa Damon dan duduk sebelah Stefan.

Semua orang ketawa melihat muka merah Dean. Kelakar betul. Dean menghidupkan semula api unggun sambil menjeling ke arah Damon yang tengah buat muka selamba. Dean terus diam. Saya terasa dengan kemunculan Damon , keadaan senja pada masa itu sangat nyaman. Bukan sebab si ter-kacak sudah berada dekat dengan kami tapi disebabkan elemen "sejuk" nya. Kitorang leka berbual - bual walaupun menyedari hari sudah mulai gelap. Dean masih lagi diam dan sesekali dia asyik menoleh kearah hutan belakang , seperti seorang yang sedang risaukan something akan keluar dari hutan dan menerkam dia.




"Rasanya kita patut masuk hutan..." akhirnya Dean bersuara.

"Kenapa?" soal Sam

"Macam ada yang tak kenalah" Dean sudah mula bangun dan berdiri tepat menghadap hutan gelap.

"Isyh kan dah gelap..merepeklah" bantah saya.

"Dean , kau nak cari apa dalam hutan? ayam hutan ke Puteri bunian?" seloroh Damon.

Kami ketawa. Saya orang yang paling kuat ketawa sebab rasa macam bodohnya , apa pulak puteri bunian dengan ayam hutan ada kena mengena tiba - tiba. Sam ketawa sambil menepuk bahu Damon " Kau memang lawaklah bro!!". Damon cuma senyum , begitu juga Stefan. Saya dan Sam yang ketawa beria - ia macam selama ni tak pernah ketawa langsung.

Tiba - tiba ketawa kami terhenti selepas mendengar jeritan seorang perempuan dari arah hutan!

Panik!!


Muncul Tuan Johnson dengan trak nya .


"Lariiiiiiiiiiiiiiii!! Balik ke banglo!!!!Dia dah sampai!!!!!!!!!!"


Ok. Mari ber-marathon!! Kami lari macam tak cukup tapak bila dengar Tuan Johnson jerit. Saya dan Sam lari ke arah truck Tuan Johnson. Damon dan Stefan mengunakan kuasa mereka berlari pantas. Dean lari ke keretanya. Kami bergerak ke banglo.


Saya dengar bunyi seperti seekor burung sedang mengibas kepaknya. Burung besar! sebab bunyinya.........



Saya tahu , misi kami akan bermula.....


Sekarang!



Sep 28, 2010

WIRA 5 : LEBIH JELAS

Atas nasihat Tuan Johnson , saya dan Damon di minta untuk membiasakan diri dengan keadaan kami . Katanya ia untuk mempercepatkan penerimaan saya dalam pemahaman hal - hal senyawa dan kami boleh cepat - cepat mula meneruskan misi.

Sangat menakutkan rasanya bila dapat tahu apa yang ada difikiran kita boleh diketahui oleh orang lain. Like otak-aku-otak-kau-jua. Damn! . Kata Damon , rasa sakit , sedih , gembira atau apa saja yang berlaku antara kami akan kami rasakan bersama. Dan itulah kuasa 'imprint'. Tak ramai vampire yang mahu senyawa dengan manusia biasa sebab ia boleh membahayakan nyawa masing - masing dengan lebih cepat. Maksudnya kalau salah seorang sakit tenat , yang sorang lagi akan tenat juga. Kalau sorang mati , yang lagi sorang pun akan mati free- free je. Grosssssssss-


Ok stop bout senyawa , sangat tak menarik.
Sebelum keluar tadi , Sam ada berpesan agar Damon bawa saya ke House of Life , sebuah rumah yang menempatkan semua bahan bacaan dan kajian tentang vampire. HOL juga tempat untuk kami berkumpul bersama yang lain bagi menyusun startegi melawan Kalona dan tenteranya.

"Hurm bunyi menarik" jawab saya ringkas bila Sam menerangkan serba sedikit tentang House Of Life

House Of Life tidak hanya tempat rujukan hal - hal berkaitan vampire , terdapat juga bahan - bahan rujukan tentang manusia , haiwan dan kehidupan lain. As long as pasal something benda hidup , so kami boleh merujuk ke sana.
Damon juga ada berjanji untuk tunjukkan saya sebuah perkampungan di mana vampire dan manusia boleh hidup bersama secara terbuka.

"Terbuka? Dalam satu tempat?" soal saya

"Ya. dalam satu kampung. satu petempatan." jawab Damon yang sedang memandu.

"Takde yang cedera ke??" tanya saya lagi sambil buat muka teruja + jakun. ya maybe i sound stupid tapi manusia dan vampire hidup sekali? hoishhh mesti ade yang kena makan nanti

"Sampai sana nanti kamu tengok sendiri"


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Finally , kami sampai di HOL and I feel like Omagoshhhhh!
Sangat tak percaya dengan apa yang saya nampak , apa yang ada didepan mata. Bangunan HOL sangat menakjubkan!



Lain kali saya akan ceritakan tentang HOL dan apa yang ada didalamnya sebab hari ini kami tidak masuk kedalam , hanya memerhatikan dari jauh sahaja. Satu hari nanti saya akan pastikan saya ada dipuncak bangunan itu!


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Saya dan Damon tak jadi ke perkampungan ape ntah namanya tu sebab saya decide untuk belajar something dari dia. Itu lebih penting dari kami menghabiskan masa "berkenalan" dengan cara bersiar - siar. Lagipun saya teringatkan pesanan Tuan Johnson pasal misi kami. Jadi tak boleh bazirkan masa lagi.

Damon ajar saya cara untuk menerima 'kemasukan' dia dalam fikiran saya dan cara saya untuk 'masuk' dalam fikiran dia.

Like usual , mula - mula kepala memang agak sakit sebab rasa sesak. Rasa macam beban berganda - ganda ditolak masuk dalam kepala . Owh actually dia depends on orang yang nak masuk dalam fikiran kamu punya keadaan , kalau dia serabut , kamu akan rasa lebih sesak. Tapi kalau minda dia kosong , kamu takkan rasa apa - apa. So sekarang nampak sangat Damon macam tengah serabut. Grosssssssss-
Setelah mencuba berkali - kali , akhirnya saya dapat membaca fikiran dia. Hahahaha guess what , dalam fikiran dia sekarang is 'cuba lagi - cuba lagi - kamu boleh lakukannya-cuba - cuba - cuba'. No wonderlah kepala semak , beria - ia suruh aku cuba! Saya rasa dia patut tahu yang keserabutan kepala dia buat saya sakit kepala .
Setelah cuba punya cuba , kami dah ade "connection".

Masuk dalam minda partner hanya akan berlaku kalau kita yang mahu dan bukanlah bermaksud saya dan Damon berkongsi fikiran yang sama .Minda kami berbeza , apa yang kami fikir kan juga berbeza tapi boleh dibaca dan kami boleh berhubung melalui telepathy . Cuma apa yang dikongsikan ialah perasaan. Hurm mungkin..

Ok done!
Now masa untuk lebih mengenali elemen angin.

Memandangkan Damon menguasai elemen angin jadi dia lebih tahu apa dan bagaimana angin boleh membantu saya . Dia menerangkan masa bila kuasa angin boleh digunakan dan tidak boleh berfungsi. Selain itu dia juga ada ajar cara untuk mengendalikan elemen angin bila digabungkan dengan kuasa elemen - elemen lain. Hey masa nie saya rasa sangat menarik. Bayangkan saya boleh terbangkan sebuah pondok kecil. Hahahaha ok , saya tahu , vandalism , tapi hebatkan?


"Dah lewat petang , kita harus pulang. Nanti yang lain - lain risau" kata Damon dengan suara perlahan dan dengan riak muka yang sangat tenang.

Actually , salah satu sebab kenapa saya sukakan Damon ialah dia sentiasa kelihatan cool , cuma dalam keadaan tertentu , dia nampak agak misteri dan pendiam. Tapi... dia juga sangat kacak bukan ?

"Ya saya tahu. saya boleh baca fikiran kamu" jawab saya yang sedang membaca fikiran dia dan sudah melangkah tiga tapak ke kereta lebih awal sebelum dia bersuara.





Damon senyum dan dalam fikiran dia sekarang is "saya gembira kamu sudah menerima saya..".

"Saya terima kita senyawa. Dan saya terima kamu sebab saya bukan vampire. saya masih lagi manusia , manusia yang akan bantu kamu dan yang lain - lain"

Hari esok ialah masa untuk berkenalan dengan Sam , Dean and Stefan. Kemudian Kalona!



Sep 17, 2010

WIRA 5 : SIAPA SAYA ?

Saya masih terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Jantung masih berdegup kencang. Dalam hati masih lagi mengeluh dan mengeluh... Terlalu banyak rupanyabenda baru yang harus saya ketahui dan belajar tentang kehidupan dimensi ini.
Ya , sebelum ini saya merasakan semuanya mudah. Saya merasakan mungkin bila saya bekerjasama dengan mereka ( Dean , Sam , Damon dan Stephen ) , cabaran yang kami hadapi nanti tak menjadi terlalu complicated sangat.Tapi rupanya lain yang jadi...

Saya sedar , kami ada tugas masing - masing dan keupayaan masing - masing. Cuma setakat ini saya belum tahu apa kemampuan sebenar yang ada pada diri ini sampaikan mereka mahu saya terus kekal bersama meneruskan setiap misi mereka.
( Owh! mungkin sekarang saya harus mengelarnya sebagai "Misi Kami" dari terus membahasakan ia sebagai "Misi Mereka". Kami , saya juga terlibat , tidak boleh terus mengharap mereka sahaja. )


Saya lihat Dean memikul guni itu masuk ke dalam rumah lama yang kelihatan agak pelik tapi sangat menarik. Rumah tersebut milik Tuan Johnson. Apa yang saya faham , Tuan Johnson seorang yang pandai dalam ilmu - ilmu mistik dan selalu membantu mereka menyelesaikan sebarang masalah berkaitan hantu.

Dengan langkah perlahan , saya mengikuti Dean masuk ke rumah.



++++++++++++++++++++++++


"Kau dah terangkan semuanya pada dia ?" tanya Damon yang tegak berdiri disebelah pintu. Tersentak saya melihat dia berdiri disitu.

"Belum." jawab Dean ringkas.

"Kamu dah sedia untuk ketahui perkara nie semua dengan lebih lanjut? Dah bersedia dengan lebih banyak halangan ?" Damon duduk dihadapan saya dan mula menyoal.

"Huuuuh??" Terpinga - pinga saya dengan soalan yang ditanya.

"Damon...dia perlu tahu satu persatu..dari awal...." Kedengaran suara besar Tuan Johnson.


++++++++++++++++++++++



Kami semua masuk ke bilik bacaan di banglo Tuan Johnson.

"Kamu ada kuasa 4 elemen gabungan daripada mereka" kata Tuan Johnson sambil memandang ke arah Dean , Sam , Stephen dan Damon.
Tiba - tiba saya rasa sangat excited dengan apa yang saya dengar and i feel like "Wooww!-aku-ada-kuasa-lah-siot!".

"Kuasa 4 elemen tue apa? apa elemen - elemennya?" soal saya dengan nada yang agak teruja.
Tuan Johnson pun menerangkan secara terperinci apa 4 elemen yang saya punya. Sekarang tahulah saya bahawa Sam dan Stephen masing - masing punya kuasa elemen Air dan Tanah . Damon , Angin ( wuuuuu patutlah sejuk je kalau duduk dekat dengan dia.uhuk uhukk ). Dean? hoooh dia punya kuasa Api.

"Menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga dan melindungi kamu dari pengaruh Kalona" sambung Tuan Johnson sambil bergerak ke rak buku dan mengeluarkan sebuah buku lama. Buku lama itu diberikan kepada saya.

"Ini catatan lama tentang Kalona. Setiap Prietess akan menyambung membuat catatan tentang Kalona dari setiap abad kehidupan...Simpan buku ini".

Suasana bilik bacaan sangat sunyi. Sesekali kedengaran bunnyi kicauan burung diluar rumah Tuan Johnson. Sam dan Stephen keluar cari makanan untuk makan malam. Dean sedang sibuk dengan peralatan yang dibawanya tadi. Tinggal saya , Damon dan Tuan Johnson...


KALONA


"Kenapa saya kena simpan? sepatutnya priestess keturunan sekarang yang harus simpan" soal saya . "Kamu priestess kami" jawab Damon sambil senyum kearah saya dan Tuan Johnson.

"Huh?tak mungkin!" bidas saya.

"Priestess , kamu perlu tahu banyak tentang dunia vampire. Kami akan membantu kamu" kata Tuan Johnson. Tuan Johnson sudah mula membiasakan diri saya dengan gelaran Priestess dan ini buatkan saya agak keliru. Saya menyelak helaian dalam catatan lama itu. Lakaran wajah Kalona saya amati. Saya terasa seperti pernah melihat wajah lelaki itu , tapi dimana ?

"Saya macam pernah melihat wajah ini...." spontan saya bersuara.

"Dimana? Bila? " Tuan Johnson menyoal. Kelihatan dia dan Damon agak terkejut dengan apa yang saya nyatakan.

"Saya tak pasti." jawab saya ringkas namun masih lagi cuba untuk mengingati bila dan dimana agaknya pernah saya lihat wajah lelaki itu..

Mencuba dan mencuba untuk ingat tapi masih tak dapat jawapan , tiba - tiba saya rasa kepala sangat berat seperti ada yang memaksa untuk terus mengingat. Semak betul kepala.

"Saya betul-betul tak ingat" jawab saya bila Damon mula mengasak soalan demi soalan dimana saya pernah terlihat Kalona.

"Saya tak boleh nak ingat lagi , kepala saya sakit!" bentak saya.

Damon menunjukkan muka tak puas hati dan lantas pergi meninggalkan bilik bacaan. Saya perasan ketika saya berusaha untuk berfikir , dia juga sepertinya sedang memikirkan sesuatu. Berkerut - kerut dahi dia. Saya agak pelik dengan tingkahlakunya tapi tidak mengambil pusing sangatdengan kelakuan dia itu .


Sebelum keluar dari bilik bacaan , Tuan Johnson sempat berpesan agar saya habiskan membaca catatan lama tersebut dan harus menjadi kuat mental dan fizikal. Dia juga menyuruh saya menggingati semula dimana saya pernah lihat wajah lelaki yang mirip Kalona itu.


+++++++++++++++++++++





Suasana rumah Tuan Johnson sangat tenang dan aman. Kicauan burung , harum bau bunga yang terdapat di keliling rumah , bunyi aliran sungai , membuatkan saya lupa dengan hal - hal lain. Saya masih lagi memikirkan tentang kuasa 4 elemen yang saya ada.

Kata Tuan Johnson saya hanya perlu "seru" jika mahu menggunakan kuasa itu.
Saya cuba untuk mengunakan salah satu kuasa elemen iaitu angin , saya seru "Angin, datanglah kepadaku dan hembuskan tiupan lembut mu untuk menghilangkan kehangatan ini". Dan kemudian saya terasa sangat nyaman!
Teruja betul sebab sudah boleh menggunakan super-power yang ada. hoyeahhh! Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa kulit. Tiba - tiba saya berasa sangat-sangat-sangat-sangat sejuk! Seperti ada yang diluar kawalan saya.
Lihat sekeliling , terpandang Damon sedang berjalan kearah saya. "Owh si bapak angin dah datang pula".


"Wow tengah guna kuasa ke?" tanya Damon sambil senyum manis.

"Tengah cuba - cuba " jawab saya. Malu sebab kantoi-lah-plak.

"Tak salah mencuba Priestess" Damon duduk disebelah saya. Tiba - tiba saya rasa kepala menjadi serabut , berat , sarat. macam ada sesuatu yang masuk dalam fikiran saya.
" Sakit kepalalah!" ngadu saya .

" Kamu kena terima perlahan - lahan.Lama- lama nanti semua akan jadi biasa.."
jawab Damon perlahan.

"Apa kena mengena dengan terima perlahan?" tak faham dengan apa yang diperkatakan , saya menyoal Damon untuk mendapatkan jawapan.

Kelihatan Damon mencari seribu nafas untuk menerangkan sesuatu kepada saya. Dia cuba menerangkan sesuatu yang penting mungkin. Saya duduk mengadap dia dan mata saya tidak lari sedikit pun dari terus memandang dia. Kacak!

"Sebenarnya kamu dan saya Imprint..."

"Imprint? But how?"

"I suck ur blood before then dari situ semua ini bermula... Awak pernah tolong saya ketika saya hampir mati.." jawab Damon perlahan.

"What?Bila??" confius dengan jawapan Damon , saya terus bangun dan berdiri depan dia untuk mendapatkan jawapan.

"Cuba lihat di lengan kamu"
pinta Damon dan ikut berdiri.

Saya lihat ada parut! "Awak siapa???!" suara saya sudah separuh menjerit.

"Maaf.. Sebelum saya mati dan hidup semula , saya diburu oleh Kalona. Tentera Kalona berjaya mencederakan saya dan...."

"Dan?" soal saya meminta penjelasan.

"Dan... masa tu Dean culik kamu , Kebetulan rumah kamu paling dekat dengan tempat kejadian. Saya mintak maaf. Sebab kejadian tue kita menjadi senyawa..."

"Rasa sakit kepala kamu disebabkan saya. Saya cuba masuk kedalam fikiran kamu.. Hurm kamu boleh tahu apa yang saya fikirkan dan saya juga macam tue. Tapi itu bila kita berdua bersedia dan biasa. Kamu rasa sakit sebab kamu belum biasa dan belum boleh rasa dengan lebih jelas. kita boleh cuba. Dan sebenarnya....saya vampire"
terang Damon .

Damon vampire?
Ok nie memang mencabar , saya senyawa dengan seorang vampire?! Means kalau vampire hisap darah manusia , manusia tue akan bertukar menjadi vampire juga!

"Saya..erkk adakah saya...vampire?" soal saya tergagap - gagap.
Damon memandang saya dengan seribu makna. Saya berasa sangat-sangat-sangat takut sekarang.

Damon memegang tangan saya dan mula meyakinkan saya yang saya akan selamat. "Jangan risau , saya faham dengan perasaan kamu. Jangan takut. selama kita berdua tak berpecah , kita akan selamat.." pujuk jejaka itu.










Aug 24, 2010

WIRA 5 : KEHIDUPAN DUNIA KEDUA

Monday blues.....
Bangun pagi pergi class , memang benda yang paling "berat" untuk pagi isnin..
Super malas. Mata berat. Subject first plak subject yang HEAVEN gila. Pfttttt-

Bila lecturer asyik sebut "Payment , payment , payment" dalam class Macroeconomics dan aku plak asyik dengar "Damon , damon , damon!".


5 minit kemudian ,
mula hanyut dengan dunia fantasi . Teringat Wira 5.
Pandang slide show , tetiba muka Damon muncul menarik aku dalam kehidupan dunia kedua!

DAMON

=============================




Kami berlima berjalan menyusuri lembah yang agak pelik. Pelik bagi aku tapi bukan bagi mereka. Mereka mungkin penah hadapi situasi yang lebih bombastic dari sekarang. Siapa tahu , tapi aku pasti sangat mereka pernah...
Mereka? Ya dengan mereka lagi aku HIDUP dalam dimensi kedua ini.


Selepas keluar dari banglo berhantu hari itu , kami terpaksa merentasi lembah pelik ini untuk menuju ke suatu tempat. Aku tak sure tempat apa , malas terlalu banyak tanya since aku sendiri masih pelik dengan apa yang aku hadapi , masih rasa kekok bersama 4 jejaka yang aku belum tahu sangat asal usul mereka .

Sepanjang perjalanan , kelihatan di satu kawasan lapang , rimbunan pokok - pokok dikawasan berhampiran sungai seperti bercantum dan membentuk sebuah gua. Batu - batu kelihatan tersusun berbaris , membentuk seperti sebuah jambatan masuk kedalam gua pokok itu. Daun - daun kering "terbaring" kemas seperti permaidani.
Kawasan "gua pokok" juga kelihatan agak redup , nampak suram dan mendung berbanding dengan kawasan lain di sekelilingnya yang terik dek pancaran cahaya matahari .
Aku sangat teruja .
Yelah dengan keadaan "dia" sahaja yang redup padahal kawasan lain semua panas dan texture dinding gua yang cukup unik buatkan aku tertarik nak mendekati gua tersebut.


Mereka berjalan terus , aku pula cuba untuk mendekati gua pokok dan cuba untuk menyentuh dinding gua itu.


Tiba - tiba......



Dean menepis pantas tangan aku dari terus menyentuh gua pokok itu!

"Hey! Kau dah gila ke ??"

"Kenapa? Saya cuma nak pegang je , bukan nak buat apa-apa pun"

"Kau tau tak kalau kau pegang benda ni , kau akan mati kering?!"

"Huh? mati kering? "

"Selalu buat benda yang berbahaya. Lain kali fikir dulu. Jangan nak menyusahkan orang je!!!".

"Saya tak sengajalah! Lagipun tak tau plak effect pegang pokok ni boleh bawak mati."

"Banyak alasan... tepi!!" Sambil menjeling , Dean jalan pantas kehadapan.


Kurang ajar betul mamat nie getus hati aku.
Aku bukan biasa pun dengan benda - benda bodoh ni semua. Memanglah aku tahu , ada sesetengah pokok mempunyai spirit. Tapi manalah aku tahu pokok jenis apa atau yang mana. Macam ade plak aku belajar basic pasal pokok ke hape nie semua.
Salah sikit pun nak marah. Mood aku terkoyak betul dengan dia . Tension!!


"Dahlah ainn , buat biasa je dengan dia tue... Pengalaman baru untuk awak , kami tak salahkan awak pun."

"Saya tak tahu apa- apa pun pasal pokok tue..." jawab aku slow.

"Takpe.. Dia memang baran tapi dia baik hati. Chill ok."


Yelah , chill lah nie.
Chill dengan benda - benda yang makin tenggelamkan aku dalam dunia yang aku GEMAR tapi aku tak mahu terus kekal disini...
Jujur aku sangat excited dalam MISI ni tapi pada masa yang sama aku tertekan , tanpa tahu hujung pangkal , aku diberitahu bahawa aku salah seorang penyelamat. Wahhhh pening kepala bai-

MISI ? Haaa bercakap pasal misi , Wira 5 masih ada misi yang belum lengkap.

Wira 5? Hahahaha nama group taknak kalah =]

Misi kami sebenarnya untuk cari punca kenapa dan siapa yang melibatkan kami berlima dalam dunia hantu puaka ini. Pelikkan tetiba boleh terjerumus dalam kancah kegilaan ni.
Hey ingat senang ke nak berurusan dengan hantu pontianak , lembaga - lembaga pelik segala . Apatah lagi kami manusia , makanan mereka kottt-

Kami memerlukan strategi yang betul atau silap hari bulan mungkin boleh......



"Owh tentang pokok tue , pokok tue hidup... Dia mampu sedut kuasa yang ada dalam badan kalau awak sentuh dia. Parasit. Sangat berbahaya." Terang Stefan.


STEFAN

++++++++++++++++++++++++


Perjalanan kami akhirnya sampai ke sebuah perkampungan yang sangat sunyi. Kami hanya bisa mendengar bunyi deruan angin. Tiada kicauan burung , tiada suara manusia , tiada bunyi langsung.
Nahhh another ke-pelik-kan .
Kabus tebal , senyap , lengang seperti tidak berpenghuni. Sumpah cuak!
Ape kejadah sampai kena lalu tempat nie?

Owhhh aku kenal tempat nie , Silent Hill!!




Tapi , nasib agak baik sebab masa kitorang tiba di Silent Hill , hari masih cerah.
Walaupun hari cerah , aku still takut. Takut sangat untuk berada lama kat tempat tu.


"Cepat! Kita takde masa nak berlengah"

Terpancul ayat tue dari mulut aku.
Takut punya pasal tetiba aku bersuara.

Aku nampak Dean senyum.
Dalam hati aku , celaka mamat ni , nak perli akulah tue!



Untuk pengetahuan kalian , Silent Hill pada waktu gelap sangat menakutkan. Banyak mahluk luar biasa akan keluar. Hurm mungkin lain kali aku akan cerita tentang perkampungan puaka ini...


Mereka berjalan pantas ke sebuah kereta dan aku membuntuti mereka.
Naik kereta dan terus bergerak menuju ke sebuah tempat yang aku sendiri tak tahu mana arahnya. Sam yang drive. Aku dengar mereka ada berbincang - bincang dan sebut nama siapa ntah. Tapi aku tak ambil port sangat. Penat!
Mata semakin mengecil dan aku hanyut....


+++++++++++++++++++++++++++


"Hoi bangun - bangun!!" Jerit Dean sambil goncang - goncang kereta.


Arghhh menyirap betul aku dengan mamat ni. Ape kehal ntah dia nie kasar nak mampus.


"Nak bangunlah nie............" Jawab aku dalam keadaan mamai - mamai.

"Cepat sikit, semua dah masuk dalam. Kau sorang je lembab, Dah tidur tak geti nak bangun sendiri"

"Cakap orang yang kau tu tercegat kat sini buat apa?"

"Aku nak angkat baranglah... Kau sini, tolong angkat bawak nie masuk dalam!"

"Dahlah menyuruh orang. Cakap kasar - kasar , paksa- paksa. Tak guna" Rungut aku.



Aku turun dari kereta dan menunju ke bonet belakang.
Aku tengok muka Dean dan barang yang dia suruh bawak tue berulang - ulang kali.

Nak mati ke hape suruh aku angkat guni besar nie!!?
Kalau tak tertanggal jari - jari aku , untung - untung dengan tangan - tangan sekali tercabut. Mamat nie memang dah tahap dewa dia punya kuang hajar. Grrr!


Aku try angkat "Berat!"

"Jangan nak mengada - ngada sangat! Angkat jelah"

"Beratlah gila" Jawab aku sambil seretkan guni tue sedikit.

"Angkat bukan seret!!!"

"Beratlah, kau tak paham bahasa ke??"

"Angkat jelah macam nie..." katanya sambil menunjukkan gaya - gaya mengangkat.

Bodoh. Macam aku tak tau angkat tue macam mana. Aku cakap berat. bukan tak tau angkat.

"Beratttttttttttttttttttttttlah!!"

Berlaku adegan tarik menarik dan....






PRAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!
Guni koyak.


"Haaaaaaaaaaaa!!! apa nie? Kau nak buat apa dengan benda nie??"
Muka aku dah pucat. Terjerit aku dibuatnya.
Jari jemari aku dah sejuk bila lihat apa yang aku nampak kat depan mata ni.

"Tolong angkat" Suara Dean perlahan.

"Taknak! Bagitau kau nak buat apa dengan benda - benda nie semua?"

"Jangan banyak tanya...semua salah kau sampai terbarai barang - barang nie"

"Aikkk! cakaplah nak buat apa dengan benda - benda nie?"


Kali ini dengan beraninya aku tepis tangan dia dari terus kutip "benda" yang bersepah tue agar dia menjawab pertanyaan aku.


"Senjata" Jawab Dean ringkas.

" Senjata dengan benda - benda menakutkan nie??"

"Perjalanan kita belum sampai akhir. We, you and us , kita ada kerja lagi... Banyak lagi yang perlu kita selesaikan. Ini semua hanya satu permulaan. Perkara yang lepas tue just percubaan untuk kita. Ada banyak lagi..."

"Permulaan? "


Aku tersandar.
Macam nak pecah jantung aku melihat apa yang aku nampak dan dengar.
Apa yang katanya hendak digunakan sebagai senjata.
Apa yang dikatakan selama ini semuanya hanya satu permulaan.
Aku membayangkan bila kami dikatakan perlu cari punca kenapa kami terlibat dengan dunia nie hanya dengan duduk berbincang dan cari jalan keluar begitu saja. Tak terfikir sampai perlu gunakan SENJATA!
Ligat otak aku buat flashback , terbayang muka hantu cina . Banglo gelap.


++++++++++++++++++++++++++++


Sayup aku melihat ke arah rumah tua itu ,
nampak kelibat Damon sedang perhatikan kami.




"Apa lagi yang akan terjadi selepas ni......"









Aug 3, 2010

WIRA 5 : KEJADIAN PELIK SELEPAS MELIHAT MAYAT KELMARIN

Selalu dan kebiasaan-nya-lah kan orang - orang selalu cakap , lepas kita tengok kemalangan , mayat , orang mati , darah , atau kita berada dalam situasi yang sangat menakutkan , mesti nanti kita akan terkena BADI or paling koman pun mesti orang yang tengok tue akan terbawa - bawa "ketakutan" tue sampai dalam mimpi , nightmare!.
Perasaan takut yang melampau kadang - kadang boleh buatkan kita jadi fobia dengan sesuatu perkara. Secara langsung ataupun tidak. Secara rela atau terpaksa =]
Tak boleh nak elak. But for those yang sangat - sangat -sangat kuat semangat , korang mungkin takdelah terasa pape effect sangat kot kalau berhadapan dengan perkara - perkara tue.


Same goes for me , masa umur 14 tahun , time tuelah first time "berdepan" dengan kematian salah seorang ahli keluarga terdekat , arwah nenek . Pieww sumpah , malam tue tidur tak tenang siot , saya semacam meracau - racau , mengigau. I feel like "hantu nenek" watch me from every corner of my house and wherever i go , i feel like she follow me... Serious! On that times , saya sangat takutkan gelap. Bila balik kampung atau naik kereta waktu malam , saya langsung tak pandang luar. Saya sangat takut =[


Perangai macam cucu derhaka kan?
Macam orang takda iman pun ye gak. Malu sekejap! =.='



Sebenarnya bukanlah takut sebab ingat bila waktu malam je arwah nenek akan menjelma jadi hantu terus , tak! Tapi fobia , takut , yelah first time orang dalam keluarga terdekat meninggal. So rasa macam pelik , janggal. Tak boleh nak percaya. Before tue selalu tengok scene "mati" dalam TV , but now i watch it live!
Dan selalu sangat tengok cerita hantu , so macam terpengaruh plak dengan trend "lepas orang mati , orang tue jadi hantu" =.='
Lagipun masa tue kecik lagi. Berfikir pun tak sejajar dengan keadaan yang sepatutnya. Alhamdulillah sekarang saya dah tak macam tue.

Al Fatihah untuk arwah nenek =[



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Kawan - kawan ramai yang tanya "Hey kau tak kena benda - benda pelik pape ke lepas tengok orang mati?" lepas saya cerita pasal Uncle yang mati dalam bus tempoh hari.


Hurmmmm apa yang patut saya jawab sebenarnya?
Patutkah saya menipu?
Atau harus beritahu perkara sebenar?


Baiklah , saya terus terang..
ADA.
Pasal orang mati dan hantu =[







Awalnya cuba taknak fikirkan sangat pasal apa yang berlaku di siang hari , pasal Uncle tue. Nak buat cam biasa - biasa jelah. So sebelum tidur , pasanglah earphone , dengar lagu Shahir AF , hope konon - kononnya kalau mimpi pon nanti akan mimpi Shahir , bukan mimpi Roh Uncle. Kalau kena kacau pun bukan kena kacau dengan Hantu Uncle tapi kena kacau dengan Shahir. Ahhh ahhhh ahhhh! ;]



Setelah hampir 10kali ber-kebahagiaan dalam perpisahaan , tetiba mata macam ditekan paksa tutup , badan rasa lemah , kepala rasa berat. Suara Shahir makin lama kedengaran makin slow... Semacam makin romentik , cam berbisik - bisik gitu. Aww tergoda kejap! I try to open my eyes but damn! i cant. Badan rasa macam melekat kat katil , dah rasa macam kena sedut masuk ke dalam katil. Abis , gelepar, apa yang nak jadi nie???
PASRAH -



Saya rasa bagaikan badan terhempas dari tempat tinggi. Sakit! Then bila buka mata , saya sedar yang saya kini berada di sebuah tempat gelap! Keliling gelap , gelap , gelap sangat! Tak nampak apa - apa cahaya. Saya terdengar bunyi angin kuat muncul dan tiba - tiba hilang. Muncul lagi dan hilang lagi. Mulut tak berenti - berenti berdoa , baca doa macam -macam. Sampai terasa doa makan pun saya baca je kot. Cuak babe , ketar lutut!

Ahh mati saya berada di alam mana plak nie.


Tiba - tiba ada 2 lembaga hitam datang dan terus tarik tangan saya untuk bangun. Sakit seyh! Kamu tahu , rupanya tadi saya terbaring atas lantai. Pekejadah saya buat kat lantai bukan ke saya tidur kat atas katil empuk tadi? Pelik!

Saya rasa benda yang tarik saya tue manusia sebab saya boleh rasa bentuk jari tangan dia. OMG!! Uncle kah yang menarik saya?
Nak ajak mati sesame ke hape nie?

Hidung saya dah mula baukan something. Something like bunga melati ke bunga melur ntah punya bau , plus bau hanyir - hanyir darah. Takot , takot , takot!!!

Tetiba orang yang tarik saya bisik , "Awak jangan takut , kami nak selamatkan awak".
Saya dah mula nak nangis , ape kehal suara dia macam Shahir AF? Uncle menyamar jadi Shahir ke? Orang kata jangan percaya suara - suara berbisik , mungkin tue bisikan syaitan. Adakah yang mengaku nak selamatkan saya tue syaitan??? Adakah saya sekarang berurusan dengan syaitan cina ke hape nie???
Ya Allah , selamatkan hamba mu ini!


Saya try untuk melawan orang tue tapi tenaga dia kuat sangat , dia marah saya sebab cuba lari , "Awak nak lari pegi mana? Kami perlukan awak dan awak perlukan kami. Kita perlu bunuh hantu nie kalau nak bebas dari sini!!".

I feel like "What the hell we need each other?? bila masa plak saya ada kuasa SUPERNATURAL nak lawan hantu - hantu nie? NO WAY! I wanna go back to UNITEN now!" . Then , mereka seret saya ke bilik rahsia untuk tunjukkan rupa mereka sebenar sebab saya terlampau bising dan seboleh - boleh nak melarikan diri dari mereka.

Owh tidak! mereka bukan saja berdua , malah bertiga!! Bila saya dipaksa membantu mereka , kami berempat terpaksa bergabung tenaga kononnya. Pffhhhh!
Saya dengar mereka merancang strategi. Kata mereka hantu yang bakal KAMI lawan nie bukan sebarangan. Hantu Cina!

Tiba - tiba muncul seorang lagi lelaki. OMG! sape plak nie? Hensem nak mampu*!
Saya berkenalan dengan seorang demi seorang dari pada mereka. Sumpah! mereka sangat kacak. Setelah sejam bekerjasama meyusun strategi , saya rasa macam taknak balik ke dunia realiti.
Biarlah aku tersadai di alam mu. Aku hanyut dalam ketampanan wajah mu wahai jejaka - jejaka misteri~~


Hari makin lewat , keadaan masa tue semakin seram. Bulan semakin besar dan benda - benda mati kelihatan hidup! Bayangkan , saya boleh lihat cawan bergolek - golek tanpa digerakkan , permaidani terbang tanpa angin , guli - guli melantun tanpa pembaling , frame -frame gambar bergoyang - goyang. I'm not in WONDERLAND , saya perasan yang tempat awalnya saya terbaring itu adalah dikawasan ruang tamu sebuah banglo besar yang burok dan TAK berpenghuni siang tapi BERTETAMU malam!
DAMN!


Pintu terbukak ketika kami sedang sibuk bersiap sedia untuk melawan Hantu Cina! Ya ampun , besarnya hantuuuu!!
Rambut mengerbang dan menjalar ke pelusuk ruang , gigi tajamnya kelihatan sangat menakutkan. Matanya merah saga! Suaranya nyaring. Bau dia , maha busuk! Dari badan hantu cina tue boleh nampak beribu - ribu ulat sampah. Saya dah nak muntah . Gila kau , first time nampak hantu LIVE! dari bawah "kaki" hantu tue , saya nampak darah mengalir . Pekat dan sangat hanyir. Pfhhhhhh!


4 orang jejaka tue dah kedepan , nak serang guna garam , senapang khas , pisau, parang ,buloh , air mende ntah and bawang. Ok . Saya dah makin pening dan makin serabut. Saya nampak mereka lawan bersungguh - sungguh sementara saya di arahkan pegang sesuatu dalam bungkusan kuning. Kata mereka gunakan bila perlu.


Saya nampak mereka melibas sebilah parang kat hantu tue dan hantu tue terbelah - belah dan setiap "ketul" badan hantu tue hidup dan wujud semula jadi hantu junior. OMG!
Keadaan semakin tak terkawal. Hantu junior lebih ganas. Habis lengan baju saya dia gigit!
Saya tak boleh duduk semata tanpa berbuat apa - apa. Sebab mereka ada kata "we need each other" dan takkan we need each other dengan gaya saya tengok je mereka berlawan kan?

Suddenly teringat bungkusan yang ada kat tangan saya. Buka. Ya Allah , kuasa Tuhan jangan diketepikan. Dalam bungkusan tue ada yassin dan ayat kursi. Saya terus baca berulang - ulang. 5 minit membaca , hantu cina itu mula berapi - api dan terbakar! Jejaka misteri berempat tue terus menyuruh saya ulang - ulang baca surah - surah suci itu sambil mereka lawan dengan hantu junior. Dan finally saya berjaya "men-ter-bakar-kan " hantu cina itu secara keseluruhan! Yeayyyyy!!!


Kami rasa lega, tugas dah selesai. Kitorang berlima dah selamat.
Tapi kamu semua jangan heran tau kenapa saya sorang je yang baca yassin , dan jejaka berempat tue semacam guna alat omputih untuk lawan hantu like diorang gunakan bawanglah , senapanglah and the water that they usually use untuk lawan hantu.




Sebab kami adalah....













HAHAHAHAHAHA!
Sila jangan benci saya! Betul seyh semalam memang saya mimpi camnie. Saya bersama Supernatural and Vampire Diaries team yang bunuh hantu cina tue. Sumpah!


Sebelum berpisah , mereka sempat menghadiahkan seketul ciuman selamat malam pada saya. Wiwittt!!!
=]


Tetiba!



















Edward Cullen datang dan terus tarik saya. Damn!
Dia cemburulah plakkkkkkkkkkkkk...

Tengah - tengah die tarik tangan saya sambil kami berlari - lari anak , tetiba saya tersandung pada kaki mayat hantu..
dan...










GEDEGANGGGGGGGGGGG!!!












Kepala terantuk kat dinding.
Bangun.
Owh saya mimpi rupanya!







Alamak , mati!
Jam dah 7.10 , klass kul 8! Baju tak gosok , tak mandi lagi!








PSS!!! : Hey kamu ingat tak seronok ke baca novel - novel hantu? Hahahaha boleh terbawa - bawa dalam mimpi ok =] Pengaruh yang luar biasa!!