"Betul ke?? Tipulah Sam..." saya seakan tidak percaya dengan apa yang Sam cakap.
"Yup! tapi susahlah nak nampak diorang menangis. Mereka akan menangis bila sesuatu perkara yang berlaku tue betul - betul menyakitkan mereka or menyedihkan mereka. Contohnya macam..... Haaa! Kalona.... Masa A-ya mati , Kalona sedih gila dan menangis keluar darah tau." cerita Sam yang kelihatan sangat comel dengan mengenakan kemaja hitam lengan panjang dan dipadankan dengan jaket kulit coklat pekat. Super kacak!
"A-ya? Siapa A-ya?"
"A-ya... Gelaran untuk kekasih Kalona. Sebelum ni , Kalona seorang manusia biasa. Dia macam kita , ada misi tertentu ." ujar Sam.
"Misi tertentu?? Misi apa?" tanya saya.
"Yelah , kitakan nak selamatkan House Of Life. Tapi Kalona pula nak siasat apa yang ada dalam HOL. " terang Sam lalu bangun dari tempat duduknya dan membancuh dua cawan teh apple.
Owh teh apple yang ada di rumah Tuan Johnson ini memang super duper sedap!
Tuan Johnson ada kilang memproses teh dan belakang banglo dia rupanya ada ladang apple yang sangat-sangat luas. Tapi agak jauhlah kalau nak pergi dengan hanya berjalan kaki. Tuan Johnson juga pandai buat gula - gula herba , rasa gula - gula herba dia lebih kurang rasa gula - gula herba Nin Jiom. Marvelous!
"A-ya tu jahat ke?" soal saya lagi . Sam duduk disebelah menghulurkan secawan teh yang dibancuh tadi dan ready untuk sambung cerita semula.
"A-ya sebenarnya tak jahat ... tapi dia berada dibawah pengaruh Linda. Linda cuba memanipulate A-ya untuk goda Kalona then Kalona akan curi maklumat tentang HOL sebab Linda nak rampas kuasa Deborah , pengetua HOL... Owh , kamu tahu apa fungsi HOL pada kita?" tanya Sam tentang House Of Life.
"Tak tahu.Hurm tapi hari tue sempatlah jugak tengok HOL dari luar. Damon tunjukkan." jawab saya ringkas
"Owh..Haaa kalau kamu nak tau HOL tue macam sekolah untuk kita. Sekarang tengah cuti , mungkin awal bulan depan kita akan kesana"
"Kita?? Kenapa nak kena pergi sekolah pula? Hahhaha kelakar je!"
"Ya , kita. Kita kena belajar tentang teori baru. Mungkin Mr Ramon akan ajar cara menentang Kalona" jawab Sam sambil senyum. Comel.
"Itu pun nak kena masuk kelas ke? Hebat betul Kalona tue sampai ada subject khas untuk dia " spontan terkeluar dari mulut.
Saya rasa macam pelik dan ajaib , apa yang kuat sangat dengan si Kalona tue. Biasanya kalau seseorang tue sangat berpengaruh atau sangat pintar atau apa yang sangat - sangatlah kan baru ada subject khas untuk individu tersebut tapi tue pun tak semua orang. But hurmmm.. kat dunia hantu nie agaknya asal ada buat hal sikit je terus ada subject tentang dia kot...
Kami bergerak ke ruang tamu . Ruang tamu banglo Tuan Johnson dipenuhi perabut putih berona pink pada ukiran bunga ros nya. Memang ciri - ciri english klasik habislah. Sangat menarik , kemas , teratur dan bersih. Walhal Tuan Johnson tinggal sendirian dan tidak mempunyai pembantu rumah. Rajin pula orang tua nie mengemas getus hati saya.
Isteri dan 2 orang anak Tuan Johnson sudah lama meninggal kerana kuasa ghaib. Based on apa yang Sam cerita , mayat isteri dan anak - anak Tuan Johnson ditemui dalam pokok besar di tepi tasik Eden..
Mayat mereka ditemui dengan keadaan yang sudah kering dan sangat menakutkan. Bagaimana mayat - mayat tue boleh berada dalam pokok memang tak boleh diterima akal fikiran logik sebab pokok tu sangat besar , manusia tak boleh nak belah tengahnya dan letakkan mayat dalam batang pokok tue. Kalau belah pun macam mana pokok - pokok tue boleh bercantum rapat semula batangnya. Tak meninggalkan kesan apa - apa. Dan yang lebih menggerunkan is pokok - pokok itu dipercayai tumbuh secara tiba - tiba dan mendadak besar. Bermula dari hari itu Tuan Johnson mula belajar tentang kuasa - kuasa ghaib kerana dia mahu keadilan. Sangat tragis bila pihak polis percaya Tuan Johnsonlah yang membunuh dan tanam isteri dan anak - anaknya dalam pokok tue sampaikan Tuan Johnson dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun dan 3 sebatan. Tuan Johnson mahukan keadilan untuk keluarga dia dan dirinya sendiri.
Selepas keluar dari penjara , Tuan Johnson kembali semula ke rumah lamanya dan kemudiannya dia berkenalan dengan Deborah , seorang wanita yang mahir tentang hal - hal magis dan ghaib. Deborah seakan tahu tentang kepulangan Tuan Johnson dan misinya. Deborah juga ada cerita tersendiri tentang benda - benda ghaib. Mereka berkawan baik hingga ke hari ini dan bertindak sebagai pelatih untuk "orang - orang baru" , seperti kami.
"Sam... saya nak tanya awak satu perkara , boleh tak ?" soal saya mengikut Sam ke ruang tamu.
"Sure..pasal ape?" jawab Sam sambil senyum lagi..
Ok soalannya is "kenapa kau-hensem-sangat-comel-gila-sampai-aku-rasa-nak-terkam-kau-nak makan-makan-kau?". Lol bukan tue soalannyalah!
Saya mengambil tempat betul - betul di sebelah jejaka comel itu. Menarik nafas sedalam - dalamnya , cuba untuk tenangkan hati.Bersedia menerima apa yang akan saya dengar dari Sam nanti.
"Kamu tahu siapa Damon? dan siapa saya ?" soal saya agak tergagap - gagap.
"HAHAHAHAHHA! Jangan nak buat lawaklah " gelak Sam kuat.
"Damon? seorang lelaki berketurunan vampire dan awak ? gadis yang senyawa dengan dia , manusia , tapi mempunyai kuasa dan bertindak sebagai ketua kami. " tambah Sam dalam sisa gelaknya.
WHAT?? Manusia?? Saya masih lagi manusia? Ok , sangat terharu dan gembira rasa nak lompat - lompat naik ke awan. Maksudnya saya tak perlu minum darah untuk hidup. Tak perlu membunuh!
"Dan awak pula?" tanya saya lagi.
"Saya? saya manusia macam awak. Cuma saya tak senyawa dengan sesiapa. Tapi mempunyai kuasa terhadap air... Hahahhaha owhh kalau rasa nak minum air banyak - banyak cakap je dengan saya ok" gurau Sam.
"HA.HA.HA.HA kelakarlah sangat" jawab saya dengan nada yang sedikit serius.
"Eyh Sam , awak bolehkan tolong ajar saya macam mana nak kendalikan air" pinta saya. Damon sudah mengajar tentang Angin dan cara - cara mengunakannya , now masa untuk bermain air.
"Boleh apa salahnya. Dah memang tugas saya untuk memahirkan kamu gunakan elemen tue. Tuan Johnson ada juga beritahu saya tentang hal ini.... Tapi berlatih bukan dalam rumah ni lah ya...haaa mati kita kalau rumah banjir" Sam menjawab sambil mengeyitkan matanya dan berjalan keluar.
Hurmm betul jugak tue , air kotttt , seru dalam rumah memang alamatnya mengamuklah Tuan Johnson , habis perabot dia semua kembang. Tak sabar nak gunakan elemen air. Saya terbayangkan yang saya mampu membuat ombak tinggi ala - ala Tsunami. Wahhh hebatnya!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Petang , saya dan Sam berlatih di tepi tasik Eden , bersebelahan dengan banglo besar itu. Masa mula - mula kami sampai ke kawasan tasik , memang suasana agak pelik . Awan redup tapi kami terasa bahang haba agak panas.
"Ok , cara untuk seru semua elemen adalah sama. Yang penting niat kat hati adalah untuk menegakkan kebaikkan dan keadilan. Sama macam apa Damon ajar untuk angin , kamu just seru dengan cara tersebut. Faham?" ringkas dan padat penerangan Sam.
"Saya cuba ey?"
"Sure" jawab Sam sambil duduk di tunggul kayu , dan kemudian memperhatikan saya yang berada agak jauh dari dia. Takut basahlah tue!
"Dengan perintah kebenaran , ku seru kuasa air datang kepada ku " seru saya perlahan.
Sangat membosankan! saya cuba banyak kali tapi still tak jadi. Benci betul. Saya dah tarik muncung panjang dan Sam tak habis - habis dengan ayat "Cuba lagi.Bersungguh - sungguh".
"Focus , tue yang penting." tegas Sam lagi untuk kesekian kalinya.
"Dah. nak focus macam mana lagi nie. Susahlah...jomlah balik! " malas nak tunggu dan cuba banyak kali. Tak tahu dah kali keberapa ratus saya cuba seru elemen air. Menyirap je.
"Ok , kita cuba sama - sama nak? " pujuk Sam.
"Ok. Nie last ey. kalau tak jadi kita balik."
"Focus!" ingat Sam lagi
"Ya.."
Saya letakkan 101% focus , kemudian kami seru elemen air bersama , "Dengan perintah kebenaran , ku seru kuasa air datang kepada ku".
Tak sampai beberapa saat , saya terasa macam ada orang tuang atas kepala 1 kolam air!!
Ya ampun , bingai betul. Saya lihat Sam kuyup , Sam ketawakan saya yang tengah sememeh.
"Hahahaha!! celak awak cair. Macam hantu"
"Diamlah! nie semua salah awak." marah saya sambil gelak. Nak marah bebetul tak sampai hati , awww awww :]
Ape ke bodohlah sangatkan. Sepatutnya kami harus seru elemen datang dan tuju ke tempat sasaran. And for now kitorang seru kuasa-air-datang-kepada-ku , so ambiklah hadiah. Terima kasih air , terbaik!
Dari jauh kelihatan Stefan datang.
"Wah mandi tasik ke? " soal dia.
"HAHAHAHAHA!!" hanya mampu saya dan Sam berikan sebagai jawapan.
Selepas kami ceritakan kenapa kitorang kuyup , Stefan galak ketawakan kitorang. Sampai terduduk - duduk dia ketawa. Kemudian Stefan ceritakan tentang kuasa Tanah. Saya memilih untuk tak cuba meng-seru elemen tue sebab takut seladang tanah pula jatuh atas kepala. Ngam , terkubur terus plak nanti.
Selang beberapa puluh minit , Dean datang. Dean mengunakan elemennya untuk membuat unggun api biar baju saya dan Sam cepat kering katanya.
Petang tue , jujur saya rasa saya semakin "masuk" dengan mereka. Mungkin sebab saya sudah mula menerima apa yang diajar tentang kuasa , saya gembira yang saya masih manusia walaupun senyawa dengan pontianak , saya kini lebih mengenali jejaka - jejaka kacak ini. Harap saya mampu jalankan tugas saya dalam misi kami. Dan owh! tak sabar nak ke sekolah HOL. Hahaha sangat kelakarlah.
Tiba -tiba unggun api terpadam , kami rasa sejuk. Dean mula mengarahkan kami untuk segera pulang .
"Ada yang tak kena nie. Jom balik!" arah Dean
"Nanti dulu! Tak ada apa - apa yang berlaku... Damon" jawab saya sambil menoleh kebelakang dan mencari kelibat Damon dibalik celah - celah pokok hutan. Saya dapat tahu Damon yang muncul sebab , mamat tue m=cuba untuk masuk dalam fikiran saya.
Kemudian dalam beberapa saat ,ya , kelihatan Damon keluar dari balik pokok dan berjalan ke arah kami. Dengan senyuman yang cukup pahhhnaasss! :]
"Hello." sapa Damon dan duduk sebelah Stefan.
Semua orang ketawa melihat muka merah Dean. Kelakar betul. Dean menghidupkan semula api unggun sambil menjeling ke arah Damon yang tengah buat muka selamba. Dean terus diam. Saya terasa dengan kemunculan Damon , keadaan senja pada masa itu sangat nyaman. Bukan sebab si ter-kacak sudah berada dekat dengan kami tapi disebabkan elemen "sejuk" nya. Kitorang leka berbual - bual walaupun menyedari hari sudah mulai gelap. Dean masih lagi diam dan sesekali dia asyik menoleh kearah hutan belakang , seperti seorang yang sedang risaukan something akan keluar dari hutan dan menerkam dia.
"Rasanya kita patut masuk hutan..." akhirnya Dean bersuara.
"Kenapa?" soal Sam
"Macam ada yang tak kenalah" Dean sudah mula bangun dan berdiri tepat menghadap hutan gelap.
"Isyh kan dah gelap..merepeklah" bantah saya.
"Dean , kau nak cari apa dalam hutan? ayam hutan ke Puteri bunian?" seloroh Damon.
Kami ketawa. Saya orang yang paling kuat ketawa sebab rasa macam bodohnya , apa pulak puteri bunian dengan ayam hutan ada kena mengena tiba - tiba. Sam ketawa sambil menepuk bahu Damon " Kau memang lawaklah bro!!". Damon cuma senyum , begitu juga Stefan. Saya dan Sam yang ketawa beria - ia macam selama ni tak pernah ketawa langsung.
Tiba - tiba ketawa kami terhenti selepas mendengar jeritan seorang perempuan dari arah hutan!
Panik!!
Muncul Tuan Johnson dengan trak nya .
"Lariiiiiiiiiiiiiiii!! Balik ke banglo!!!!Dia dah sampai!!!!!!!!!!"
Ok. Mari ber-marathon!! Kami lari macam tak cukup tapak bila dengar Tuan Johnson jerit. Saya dan Sam lari ke arah truck Tuan Johnson. Damon dan Stefan mengunakan kuasa mereka berlari pantas. Dean lari ke keretanya. Kami bergerak ke banglo.
Saya dengar bunyi seperti seekor burung sedang mengibas kepaknya. Burung besar! sebab bunyinya.........
Saya tahu , misi kami akan bermula.....
Sekarang!
No comments:
Post a Comment