Dec 3, 2010

LAGENDA ANJING PONTIANAK

Lama rasanya tak menulis something untuk label "Owwh Ghost". Yelah , 2 -3 hari ni asyik publish entry craving food je kan. Kejap donut , kejap oreo. Macam orang tak cukup makan pula. Nak cerita pasal "kelas ku dan paper work ku" mungkin sekarang belum waktunya , so marilah bersama Ainnz Abiggaill kita terjah dunia misteri , hoyeahh!

Sebelum ni Wooot wooot! ada entry bout Pulau Patung , jenis - jenis Pontianak dan juga Makhluk Gergasi tasik Ness , harini saya nak cerita pasal anjing pontianak.

LOL pontianak pun ada berupa anjing or anjing pun boleh jadi pontianak ke? Haaa ape cerita ? Macam mana rupa dia? Dia makan apa ? Dia boleh kena cahaya matahari tak ? Kalau boleh nanti dia bling - bling macam Edward Cullen tak? Anjing pontianak ni ganas macam Damon TVD tak ? ke dia cute macam Elena ? or blur macam Bella? Haaaa curious-kan camne ceritanya? ape lagi... bacelah perenggan bawah - bawah ni. Tak geti - geti ? ;] *ayat gampang dah keluar*


+++++++++++++++++++++++++++++++++++


Lagenda makhluk penghisap darah telah ada dalam banyak kebudayaan dan kepercayaan manusia di sepanjang sejarah kehidupan kita . Selalunya bila sebut pasal "makhluk yang hisap darah" ofcoz semua akan secara otometik teringatkan pontianak. Setahu saya pontianak ialah orang yang mati hidup semula , something like that ,yang penting dia berasal dari manusia. Tapi pontianak yang nak diceritakan ni ialah anjing / rubah / haiwan yang ala -ala bentuk musang + kangaru iaitu Chupacabra. Nama dia menarik bukan ? ala - ala "Ab-ra-ka-dab-ra!" :]


Mitos tentang chupacabra atau yang juga dikenali dengan anjing setan penghisap darah kambing (goat sucker) bermula dari adanya laporan tentang penyerangan haiwan ternakan di Mexico dan Puerto Rico. Beberapa pengkaji UFO di Puerto Rico pada awal 1990-an menerima laporan dari penduduk tempatan mengenai makhluk aneh yang menyerupai anjing sering menyerang dan menghisap darah ternakan mereka. Pada March 1995 terdapat 8 ekor kambing ditemui mati dengan 3 luka tusukkan di bahagian dada. Bangkai - bangkai kambing tersebut juga kering tiada darah. Hal ini makin tersebar luas bila kejadian yang sama berlaku di wilayah Amerika Latin yang lain.

Pada tahun 1975 , sebenarnya juga sudah ada laporan tentang pembunuhan ternakan oleh sejenis makhluk pembunuh yang disebut sebagai El Vampiro de Moca ataupun Vampire Moca.







Beberapa kaum yang tinggal di hutan Amerika latin mempercayai cerita tentang “manusia nyamuk”, mahkluk mitos yang mendahului cerita chupacabra. Manusia nyamuk memiliki hidung panjang dan juga menghisap darah. Terdapat beberapa sumber yang mengatakan bahawa manusia nyamuk dan chupacabra adalah makhluk yang sama.



Fakta Chupacabra:


# Nama : El Chupacabra / Chupa / El Vampiro de Moca
# Tinggi : 4.5 kaki – 5.5 kaki
# Berat : tidak diketahui
# Mata : Sangat lebar , terkadang berwarna merah
# Kesukaan : kambing , ayam, lembu , kuda, anjing, kucing,
# Tidak disukai : terang , sinar / cahaya
# Penampakan : Guanica, Puerto Rico; Canovanas, Puerto Rico; Klamath Falls, Oregon; Miami, Florida; Calama, Chile; Juarez, Mexico; Sonora, Mexico



Nampak tak apa yang saya bold-kan? Haiwan ini tak suka cahaya dan bermata merah! Nahhhh vampire , vampire~


Pada tahun 2005 , Issac Espinoza membelanjakan sekitar $6 jutauntuk membuat penyelidikan terhadap chupacabra. Selama 8 bulan beliau tinggal di hutan Amerika latin bersama teamnya , beberapa kali mereka terjumpa dengan makhluk aneh yang menyerupai chupacabra. Mereka try untuk merakam makhluk tersebut dan membawa sampel rambut dan kulit yang berhasil didapatkan ke Universiti Texas untuk dianalisis. Hasilnya adalah didapati makhluk tersebut bukan dari jenis yang terkenal sekarang. Means Chupacabra ni rare-lah kononnya.




Teori kewujudan Chupacabra :

Terdapat beberapa teori tentang kewujudan Chupacabra , ada yang logik ada yang macam "omaigoshhh lawak seyh teori nie!". Tak percaya? Jom kita tengok apakah teori - teorinya...
  • Chupacabra dipercayai adalah hasil dari campuran genetik akibat oleh kebocoran kandungan kimia dari makmal rahsia milik Amerika di El Yunque , sebuah gunung di bahagian timur Puerto Rico. Lab tersebut diketahui mengalami beberapa kerosakan akibat hujan lebat pada tahun 1990-an , waktu Chupacabra mula ditemui .
  • Chupacabra adalah seekor kelawar vampire raksasa yang fosil-fosilnya telah ditemui di Amerika Selatan.
  • Chupacabra ialah makhluk peliharaan alien yang terlepas. Beberapa orang menyatakan bahawa ketika mereka melihat chupacabra , mereka juga melihat adanya UFO yang terbang.


Very the tak logik rite? Part yang kelakar sekali is part "makhluk peliharaan alien". Sumpah, tergelak besar saya masa membacanya :] Bayangkan alien warna hijau pegang tali yang terikat di leher Chupacabra , bawak jalan - jalan main - main kat bumi. Ololoh comel :]



Abaikan teori yang tak logik tue , jom ce-ki-daut teori agak logik.


"Barry O Connor, seorang pakar biologi dari Universiti Michigan menyatakan bahawa chupacabra hanyalah anjing liar biasa yang terkena kudis. Penyakit yang boleh membunuh anjing tersebut adalah disebabkan oleh tungau yang duduk di lapisan bawah kulit. Tak hanya anjing liar yang boleh terkena penyakit ini, haiwan lain juga boleh diserang oleh tungau ini sehingga akhirnya akan berwajah seperti chupacabra.

Connor menjelaskan, tungau yang membawa kudis pada anjing liar itu adalah Sarcoptes scabiei yang juga menyebabkan gatal pada manusia tapi bukanlah gangguan yang serius. Sebabnya, manusia memiliki jumlah rambut atau bulu yang sangat sedikit dan populasi tungau pada manusia hanya 20-30 ekor tiap orangnya.

Manusia telah berevolusi selama ribuan tahun namun ketika manusia mula memelihara anjing , manusia juga mula men-transfer tungau-tungau yang ada pada tubuh mereka kepada si anjing. Menurut Connor, anjing tidak mampu untuk melawan parasit yang ada pada badannya.

Bagi anjing liar yang malang / tak tahan imun pada badan , anjing tersebut akan menjelma atau berubah menjadi chupacabra . Hal ini berlaku bila sejumlah besar tungau yang ada di lapisan bawah kulitnya mengakibatkan pembengkakan dan menghasilkan penebalan lapisan kulit. Peredaran darah ke rambut akan terhenti sehingga bulu-bulu gugur. Pada keadaan tertentu, ada bukaan rongga kulit yang memungkinkan bakteria masuk dan mengakibatkan jangkitan kedua yang boleh mematikan. Maka terhasillah makhluk hodoh , berkulit kasar dan berbau, sama dengan gambaran chupacabra.

Apa yang menyebabkan makhluk itu menyerang ternakan? Dengan keadaan anjing liar yang lemah itu , diorang susah nak berburu . Jadi, anjing - anjing itu terpaksa untuk memakan haiwan ternak kerana lebih mudah untuk mendapatkannya. "







So paham tak? Katenye sebab kuman , anjing - anjing liar tu berubah keadaan , muka & badan jadi bengkak kulit jadi kasar , tak berbulu and etc. Tapi apa yang meng-confiuskan saya is , measurement dan fizikal Chupacabra tak sama pun dengan anjing - anjing lain , dia terang - terangan mempunyai kaki depan pendek & belakang panjang dan mempunyai muncung yang juga panjang. So ini memang membuktikan Chupacabra ni lain dari spisis lain rite? Ini bermakna Chupacabra memang ada cerita dan misteri tersendiri...


Walau apa pun , apa yang pasti , Chupacabra bukanlah pontianak yang menyerupai anjing ataupun anjing yang menyerupai pontianak. Confirm!
Anjing menyerupai pontianak??? DIE.



No comments: