Hari ini saya nak kongsi cerita tentang sebuah pulau . Pulau nie bukan pulau yang sesuai untuk bermandi manda , berkhemah apatah lagi untuk honeymoon! Walau macam mana pun , pulau ini merupakan salah satu tempat yang wajib kamu kunjungi kalau kamu ke Mexico . Cerita tentang pulau ini memang menarik minat saya sebab rasa macam 'Wah-misteri-abis-nie!'. Mase Google gambar pulau nie , mak ai telan air liur 6-7-8 kali ah jugak. Scaryyy! Keadaan saya masa taip entry ni is 'kejap-kejap-aku-pandang-tingkap'. Awwww kenapa saya ketaq?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pulau Patung atau La Isla de la Munecas yang turut dikenali sebagai Pulau Angker ( Anak Patung ) terletak di Tasik Teshuilo , Mexico. Pulau ini dipenuhi oleh ribuan anak patung yang tergantung di dinding , pokok , ampaian , tangga atau dimana - mana saja tempat yang boleh digantung. Kirenya macam selagi ade ruang , habis semua tempat digantungnya dengan anak patung.
Pulau ni start famous sebab ramai yang mula percayakan tentang ke-mistik-kan-nya. Perasaan unik dan menggerunkan akan wujud bila pelawat yang berkunjung dapat melihat anak patung yang tergantung tidak berkepala , lusuh , comot , mata tiada , tangan dan kaki tercabut , badan terbelah - belah dan beberapa keadaan ngeri lainnya.
Mungkin ade pelawat yang dapat nightmare kot bila terbayang - bayangkan rupe anak patung kat situ. Beberapa wartawan yang buat liputan tentang pulau tu juga mengaku , sepanjang mereka disana , mereka merasakan seperti setiap gerak - geri sentiasa diperhatikan!

Pulau Patung dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki bongkok bernama Don Julian Santana. Lelaki bongkok itu telah menghabiskan 50 tahun hidup disana. Don Julian dikatakan sering dihantui oleh suara seorang kanak - kanak perempuan yang mati lemas di dalam sebuah saluran paip sekitar pulau itu.
Actually , Don Julian nie dah kawen. Tapi sebab dia selalu sangat dengar suara budak perempuan yang mati lemas tu dan dia selalu sangat diganggu , family Don Julian telah membiarkan dia duduk sesorang kat Pulau Patung sebab mereka ingat Don Julian ada sakit mental. Kesian kan ?
Lelaki malang yang hidup sesorang tue mula mengantung anak patung di sekeliling pulau kononnya untuk memujuk dan mententeramkan roh kanak - kanak perempuan yang sering mengganggu dia itu. Sikit - sikit lama - lama jadi banyak.
Bayangkan sepanjang 50 tahun dia disana , berapa banyak anak patung yang dia dapat gantung?
Menurut satu sumber , anak patung yang digantung oleh Don Julian nie dia kutip dari bandar berdekatan pulau. Kira macam hari - hari dia naik bot pegi bandar sebab nak cari anak patung untuk digantung.

Ramai pihak percaya yang Don Julian gantung - gantung anak patung tue semua untuk mententeramkan roh tetapi ada juga pihak yang mendakwa Don Julian buat macam tue sebab nak elak pulau tersebut dari diceroboh dan menganggu privasi hidup dia. Hurm mane yang betul ek ?
Setiap yang hidup pasti akan mati. Pada tahun 2001 , Don Julian ditemui mati lemas di tempat yang sama kanak - kanak perempuan yang mati lemas tu dijumpai!. Mayat Don Julian ditemui oleh saudaranya dalam keadaan yang mengerikan , badannya seperti dikelar dan diseksa. Badan dia penuh dengan kesan hirisan. Menurut penduduk berhampiran , mungkin roh kanak - kanak tu marah sebab Don Julian tidak meneruskan aktiviti mengantung anak pantung kat pulau tue.
Selepas kematian Don Julian Santana , Pulau Patung mnejadi tumpuan orang ramai. Ada sesetengah pengunjung yang mengatakan pulau tersebut berpuaka sebab mereka seperti boleh dengar desiran nafas manusia apabila menghampiri patung-patung di sekitar pulau tu. Ada juga yang mengatakan mereka boleh mendengar tangisan kanak-kanak seperti sedang menderita kesakitan!
Sumpah menakutkan. Grossssssssssssssssssss-
Owh kalau kamu nak "bercuti" ke La Isla de la Munecas , jangan lupa bawa anak patung ya! :]
Kalau tak.... habislah kamu...
nanti roh budak tu ikut kamu balik Malaysia.
5 comments:
mak aihh! takutnyer
pergh!! cam best jerk.. ada sesiapa nak sponsore saya g sana tak?? hihihi..
Anon : scary2 ;[
Cik Cahaya : hahaha mau ke? aiyoo kang takot xbalik Msia sebab seronok sgt kat sana ;p
oke ainnz syg. mmg scary. tp klu dpt pg sne n tgk sndr mst ag scary.
mari kita melancong bersama. ;P
Hahahaha ainnz syg? fuyohhh ;]
jom2.kalau pegi dgn "kesygn" mst lagi seronok nie. Joke-
Post a Comment