Apr 22, 2010

WATER HORSE LOCH NESS


Penah tengok movie nie? Best dan menarik bukan ? :)
Owh saya sangat sukakan movie nie. Movie British yang berjenis fiction tapi tak berapa melampau untuk otak dan membuatkan aq sangat teruja.
Cerita nie sangat cool , terasa macam nak bela jerk Cursoe tue kat rumah. Gila comel! Tapi bila besar gabak , mane agak -agak nak letak?

Ok mulanya aq ingat cerita nie macam cerita biasa - biasa , rekaan then buat movie. After selak - selak paper ,jumpe artikel nie , baru aq tau WATER HORSE ITU BETOL - BETOL DIANGGAP WUJUD! dan ia merupakan cerita lagenda. Great rite? Perghhhhhh :)






Kelibat mahluk gergasi , Nessie kat Tasik Ness A.K.A Loch Ness nie dipercayai kelihatan masa abad keenam tapi dalam zaman moden sekarang nie belum ade orang yang nampak lagi sebab dipercayai Nessei nie orang tertentu dan pada masa tertentu je boleh nampak. Menarikkan! *HAHAHA AQ SORANG JE YANG JAKUN =.='*

Area 1930-an , ada 1 jalan yang dibuat untuk penduduk pekan tue lalu lalang, beriadah sekeliling tasik Ness and Nessie dilihat muncul first time mase 1933 oleh Spicer & wife yang kebetulan tengah jejalan kat situ. Diorang kononnyer nampak sekor haiwan yang huge!! berleher panjang , lebih besar dari belalai gajah dan bergerak arah Loch Ness.

Cerita tue jadi sangat hot sampai orang seluruh dunia berminat nak cari Nessie. Bertam Mills , pemilik sarkas kat tempat tuesiap nak bagi hadiah STG20000 (RM97000) pada sesape yang bago Nessie pada dia hidup-hidup.. Woahhh!!


Then , ade gak sorang pekerja syarikat British Aluminium , Hugh Gray , berjaya ambik gambar Nessie yang katanya tengah mengeliat dan mencetuskan kocakan air. Dia agarkan masa tue Nessie 12meter panjang termasuk dari kepala sampai ekor.

5 Januari 1934 , ade orang hampir bertembung ngan Nessie around pukul 1 pagi and masa tue tengah bulan terang. Grant nampak something kat pinggir tasik tue and bile die try dekat , objek yang kepala kecil bersambung dengan leher tue terus kembali ke tasik.

Ok seterusnya ade sorang perempuan yang keje as tukang gaji kat sebuah rumah depan tasik ternampak Nessie kira - kira jam 6.30 pagi. Perempuan nie nampak Nessie dalam 2ominit gituelah before Nessie masuk tasik. Kejadian nie dianggap penting tapi tak disebarkan pada orang ramai masa tue.





Kebanyakkan cerita , diorunk semua nampak benda yang sama, binatang besar berleher panjang , kepala kecik. Ramai orang persendirian buat kajian dan nak siasat pasal Nessie tapi banyak jugak yang fail. But Edward Mountai , Julai 1934 berjaya dapatkan 5 keping gambar Nessie!

Makin lama cerita raksasa Loch Ness nie mula hilang apabila ancaman perang dengan Jerman memuncak. Loch Ness kena kawal dengan tentera laut . Kalau korunk tengok Water Horse , dalam movie tue ade part pasal tentera laut :)
Mei 1943 , CB Farrel yang betugas sebagai pemberi amaran tentang kedatangan pengebom musuh tetapi sebaliknya memantau pergerakan seekor haiwan besar jaral 228meter. Dia nampak haiwan sepanjang 10meter dan leher area dalam 1.5meter tenggelam dalam air sedikit demi sedikit.

Last tahun 1951 , ada 1 gambar yang seolah - olah mengesahkan kewujudan Nessie. 14 Julai , area pukul 6.30 pagi , Lachlan Stewart yang bekerja as pemotong kayu melihat ade something yang besar keluar dari tasik then hilang.


Nessie mungkin wujud and magic tapi ape yang wujud dalam Loch Ness belum dapat dipastikan lagi.


From Water Horse movie :







Sumber : Berita Mingguan , Wikipedia





No comments: