Saya buka dan baca satu persatu laman web tersebut. Walaupun ada sesetengah dari laman sesawang yang di mention sudah saya terokai tapi ada juga yang masih belum sempat saya baca. Jadi hari ni , selesai semua kerja , saya menyempatkan diri membaca satu demi satu ruangan mistik itu. Menarik!
Terima kasih ya Andria :)
Ada satu cerita dilaman web ini yang mahu saya kongsikan dengan kalian.
- AINNZ ABIGGAILL -
Terima kasih ya Andria :)
Ada satu cerita dilaman web ini yang mahu saya kongsikan dengan kalian.
Saya tak mention apa yang saya tulis di entry kali ini adalah fakta , ini sekadar hiburan ,
" Just For Fun".
Jangan percaya 100% atau jangan pula ada yang be-pra-sangka buruk terhadap saya.
Saya takde kaitan apa - apa dengan makhluk - makhluk di entry ini. Apa yang saya tulis based on apa yang di baca.
Tak tahu betul atau tidak info yang tertulis dalam website rujukan , saya cuma berkongsi..
" Just For Fun".
Jangan percaya 100% atau jangan pula ada yang be-pra-sangka buruk terhadap saya.
Saya takde kaitan apa - apa dengan makhluk - makhluk di entry ini. Apa yang saya tulis based on apa yang di baca.
Tak tahu betul atau tidak info yang tertulis dalam website rujukan , saya cuma berkongsi..
- AINNZ ABIGGAILL -
+++++++++++++++++++++++++++
Seperti yang penah saya katakan dan semua orang juga sedia maklum , hantu jembalang di Malaysia mana ada yang semacam tampan gagah perkasa kan. Semuanya menakutkan , takde satu pun hantu yang boleh dikategorikan sebagai hantu BAIK. Tiada satu pun! Semua jahat , sudahlah jahat , buruk rupa paras pula tue =.='
Kebanyakkan hantu jembalang Malaysia ceritanya berpunca dengan masalah penderitaan , penyakit dan kemiskinan. Dan apa yang pasti semua pontianak ialah perempuan. Ade ke pontianak lelaki??
Seronokkan kalau kat Malaysia ada pontianak kacak macam Edward Cullen. Seronok kan?? ;)
Ape??
tak kacak??
Nahhh tengok nie...
tak kacak??
Nahhh tengok nie...
Hantu "Omputih" takdelah sekacak mana pun sebenarnya. Mereka juga bukanlah seperti dalam Twilight or The Vampires Diaries , tapi saya sengaja je nak cari gadoh dengan hantu Malaysia , saja nak cakap diorang hodoh ;]
Booo! hantu Malaysia tak hot , booo booo!!
PENANGGAL
Spesis ni memang popular sangat di kalangan orang - orang melayu kita. Siapa tak tau pasal hantu ni , a-yok-ta-ta-yok malam nanti dia datang berkenalan dengan kalian!. Hahaha-
Based on apa yang saya baca , Penanggal ni juga agak famous katenya di negara omputih sebab karakter dia wujud dalam sebuah western game , "Dungeons and Dragons".
Game ape tue? Tak tau plak den , belum kaji lagi..
The name translates literally as "head with dancing entrails" atau dalam melayunya "Kepala dan Usus menari".
Hoh? Ok mungkin menari yang dimaksudkan is bila Penanggal terbang - terbang , usus dia kan melayang - layang dan beralun , so dari situ lah katenya dapat gelaran usus menari.
Walaupun dia juga "makan" orang tapi dia lebih tertarik kepada baby. Tak kiralah sama ada baby tue dah dilahirkan atau masih di dalam rahim. Dan mengikut ceritanya , spesis penanggal nie bukan sahaja ada kat Malaysia malah pernah terjadi secara serentak , gempak kat Thailand dengan Burma tentang hantu nie. Kalau kat Burma , penanggal dipanggil "Kephn" dan di Thailand digelar as "Phii Krasue".
Katanya kepantangan penanggal ialah benda - benda berduri dan penanggal boleh masuk ke dalam sesebuah rumah melalui lubang kecil , macam kat dalam TV tue , masuk dari celah - celah lantai kayu. Awwww!
TOYOL
Dari pemahaman apa yang saya baca di 2 KEWL 4 SKEWL! , toyol dibuat untuk individu yang punya keinginan nak kaya dengan mudah , dibuat untuk penuhi keingginan si tuan.
Toyol "diperbuat" daripada janin yang mati semasa lahir , dibacakan mentera dan disertakan dengan darah ayam putih pada ritual menghidupkan janin itu semula.
Toyol harus ditempatkan di dalam botol pada siang hari dan akan tetap taat pada tuannya hanya jika dia menerima upah darah setiap tengah malam. Based on kebanyakkan cerita , darah yang diberi lebih baik jika darah ayam albino atau darah tuannnya sendiri!.
Kalau tuan toyol nie tak dapat nak penuhi kehendak toyol , si tuan mungkin akan mendapat sakit atau mati ataupun si toyol akan merayau bersepah - sepah hilang pedoman.
Bayangkan , mana nak cekau ayam albino , hinggat senang ke hape..
Based on apa yang saya baca lagi , toyol hanya akan mengambil setengah dari apa yang seseorang ( mangsa ) itu memiliki, maksudnya half dari pada harta mangsanya.
Tapi betul ke? bukan ke toyol akan sauk semua tanpa tinggalkan se-sen pun?? . Tanda tanya di situ!
Seperti makhluk lain , si botak nie juga ada pantang larangnya , tidak boleh nampak , pegang , atau buat apa - apa yang berkaitan dengan kacang hijau.
POLONG & PELESIT
Polong pun spesis yang popular juga dalam masyarakat kita.
Owh teringat Palong kat Negeri Sembilan , macam terasa dulu kawasan tu banyak polong plak sampai dia dapat nama Palong ;)
Summoning a Polong is always risky business, as the creature is not necessarily bound to service. If mistreated in any way, she can easily turn the tables on her master by calling forth a minion of her own: the Pelesit.
Polong ni katanya selalu geng dengan Pelesit. Kira macam diorang ni di cipta sepasang. Tapi ada juga Pelesit yang tidak ber-polong. Kadang-kadang , si bomoh mencipta Pelesit dari lidah baby mati dan mengikat makhluk itu dengan meng-serta-kan sehelai rambutnya sendiri. Perkara nie adalah untuk menanam semangat diperbudak kat pelesit tu dan kemudian dapatlah tuan nya memerintah pelesit & polong tue untuk mengesan dan menyerang orang tertentu dengan mudah . Kira macam diorang tu akan jadi patuhlah kononnya.
HANTU TETEK
Haaa hantu nie agak famous sebenarnya tapi macam kurang mendapat sambutan plak sekarang sebab tak banyak cerita pasal dia. Maybe because too sek-saiii and hot! kot. Nama pun dah sangat 18SX. Arghh malas lah nak cerita!
Hahahaha tetiba-
Ok , hantu sek-saiiii nie selalunya suka semunyik budak bawah nenen dia =.='
Hantu nie juga kononnya suka goda lelaki dengan keadaan breast dia yang ehem - ehem , plus dia tak suka perempuan tua atau kadang - kadang dia menyerupai perempuan tua? Tak surelah yang mana satu..
Ada lagi satu hantu tapi saya tak pernah tahu tentangnya. Pelik bebenar , namanya ASWANG. Kamu pernah tahu tentang hantu nama Aswang??
Kalau tahu tolong ceritakan pada saya tentang hantu tue. Nak jugak tahu. Sebab dari gambar yang di illustrate , hantu tue xde badan , lidah panjang , ada kepak boleh terbang - terbang...
Erkk???
Owh one more thing! Dipercayai terdapat beberapa mitos tentang Vampire , kepercayaan serta jenis - jenis pontianak yang berbeza di beberapa buah negara - negara , contohnya macam China , Indonesia dan India. Kalau kalian macam berminat nak BACA hal berkaitan hantu - hantu nie dengan lebih lanjut , do visit HERE.
- All artwork by Adam Smith & Jonathan Wojcik -
No comments:
Post a Comment