Jan 24, 2013

Nasi Ayam


Masak nasi ayam , ni bukan kali pertama. Tapi masak nasi ayam menggunakan ayam yang tidak dipotong ke bahagian kecil , ni first time. Maksud aku bahagian Ayam Panggang nya punya part. Sebelum ni memang kalau nak buat nasi ayam , ibu akan beli ayam dan suruh “Abang Ayam” potong kepada 6 bahagian. Aku pun macam tak yakin je kalau panggang ayam bebesar , takut tak masak but not this time meyhhh :] 

Hari tu sajalah Google pasal Nasi Ayam , manalah tau kalau dapat resepi yang-lagi-nampak-macam-sedap-je. Search punya search , tersampai kat Hanis Zalikha punya blog. Then terus plup!! “Ohhhhh cenggini rupanya rahsia nak panggang ayam sekor bulat...kena rebus dulu! Kena cuba-try-test ni!!”. 
Beli bahan – bahan , pakai apron , siap sedia untuk berperang di medan dapur ;]

So kali ni sesaja mengada nak share resepi even tau semua orang pun boleh je kottt masak nasi ayam. Resepi yang digunakan tidak dicopy dari mana-mana site. Nie resepi jenis ikut tekak sendiri. Berapa biji lada , berapa biji bawang tak ditetapkan sebab aku jenis memasak “campak-campak”. So kalau ada sesiapa yang mengikut , macam rasa tak sedap plak resepi ni , sila jangan salahkan tekak ambo yooo :]

PART A: AYAM PANGGANG

Bahan rebusan

1. Bawang Merah
2. Bawang Putih
3. Halia
4. Sedikit garam
5. Sedikit jintan

Hiriskan or blend bahan – bahan ni sebelum campurkan dengan air untuk rebus ayam. Rebus sampai ayam tu empuk. Mungkin dalam setengah jam hingga 45 minit kot 


Bahan perapan

1. Kicap Manis (I’m using 2 type of kicap manis : KM cair kipas udang & KM pekat ABC)
2. Kicap Masin 
3. Sos tiram
4. Mixed herbs (McCormick herbs)
5. Serbuk lada putih
6. Serbuk lada hitam
7. Bawang putih
8. Bawang merah
9. Halia
10. Sedikit kayu manis
11. Sedikit madu
12. Sedikit perahan lemon

Part perapan ni , aku masukkan semua bahan yang aku rasa boleh bagi flavor kat ayam tu nanti. Mixed herbs tu actually untuk masak spaghetti tapi aku sebat je masuk sekali :] Semua bahan ni harus di-blend dan lumurkan pada ayam. Biarkan dalam sejam sebelum dipanggang. Mine , ter-perap selama 2 jam setengah sebab tukang masak keseronokkan berjalan dan terlupa pada ayam dia :]






PART B: NASI

1. Beras (I’m using Berasmathi Faiza)
2. Bawang merah 
3. Bawang putih 
4. Marjerin
5. Sedikit garam (optional)
6. Kiub pati ayam
7. Daun pandan
8. Air rebusan ayam
9. Halia

Bawang merah & bawang putih blend-kan , then tumis dengan majerin. Pastu masukkan beras yang dah dibasuh and last sekali masukkan air rebusan ayam mengikut kesesuaian kuantiti beras , daun pandan , hirisan halia. Garam and kiub pati ayam letak depends on rasa masin air rebusan ayam.


PART C: SAMBAL

1. Cili besar ( Kita guna 5 biji)
2. Tomato
3. Air rebusan ayam (Kita guna 2 senduk)
4. Sedikit sos cili
5. Sedikit sos Thai (optional)
6. Garam
7. Bawang putih (Ambo guna 2 ulas)

Semua bahan kecuali garam di-blend-kan dan dimasakkan. Tambah garam or pape yang kekurangan lepas tu yaaa~




PART D: SUP

1. Air rebusan ayam
2. Bawang merah
3. Bawang putih
4. Daun sup
5. Daun bawang
6. Lobak
7. Saleri
8. Garam
9. “Sup Bunjut”

Buat macam sup biasa :] 
Mine got kaki ayam , leher and a bit of daging ayam inside.




 


Bon Appetite!


{AINNZ ABIGGAILL}

No comments: