*Panjang gila tajuk ^___^ *
Topic entry kali ni berpaksi pada cerita yang sama tentang aku , “Benci awalnya , suka akhirnya”. Ok cerita bermula cenggini…
Masa zaman belajar dulu , aku paling anti cerita Korea. Sangat!. Bukan cerita je , lagu , artis , fashion atau apa – apa jelah termasuk peminat K-Pop tu sendiri sangatlah annoying dimata aku. Bagi aku movie atau drama-drama korea sangat membazirkan-masa-kalau-menontonnya. Once kalau kita dah tengok 1 episode drama tu , dia akan jadi macam “Duhhh ending dia apa ni? Hero comel tu nanti couple dengan siapa?? Bukakkk next episode pleaseeeeeeeeeeeeeeee!!!”. Annoying- Katakanlah kau tengah tengok episode 1 , pastu habis , nak tengok episode kedua plak sambil pasang niat “Ok-ok-ni-last-untuk-hari-ni-promise!”. But then kau end up with “Ok-ok-lagi-satu-je-Confirm-confirm-last!”, episode 3 habis , kau bermonolog lagi katakan yang episode seterusnya akan jadi yang last walhal sampai episode yang betul-betul punya last-lah akan jadi kau punya LAST sebenarnya. Terlampau addictive!
Actually benda ni pernah jadi kat aku. Masa tu awal tahun 2012 , tahun lepas , aku baru nak layan drama Princess Hour. Kekonon macam sesaja menggendeng kat meja Ieta sebab boring. Tengok dia ter-play cerita tu , so aku pun mintaklah cerita tu as “stock bila bosan”. Tengok sekali terus nak sambung-sambung-sambung-sambung. Dalam 2 hari setengah , siang malam , aku dapat habiskan 22 episode cerita tu. Memang melekap jelah depan lappy. Bangun pun just untuk , mandi dan solat, the rest memang aku buat depan lappy atau lebih tepat lagi depan "cerita korea" tu. Freak. Gila punya pembaziran masa padahal masa tu assignment macam mintak tolong , merayu-rayu suruh aku settle-kan diorang cepat. Pffttt-
So at that time , aku terus anggap cerita korea ni macam hanya sesuai ditonton kalau kita nak bazirkan masa. Time tu jugak , terus je meluat gila dengan roommate yang asyik cerita pasal drama korea , lagu , artis…. I always like “Hello! Korean je ke yang ada dalam dunia ni? Pelakon Bangla pun kacak jugak oi”. Kat Facebook , blog , twitter, perghhhhh semua rasa macam buat aku mengelegak. Emo , emosi...
Day by day , aku pun dah grad. Zaman-zaman mendengar cerita dan bebelan orang tentang K-Pop tamat. Zaman sibuk dengan assignment dah berakhir. Masa terluang walaupun takdelah banyak mana , still adalah sikitkan. Bila bebosan kat rumah , mulalah aku teringat pada “stock bila bosan” ;] Then nasib baik jugaklah duduk kat Johor , seronok dapat siaran Channel U (Singapore) , boleh tengok banyak drama Korea & concert – concert diorang. Kat 8TV pun ada Mcountdown , lagilah aku jadi gila update dengan lagu-lagu Korea.Kenal dan hafal dah lagu-lagu Hallyu star semua. Sekarang jangan cakap , bukan setakat drama & movie Korea je aku gilakan , hp dah penuh dengan lagu Korea , Ipod lagilahhhhhhhhhhh…. 24/7 K-Pop. Satu rumah termasuk ibu dengan ayah dah layan Korea. Runningman dah jadi cerita favorite-tak-boleh-tak-tengok bagi family aku. Bahasa perantaraan dalam rumah ni : 30% Melayu , 20% English , 20% Bahasa Indonesia, 15% Korean , 5% Chinese , 5% Japanese , 5% Alien Language.
And now, penangan Korea ni macam lately makin hebat pada aku. Mana taknya , dulu cukup excited kalau ibu ayah ajak keluar. Sekarang “mesti keluar lepas Maghrib , balik mesti sebelum 9.30, pukul 10.00 remote TV aku yang punya”. Tu rules aku. Ayah dah pening je dengan perangai anak sulung dia yang macam tak berapa nak sulung sangat ni. Ibu lagilah annoy je dengan perangai aku. Asal dah pukul 9.30 kalau kitorang still kat luar lagi , mata aku dengan jam macam dah tak boleh nak berenggang. Laju je aku nampak jarum jam bergerak. Sanggup taknak keluar makan demi cerita Korea. Haih! Cronic!!
Apa yang aku tunggu??
Gentleman’s Dignity
Ahhhhhhhh awesome sangat bila tengok hero berumur yang kacak
cenggini berlakon. 22 episodes je weyh cerita ni , I do not think I should miss
even once! Since cerita ni hari – hari , makin kuatlah saka-korea aku sekarang.
Bahahaha~
PSSS! : Kita dah kurang layan cerita hantu , sekarang kita
layan cerita oppa – oppa sepet je! :] Poyokan kita.harharharrrrr~
{AINNZ ABIGGAILL}
No comments:
Post a Comment