Nov 19, 2010

MANUSIA MELAYU MALAYSIA




Kaum bumi yakin bahawa "Orang melayu lemah lembut , kaya adat , berbudi bahasa , sopan santun". Kita , warga Malaysia pun selalu sangat dengar pasal benda - benda ni. Pihak kerajaan sendiri pun banyak jalankan kempen - kempen then siap ada lagu tema for budi bahasa lagi tue. Kamu pernah dengar ? Alah lagu yang Dato Siti Nurhaliza nyanyi tu... Bangsa Malaysia ber-hemah tinggi , budi bahasa elok pekerti ~ Something like thatlah , saya tak berapa ingat sangat.

Kita perlu berbudi bahasa bukan hanya dengan keluarga sendiri , kawan , guru , jiran - jiran or to some people yang kita kenal sahaja , tapi kita juga harus menjaga adab bila dengan sesiapa pun. Tak kira sama ada kita sama agama atau bangsa dengan mereka atau tidak mahupun kita kenal atau tidak individu tersebut. Lagipun dari kecik mak bapak masing - masing mesti penah ajarkan adab - adab bercakap dengan orang , adab - adab bila bersama orang lain. Tipu sangatlah kalau kamu cakap mak bapak kamu tak penah mention tentang hal tue. Rasanya budi bahasa adalah perkara asas yang ibu dan ayah akan ajar. Masuk tadika , ada subjek moral. Masuk sekolah rendah dan sekolah menengah ada subjek moral , sivik , pendidikan islam. Kalau kamu sambung pelajaran ke peringkat universiti sekali pun , kamu masih kena belajar subjek moral atau pendidikan islam lagi. Hurmmm...

Kamu tahu , malam kelmarin , kami satu keluarga makan kat satu kedai nie. Kebetulan masa tue hujan renyai , jadi kusi meja belah luar diletak belah dalam . Kiranya kawasan dalam penuh dengan oranglah. Kami duduk di depan meja satu group mamat Bangladesh. Diorang baru habis shopping barang dapur kut sebab nampak banyak plastic beg. Selalunya orang yang ambik order ialah makcik - makcik. Tapi kali nie budak - budak sekolah lelaki yang ambik order , maybe diorang area Form3 - Form 5. Cuti sekolah dah mulakan , baguslah tue buat part time. Melayu memang rajin.

Rajin , rajin juga. Tapi cara diorang ambik order , hantar order , memang tak boleh bla. Bayangkan diorang tulis kat kertas order tue memang short-short-short form abis . Contoh Nasi Goreng Cili Api jadi NGCA , Air Teh jadi AT. Ok fine kalau short form diorang buat sesama mereka boleh faham , tapi nie tak , adik saya order Air Sirap (AS) tetiba dapat AIR SUAM. Hurmmm AS juga kan...Bila minta tukar punyalah lama nak dapat air baru balik. Macam diorang kena tunggu sirap di-import dari Kazastan sampai pula. Nevermind , itu tak berapa menusuk hati sangat.

Yang paling buat saya tak boleh bla is kurang ajarnya sikap mereka melayan customer. Memang betul mereka mungkin takde pengalaman berkerja sebab budak sekolah lagi kotttt so diorang tak tahu macam mana nak layan kerenah customer but back to basiclah kiddo , kita manusia , kita taknak orang layan kita buruk so kita harus faham yang orang lain pun taknak diberi layanan yang buruk. Kepantangan saya is bila kena berurusan dengan orang yang mengunyah chewing gum. Totally rude! Cashier , waiter , or sesapa jelah as long as kamu tengah melayan customer , tolong jangan mengunyah gula getah , sangat tak sopan!! Bila kamu pernah kerja di sebuah syarikat besar atau syarikat kaum cina , kamu akan sedar tentang berapa banyaknya rules yang kamu kena elak atau lakukan ketika melayan customer , contohnya macam , jangan mengunyah chewing gum , jangan letak tangan kita atas meja ( cashier ) , jawab dan jawab apa je yang customer tanya even soalan tue soalan yang paling simple didunia.

Ok , back to line. Dipendekkan cerita , rupanya budak tue tak tau speaking. So dia panggil kawan dia untuk ambil order mamat - mamat Bangladesh tue. Macam mana saya tahu dia tak pandai speaking ? Sebab dengan kuatnya die jerit kat kawan dia "Woi! ko layan ah bangla ni. aku mane tau cakap bi". Malang untuk dia dan mamat - mamat Bangladesh tue sebab kawan dia buat bodoh je. Mamat - mamat Bangladesh tue speakinglah dengan dia cakap nak makan apa pebenda semua. Lepas berapa minit budak sekolah tue datang bawak 6 pinggan nasi putih dengan 1 pinggan besar ayam goreng kunyit. Tetiba sorang mamat Bangladesh tue macam cakap something kat budak tue , then budak sekolah tue TENGKING diorang balik. Rasanya diorang order makanan lain tapi dapat lain sebab budak tue BINGAI. Tanpa dengar apa diorang cakap apa, budak sekolah tue terus tanya nak minum apa kat diorang.

Memang bingai gila sebab budak tue TENGKING KUAT - KUAT like "Dah - dah , nak minum apa ni!" , "Cepatlah! kau ni lembablah" , "Weyh bodoh kau nak minum apa??". Kamu boleh bayangkan tak semua orang kat situ pandang budak lelaki MELAYU yang memang fucking dumbass tue. LOL , takkan lah die tak boleh faham apa yang mamat bangla tue cakap sebab diorang sebut TEA sambil tunjuk isyarat tangan nak jug besar. Sebab belagak bagus sangat , dia boleh jerit - jerit guna bahasa yang kasar , BODOH , kat diorang. Ok fine kalau tak tau speaking , but dia boleh kan sebut word basic "DRINK?" kat mamat - mamat Bangladesh tue. Apa seyh , perkataan DRINK tue pun tak tau nak sebut , ape ingat nak kena tunggu dapat PHD ke baru belajar tentang word "DRINK" ? . Rasanya budak sekolah tue mesti ingat semua orang yang tengah tengok tue perhatikan ke-dungu-an mamat Bangladesh padahal orang semua perhatikan betapa biadapnya budak tue. Dengan jambul merah dia , mengunyah chewing gum macam gangster kampung then selamba badak panggil customer BODOH. Mamat - mamat Bangladesh tue rela tak rela je makan and minum apa yang dibagi....

Cuti sekolah memang masa yang paling baik untuk buat part time , paling baik juga untuk owner - owner kedai macam kedai makan yang saya pegi makan tue untuk ambik extra workers. Tapi agak - agaklahkan nak panggil budak bekerja. Budak lagi , apa diorang tahu ? Malu seyh... Tak tahu kenapa rasa macam malu sangat dengan mamat - mamat Bangladesh sebab MELAYU beperangai macam tue dengan mereka.
Owh kamu tahu air apa yang budak sekolah tue bagi ? Air Coke. Dia bawak 6 tin then dia susun bertingkat depan Bangla tue. Tujuan? saja nak tunjukkan yang dia memang KURANG AJAR. Kalau dia tak niat macam tue , dia bolehkan letak je kat meja. Nie tak , dia susun bertingkat , tinggi - tinggi. Sumpahlah weyh , kalau saya kenal budak tue memang dah lama saya lempang sekali dua kat muka dia.

Memang betul warga asing kadang - kadang bawa masalah pada kita , so kita tak boleh bagi muka sangat kat diorang tapi tak semua kan? Kalau takde diorang , takdelah bangunan tinggi - tinggi , takdelah pembantu rumah , takdelah orang nak buat kerja - kerja yang kita orang Melayu tak nak buat. Memang betul orang Indonesian kat Indonesia tue bencikan kita orang Malaysia , kita tak boleh salahkan mereka 100% , kita pun ada salahnya juga. Memang betul orang - orang Bangladesh , Indonesia , Vietnam , Pakistan datang Malaysia buat macam - macam kerja sebab keadaan negara mereka yang memaksa diorang datang sini. Hoi , kalau diorang senang takdenya diorang nak duduk negara orang , jauh dari family , dipandang hina , diherdik , ditindas...

Hari tue masa on the way ke CS , ada 2 orang mamat Bangladesh nie duduk kat seat untuk 3 orang kat dalam bus. Sebab takde orang nak duduk sebelah mereka , so no needlah diorang duduk rapat - rapat. Then naiklah sorang perempuan melayu nie. Perempuan tue taknak duduk sebelah diorang even mereka dah duduk rapat sampaikan space untuk perempuan tue lagi besar dari diorang. Maybe perempuan tue takut agaknyakan , kena berhati - hati juga , so dia lebih memilih untuk terus berdiri. Melihat keadaan perempuan tue berdiri , driver bus MELAYU , boleh selamba sound "Oi kau duduk rapat - rapat.kang aku sepak muka kau kang , duduk sampai taknak bagi orang lain duduk!!". Masalahnya perlu ke dia tengking macam tue ? Dah semua orang dalam bus tue pandang lain macam je kat mamat Bangladesh tue..

Kadang - kadang saya tak faham kenapa MELAYU kita macam tue. Kaum lain boleh cakap elok - elok dengan sesiapa je. Kenapa kita nak kena memilih?Dalam bus masa raya haritue , driver bus punyalah baran , marah - marah kat Mat Nepal , last - last masa Mat Nepal turun bus dia siap boleh senyum sambil wish selamat hari raya kat driver bus tue. Tak malu ke kita ? Maki hamun diorang then diorang boleh sabar dan siap berbudi bahasa dengan kita. Malulah oi. Kamu pernah dengar tak kekadang ada orang cakap "Alah diorang tue hidup menumpang , tak payah nak besar kepala. Halau balik kang baru diorang tahu" ? . Saya tak tahu kenapa saya terlalu kuat berpegang pada prinsip hidup saya iaitu "Jangan buat orang , nanti orang buat kita dan jangan usik aku kalau kau taknak kena usik". Saya percayakan karma. Kita tak tahu mungkin one day kita dapat rezeki kerja di negara orang then masa tue orang - orang kat sana herdik kita semula. Tak takut ke?. Bertindak agak - agaklah , biar bertempat. Tak payah nak gelabah sangat. Mungkin saya yang terlalu kecoh agaknya. Tapi apa yang pasti , budak sekolah kat kedai makan tue memang #@^&%*^**! God forbid me from slapping that kid.

Owh lagi satu , kamu boleh bayangkan tak kalau situasi kat atas ( orang - oarang Bangladesh ) tue semua ditukar dengan orang ing-ge-ris , kamu agak mereka akan dilayan macam tue tak? Ofkos nope! Sebab saya penah nampak driver bus baran tue dulu layan mamat inggeris dengan penuh kesopanan dan kesusilaan seyhh. Alah lagipun orang - orang Melayu memang pandang rendahkan kat orang - orang Indonesia , Bangladesh , Pakistan yang jual karpet tue semua kan?? Tak payah bedeklah cakap TAK...






PSS!!! : Saya benci orang yang suka claim kerja orang lain sebagi kerja dia. Saya benci Saleem sebab dia sekarang buat album dengan cara menyanyikan lagu - lagu orang lain. Saya benci dengan orang yang tak pernah tanya tapi tetiba merembat!




4 comments:

chesakinah said...

ainz.. saye betul stuju sama awak.. sian owh derang... kekadang marah gak ngan developer.. request suruh derang masuk malaysia sbb x cukup pekerja.. tp layan derang macam derang ni bukan manusia..
weii.. ayah saye businessman @ broker yg negotiate ngan kerajaan n developer kot.. (pasal keluar masuk pekerja asing ni)... isu ni mmg panas weii..
kerajaan mmg kene pantau developer supaye derang jaga kebajikan pekerja... sian derang owh.. human right tuuhh.. kene r jaga..

btw, saye x la benci saleem.. saye kesian lagi kt dia ada la.. dia dah tua kot.. suara emas dia dah mula tidak dihargai... myb dia nyanyi lagu org sbb dia dah xde modal nk buat lagu sendiri..
tah la wey.. x tau nk cakap ape... dulu kecik2 saye minat dia gak.. hahaha xD

chesakinah said...

owh satu lagi.. nk tompang cakap jugak kt sini.. asal awk x tegur je bebudak tu? report dkt taukey
kedai tu ker?.. saye yg bace ni pon rase hangin satu badan ngan bebudak kuang ajaq cemgitu... kalau saye ade dkt situ dah lame saye peleku kepale derang!! eiii! =B

Abiggaill said...

kalau saya kat situ dgn kawan2 memang dah lama saya sound. maybe pecah berderai telinga diorang...tapi sebab pergi dgn family kan , so kenelah sopan2 hak hak hak ;p

ayah ainn pun dah buat muke mase tue..ayah jenis xsuke sebok hal org tp that day mmg nmpk lah muke ayah pun cam nk sembur je budak tue

woot-woot said...

s.t..u.p.i.d

meleis !