Dec 1, 2010

RAHSIA WAKTU KELAHIRAN : KAMU LAHIR BILA?


Hello readers!

Ok harini saya nak jadi ahli nujum ala - ala Nujum Pak Belalang gitueww~ Ecewah!.
Actually entry bout waktu kelahiran nie dah lama tertaip atau kata jujurnya "dah lama ku kopipes" . Tadi buka posting list , baru terperasan rupanya ada beberapa entry yang masih lagi berstatus draft. So hereeeeeeeeeeeeeeeee i share with you bout this.

Please , ini hanya untuk suka - suka sahaja. Jangan percaya 100%. Tapi kalau kebetulan memang TER-sama dengan karakter anda , anggap ia hanya kebetulan ya :]

Jom check , anda lahir waktu apa dan apa karakter anda ?




04.00 - 06.00am
Kamu memang cool orangnya tambahan waktu kelahiran kamu pun pada awal pagi..pasti sikap kamu pun sesejuk embun pagi..kamu juga termasuk di dalam golongan gadis/lelaki yang memang tidak takut menyatakan rasa hati walaupun ia berupa hal yang tidak menyeronokkan..bagi kamu,terus-terang adalah lebih baik..


06.01 - 08.00 am
Tertutup dan dingin..itulah kamu yang lahir ketika ini..bahkan pada teman2 terdekat kamu tetap bersikap demikian.. kamu juga cenderung boros.. kamu harus mengubah sikap sedikit demi sedikit kalau tidak,duit memang tidak pernah cukup..cuba buat bajet dari skrg..

08.01 - 10.00 am
Kamu memang pandai bergaul..teman kamu ada diserata Malaysia dan mugkin juga dunia..memang ramai malahan kamu menghimpun teman - teman dari pelbagai bangsa..kamu merasakan mempunyai ramai teman pasti akan memberikan keuntungan dan pengalaman yang banyak..


10.01 - 12.00 am
Kamu adalah pekerja yang rajin dan sentiasa bekerja keras..sebanyak mana pun tugas yang diberikan kepada kamu , pasti kamu akan laksanakan tanpa banyak soal.. kamu juga dikenali sebagai pekerja yang cemerlang dan disayangi ketua serta disenangi teman sekerja.


12.01 - 14.00 pm
Kamu memang beruntung kerana kamu mempunyai aturan kewangan yang lancar , kamu popular dan mempunyai ramai teman - teman ..kamu memang suka mengembara dan mencari pengalaman baru..jangan tidak tahu , kamu ini warak jugak orangnya..


14.01 - 16.00 pm
Wah...kamu ini selalu pokai , sebab boros dan suka membeli-belah pada waktu yang tidak sesuai..sekiranya kamu gagal mengendalikan diri dengan baik,mesti kamu yang akan rugi kelak..


16.01 - 20.00 pm
Kepandaian kamu di dalam berhadapan dengan orang baru pasti akan berguna juga pada masa depan..kamu akan berhasil di dalam melakukan pekerjaan yang ada kaitan dengan orang ramai..tetapi,kamu kena berhati2 jangan sampai kena tipu..


18.01 - 20.00 pm
Kamu adalah seorang gadis / lelaki yang berusaha mendapatkan apa yang kamu mahukan walau dalam apa jua cara sekalipun..kalau boleh , sampai ke titisan darah terakhir!! Namun , setiap sesuatu harus berpada2 dan jgn sampai kamu gadaikan maruah pula semata-mata mahu mencapai impian kamu..


20.01 - 22.00 pm
Kamu memang orang seni..sifat optimis menjadikan kamu tidak takut menghadapi sebarang risiko di dalam kehidupan..kamu harus asah bakat seni yang ada di dalam diri kamu supaya boleh mencapai impian pada masa depan..mana tahu kalau popular di dalam bidang seni kelak..


22.00 - 00.00 pm
Peramah adalah kata kunci untuk mengenali kamu.. memang kamu boleh berkembang menjadi lebih baik di dalam pekerjaan dan komunikasi sekiranya mengekalkan sikap kamu yang peramah dan sentiasa mesra alam itu..namun , jangan lupa , ramah pun bagus tetapi harus tegas juga perlu ada supaya kamu tidak dipijak sewenangnya..


00.01 - 02.00 am
Orang mengenali kamu sebagai seorang gadis/lelaki pintar , suka mengembara dan seorang yang amat menyeronokkan ketika bersama..orang memang suka berkawan dengan kamu walaupun kadang-kala kamu suka memberontak sekiranya tidak berpuas hati mengenai sesuatu..


02.01 - 04.00 am
Bidang kewangan dan keluarga adalah dua hal yang amat penting dlm kehidupan kamu..kamu bijak mengatur bajet dan juga melakukan pelbagai cara supaya keluarga tetap kekal harmoni..



No comments: