Oct 21, 2010

FANTASY Part 3 - MY CAR!

LoL. I'm back! Hahaha . Tolak buku sekejap sebab nak berangan...



Hurm semua orang ada kereta idaman masing - masing and me too!!. Kereta berangan yang mungkin hanya berangan je ialah Ferrari. Omaigoshhh! Ferrari kottt, siapa tak suka Ferrari memang tak coollah korang nie. Harga dia... Ok sila telan air liur sekarang. Gullp! ;]


Sebab minat Ferrari , saya macam terus tersuka tengok F1 dan excited sokong team Ferrari , team lain tak pandang. Lepas tue tersuka plak kat Kimi Raikkonen sebab dia lebih hensem dari Micheal Schumahcer then terasa macam dalam dilema nak terus sokong Ferrari ke nak sokong McLaren. Pastu kebetulan pula Kimi Raikkonen masuk Ferrari. Wahhh! terus tak dilema dah , terus sokong Ferrari semula.
Macam haram-


Kimi Raikkonen

Ok stop pasal berangan yang tak mungkin jadi kenyataan. Kita berpindah kepada cerita berangan yang tak berapa mungkin jadi kenyataan. Ehemm - ehemm , stylekan , berangan pun ada fasa - fasa :] Kau boleh ke berangan macam aku ?

Untuk fasa nie , kereta idaman takdelah mahal gila macam Ferrari. Kenapa saya kata "tak berapa mungkin" sebab maybe ade chance-lah nak pakai kereta nie. Hahahaha tue pun kalau duit ayah campur duit ibu plus duit datuk times duit aunty Syam plus duit sanak saudara , haa mungkin saya boleh beli cash :] Keretanya ialah Subaru!
Wahhhh - wahh berangan taknak kalahkan. Nak kereta yang boleh bawa berlumba je. Tak menahan betul...Effect dari suka sangat tengok cerita Fast and Furious , saya rasa Subaru memang stylo - mylo - milo-lah. Kalau kat Johor , bila korang jalan kat area bandar JB , maybe korang boleh nampak banyak Subaru Singaporean. Style seyhhh.. Bila make - up sikit , then ekzos pakai yang Aummmmm punya. Omigoshhhh @-@



Dua tiga hari nie , lepas ibu cerita Atiqah dah beli Myvi LE then Kak Syuhadah dah beli Vios , tetiba bila tidur asyik mimpi Proton Inspira je. Hahahaha memang sengal... Mungkin sebab balasan memainkan ibu kot. Ibu cakap semua orang dah beli kereta when my turn plak kan. Then saya jawab "Relax ah ibu..kereta ape barang..nanti ainn beli lori trelar terus.. park depan rumah. baru style." =.='


Hurm mungkin sebab Proton Inspira macam sporty then ala - ala Mitsubishi Lancer , iras - iras Subaru pun ye gak dan yang pasti ada gaya - gaya Umphh! , so saya terus macam "Owhh owhh kau lah kereta pujaan ku sekarang!!". Tetiba. Then terus Inspira temasuk dalam mimpi hari - hari.... Kamu bayangkan , saya mimpi ada seorang jejaka kacak datang rumah naik Proton Inspira merah hari - hari..Mak aihh..Pastu mimpi yang sama plak hari - hari.. Mak aihhh.. Tak ke menangis aku nak Inspira merah hari - hari... Mak aihhh!

Walaupun banyak khabar tak sedap bercerita pasal Proton like Proton suka collect model - model reject dari syarikat lain , kereta Proton nie macam #$$$$$^$$$ tapi nak buat cam mane , saya dah tersuka :] Yeahhh nanti keja nak beli Inspira! Hohohoho







2 comments:

Anonymous said...

Ilham said "lesen sudah ada ke?"

AINNZ ABIGGAILL said...

Hahahaha!!
Ainnz Abiggaill said "u better watch out! nnt i langgar kereta u dengan subaru i". LOL