Jul 28, 2010

TIADA TAJUK.RESPON SPONTAN

Aku emosi ? Mungkin. Keadaan sekeliling yang paksa. Lagi pun bulan mengambang sekarang.



Kita semua hanya manusia biasa.
Lemah? Pasti!
Kita tak layak untuk memperkatakan tentang kekurangan orang lain walhal diri kita belum 100% baik. Jauh sekali SEMPURNA.
Kita tak layak dan takkan pernah layak.

Walaupun awak selalu bercerita tentang hal - hal yang berlandaskan agama tapi bagi saya awak seperti....
Hurm bukan saya nak melatah bila orang lain menegakkan agama suci. Berhujah tentang agama . Agama saya. Islam.
Tapi kadang - kadang cara awak buatkan saya rasa macam "Awak riak,sombong,belagak!".
Ya , saya paham secara tak langsung dan awak mungkin tak sedar awak berperangai macam tue.
Sebab itu saya katakan , kita semua tak layak menghakimi orang lain sebab kita tak sempurna. Takkan pernah.

Saya mengikuti penulisan awak bukan baru. Bukan semalam. Tapi dari masa pengikut awak tak sampai sempurnanya bilangan jari lagi saya dah mula baca halaman awak. Saya ikut , saya baca cerita - cerita awak. Saya masih ingat gaya penulisan dan tema cerita awak selalunya berkisarkan tentang apa. Dan saya juga tahu mula pada bila tiba - tiba awak bertukar jadi seorang "ustaz". Saya tahu.

Mungkin saya tak penah menabur komentar di laman awak. Mungkin saya tak pernah LANGSUNG puji penulisan dan puji AWAK sekali. Tak pernah. Sebab saya tahu , saya memang tak pernah ada hati pun nak buat macam tue.
Pada awalnya saya ada SEDIKIT meng-kagumi , tapi lama - lama saya meluat dengan awak. Saya tak tahu salah saya atau salah awak. Saya muak dengan gaya SHOW OFF awak.
Apa guna kita selalu bercakap tentang hadis ini itu , hujah ini itu , kalau kita BELAGAK ?! Belagak tue sifat yang baik ke? Stop it lah. Baik awak buat ruangan macam saya. Cerita 100% pasal hari ni saya makan apa , buat apa , pegi klas apa , nak maki siapa , nak berangan kawen dengan sapa. Puas hati.


Saya ingat lagi awak pernah berbicara tentang facebook , gambar - gambar.. Tapi apa yang saya lihat "Awak cakap tak serupa bikin".


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Antara amalan kita dengan Tuhan , biar Dia saja yang adili .
Kita sebagai HAMBA hanya perlu jalankan tugas. Sumpah! saya bukan orang yang baik untuk bercakap pasal agama. Saya mengaku ada lagi perkara WAJIB yang saya masih terkontang - kanting. Tapi salah ke bila kita cuba untuk menambah jumlah pahala dengan melakukan ibadah - ibadah SUNAT? Saya nak tanya :
  • Buat pahala ada limit ke?
  • Kalau tak buat perkara wajib contohnya menutup aurat so kita tak boleh / tak digalakkan puasa sunat? . Betol ke? Kire macam "Selagi tak buat perkara WAJIB jangan kau harap nak buat perkara SUNAT".
Is it true?

Personally , saya rasa orang yang berfikiran macam nie harus fikirkan perkara nie berulang - ulang kali. Saya kongsi dengan kamu ey , kawan - kawan baik saya RAMAI yang tak pakai tudung. Ramai yang dedah aurat. RAMAI!. Tapi diorang masih WARAS dalam kehidupan. Rajin melakukan ibadah sunat. Tak kiralah puasa sunat ke hape kan , yang penting IBADAH KERANA ALLAH SWT. Perlukah meraka nak tunggu sampai diorang bertutup litup ape benda semua , baru boleh buat ibadah - ibadah kecil nie? Perlukah?


Sebagai seorang yang dewasa dan boleh berfikiran matang , silalah jangan berfikiran KOLOT. Burok bebenor rupanya. Jangan cepat simpulkan permasalahan. Pandang dari semua pelosok bahagian penglihatan bukan sekadar pada yang depan mata saja.
Saya tahu awak nak nasihat tapi gaya tak kena lah bang....




PSS!!! : Saya tak penah cakap saya tak suka blog islamic. TAK PERNAH .Saya masih perlukan bahan bacaan ilmiah =]



4 comments:

_aReyOu_ said...

haih la manusia.. kita ne tidak sempurna.. kan ain kan.. kenapa ada org yg berfikiran kolot seperti itu.. meh cni bg i link org tue.. :D

Abiggaill said...

Nnt ainn suggestkan page dia kat facebook ayu.

_aReyOu_ said...

wokeh ;D
rileks u yeww.. byk2 bertenang.. ;)

kak diana cantik said...

sekilas ikan di air, dah tau dah sape..