Bus memang penuh dengan student. Dah macam bus sekolah plak saya rasa. Penuh dengan budak UITM Segamat , Politeknik Muadzam Shah , UNITEN , MRSM and other kolej kat Kuantan. Cuma ada 2 orang je orang tua, both is chinese and overall suma orang Muda. Sorang atuk tue duduk bahagian depan. Second row from driver seat and the other one duduk kat second last row.
Bus jalan cam biasa , driver ok tak gila. Kali ni driver cam ber-hemah sikit so takdelah bawak laju cam pelesit. Tengok kiri kanan semua macam rilex - rilex je. Means semua penumpang dalam keadaan yang selesalah kan.
Sampai Segamat , ada sorang perempuan muda nie nak berhenti kat depan Hospital Segamat. Ok , dia turun. Dalam hati terfikir maybe dia nak melawat someone kot. Dari Johor sampai segamat , telinga melekat dengan earphone. Volume MAX. So takkan dengar langsung ape bunyi - bunyian yang muncul kat sekeliling saya.
Tiba - tiba sorang mamat nie terlanggar bahu saya dan jalan tergesa - gesa ke depan , ke tempat driver. Ingatkan dia budak Kolej Komuniti , dah terlajak nak berhenti , tapi......
Sambil bercakap , dia tunjuk - tunjuk ke arah belakang bus. Saya pun ape lagi , terus stopkan lagu sebab nak tau lah gak pasal pe dia tunjuk - tunjuk belakang. Owh rupanya!! Mamat tue cakap uncle yang kat belakang tue pengsan!
Semua orang gempak dan terus pandang uncle tue. Saya nampak uncle cam dah tersandar dan badan dia dah sengget ke seat sebelah. Kebetulan plak uncle tue takda partner duduk dalam bus , so budak - budak belkanglah yang kena tolong dia.
Tersentap kejap dengan apa yang saya dengar.
I feel like "OMG! What do you mean by dah habis??? Dia dah mati ke??".
Satu bus terdiam dan kitorang just mampu look at each other then kejap - kejap tengok uncle tue. Ok for ur information , jarak dari hospital segamat ke bus stand segamat bukanlah dekat ey. Makan masa gak nak sampai bus stand. So boleh tak bayangkan ape perasaan semua penumpang masa tue. Yang paling scary , budak - budak Poly yang duduk bahagian belakanglahkan. Masing - masing muka dah pucat gila. Serious semua orang macam kejap-kejap-toleh-belakang-kejap-kejap-toleh-belakang. Semua orang takut mayat uncle tue jatuh dari kerusi tapi semua orang juga takut nak toleh kat mayat tue , apatah lagi nak betulkan kedudukan dia.
Finally! Kitorang sampai kat segamat. Sorang driver dah turun dan bagitau kat sape ntah untuk call ambulans ngan call polis. Bebudak yang duduk kat belakang semua dah pucat lesi , ade yang turun ada yang stay dalam bus. 5 minit lepas tue tinggal 4 orang perempuan dan mayat uncle tue dalam bus. Me and other 3 girl and UNCLE . Masing - masing macam tak nak hiraukan sangat keadaan mase tue sebab mungkin taknak terkena badi ke hapekan. Macam saya , saya agak lemah semangat bila bab - bab kematian , so saya try untuk tak tengok kat dead body tue dan tak fikirkan langsung pasal keadaan dia.
Tunggu polis sampai , sumpah lama. Bus dah delay 2jam. Satu bus stand gempak pasal ORANG MATI. Saya yang berdiri kat tengah - tengah orang ramai tue macam nak tegelak pun ada. Bayangkan kamu semacam boleh dengar bermacam - macam version cerita macam mana uncle tue boleh mati. Sebenarnya uncle tue mati masa tidur. Tapi tak surelah the real reason kenapakan. Based on saksi , uncle tue tidur dan macam nak tejatuh then bila ada yang tolong , pegang , uncle tue dah keras.
After settle semua , mayat dah angkut bawak pegi hospital , kitorang pun naik bus semula dan nak start perjalanan. Driver suruh penumpang dari Johor naik dulu. Bebudak belakang duduk sambil muka tersenggih -senggih. Orang - orang yang naik dari segmat semua dah cuak kalau diorang terkena LUCKY SEAT.
Macam tetiba semua orang kepala dah fokus kat LUCKY SEAT tue dan nak tengok siapa yang LUCKY sangat agaknya. Tapi macam takda oranglah plak seat tue. Semua tempat full ada orang duduk tapi seat tue KOSONG. Ok fine , maybe memang LUCKY sebab takda siapa yang kena duduk kat situe. Eyh tapi rupanya after 5 minutes , ada husband and wife nie naik. Semua orang pandang dia semacam! Dan Si Wife dah mula jalan patah balik ke husband dia. Si Husband dah mula berkerut. Driver tue cakap dengan couple tue yang "Dia dah pergi". Then Si Husband nie jawab "Memanglah pergi tapi kalau dia nak ikut?"
Ok kalau Uncle tue nak ikut , i hope pegi ikut orang lainlah.
Not me.
Esok saya ada Quiz IB . Jangan kacau saya ya uncle.
=]
1. Ok lawak . Kat FB macam semua orang menakutkan saya perihal hantu cina. ku-ang-a-jo . Grrr!
2. Si Husband tue orangnya agak kacak. Muka cam orang pandai. Ada sorang makcik yang duduk belakang saya cakap ape tau "Kau elok - elok pandai kang jadi bodoh duduk situ". HAHAHA sengal makcik nie
4 comments:
oohhh sangat-sangat scary!!!! jgn lupa tonyoh kaki ok!!
bila tgk ain update blog sal mayat ayu lgsg xbukak smlm blog ain! aiyew bila da abis baca blog terus teringat kt arwah uncle ayu tue.. :(
btw, suma da tkt da.. hehehe.. cian la pulak :p
I enjoyed your blog,,tak sangka anak buah ada bakat dalam penulisan...keep it up..spontan gilerrrrr
cik liyana : Hahahaha baeklah!!
areyou : Jangan sedih2 sayang...Yelah semua takut , nak2kan masa otway nak ke busstnd segamat..kitorang takot MAYAT BANGUN!
aunty syam : Thankz , thankz , thankz! =]
Post a Comment