Jul 22, 2010

RAINBOW ( ENTRY JIWA )



Weekends are a bit like rainbows; they look good from a distance but disappear when you get up close to them.
~John Shirley


Lagu tema blog tukar lagi.
Lagu kali nie rasa macam lebih dekat dihati. Lebih dekat dengan jiwa. Lebih dekat dengan kehidupan =]

I'm a big big girl
In a big big world
It's not a big big thing if you leave me
But I do do feel that
I do do will miss you much
Miss you much...

Dalam usia hari ini , dalam kehidupan yang hampir separuh saya jalani dan mungkin juga boleh saya katakan , sudah agak banyak pengalaman yang saya kutip.
Saya sudah besar , sudah perlu belajar untuk jadi matang.
Cari identiti.
Cari kawan yang bukan lawan.
Cari kasih sayang bukan sumpahan.

Hey! saya selalu cerita pasal matang,berubah,dewasa lah apelah tapi saya berasa macam tak guna kadang - kadang rite? Coz i still do da same thing again and again... Adakah tue pertanda yang saya masih sama seperti di masa-masa lepas ? Adakah saya terlalu kolot untuk menghadapi masa sekarang?

Hey! kau! Ya saya =[


Saya tahu perkataan berubah / change memang sentiasa berdiri berbaris kat tepi bibir. Tapi kadang - kadang dia tak tersandung dan melekat terus di hati. Adakah saya terlampau rindukan sesuatu dari masa lepas sampai saya kadang - kadang seperti ada SPLIT PERSONALITY ?

Ya... saya rindukan masa lepas..rindukan setiap yang ada pada masa lepas.

I can see the first leaf falling
It's all yellow and nice
It's so very cold outside
Like the way I'm feeling inside

Orang kata , bila kita sedih , jangan tunjukkan kesedihan tue pada orang . Sebab mungkin tak nak orang lain rasa sedih juga kot. But sometimes kalau kita tak tunjukkan , orang takkan faham. Orang tak kan penah nak hargai kita. Orang takkan penah nak tau apa yang kita rasa pada mereka.

Ya! saya memang pelakon yang hebat , selalu buat macam takda apa yang berlaku , macam takda langsung perasaan kat hati. Tapi di setiap bait kata - kata saya , kalau ada yang sedar , saya tumpahkan segala - galanya. Susah sebenarnya jadi seorang yang "penyimpan". Day by days , sendiri akan rasa macam kusut , hati jadi berat macam ber-million tan...

Outside it's now raining
And tears are falling from my eyes
Why did it have to happen
Why did it all have to end

Setiap yang berlaku pasti ada penghujungnya.
Setiap yang berjalan pasti ada masa berhentinya.
Setiap yang saya lakukan , saya harap akan dapat balasan yang seadilnya dari Dia.
Semua orang termasuk saya , selalu berdoa agar diberikan bahagia. Tak bernama manusia jika seseorang itu mengharapkan derita....

Lumrah dunia , tak semua berakhir dengan senyum. Sometimes when i try so hard to make everything looks perfect , mesti nanti jadi huru - hara. Apa yang di harapkan tak menjadi nyata. Sedih kecewa , jangan cakap. Tuhan saja yang memahami.
Tawakal dan redha yang mampu sambil senyum mendongak langit , berbisik pada Dia "Saya tahu Kamu mahu berikan saya yang lebih baik dan terbaik. Saya tunggu".

I have your arms around me ooooh like fire
But when I open my eyes
You're gone...

Saya suka berangan! =]
Bila berangan kita akan membayangkan perkara - perkara yang indah sahaja. Hey! mane penah orang berangan ditimpa kemalangan ok. Hoish selisih!!

Kalau boleh sentiasa nak hidup dalam angan - angan sebab segala dalam angan-angan itu CUKUP & kehidupan saya yang sebenar terlampau TAMAK.
Tamak dengan segala - galanya. Sentiasa mahu dan mahu dan mahu dan mahu sesuatu. Tak penah rasa cukup.


Mata tertutup , angan - angan muncul.
senyum senang , depang tangan nak terbang.
kaki mula menari dalam taman fantasi.
pelangi senyum. awan jerit gembira.
tiba - tiba angin kuat datang.
Jatuh tersembam ke bumi.
Buka mata.
Kotak angan - angan pecah!
Arghhhhh aku kembali ke dunia realiti!
Bangun.
Berjalan kembali menuju kesesakan.
Melalui lorong kekusutan....




Hahahaha entry agak meleweh dan sastera lebih =]
Mengimbau masa lampau , masa form 6 , saya budak aliran SASTERA weyh~~

ok bye!


PSS!!! : Ibu,ainn nak balik =[




2 comments:

IntanBerlian said...

hoho memang sgt bersastera ni.hehe. kdg2 memang kite kene simpan kesedihan. sebab itu jln terbaik =D

Abiggaill said...

hahaha.malu =]