Hari - hari kalau masak lauk lain - lain , cukup 3minggu , terus kering idea nak masak apa. Semua lauk rasenya dah try kot. Kadang - kadang kalau dah sangap resepi sangat , siap gunakan khidmat Pakcik Google seyh. Owh hari tue , Google resepi "Siakap 3rasa" dan yeayy jadi! Ayah kata sedap :)
Terima kasih Pakcik Google , len kali tolong saya lagi huh!
Sekarang , family saya semacam gemar sangat - sangat dengan lauk asam pedas dan disebabkan itu , saya pulak semacam dah power gila seyh masak asam pedas. Majoriti hari dalam kehidupan kami asyik makan asam pedas saja.
Kalau dulu mesti ada je ayah nak komen :
"Long , lada tue goreng garing sikit"
"Long , apesal cair sangat.."
"Along , kuah kurang masam /masin"
Sekarang , miahahahhahahahahahahaa power sudah :)
Owhh lagi satu kepakaran masakan saya yang makin teserlah semenjak cuti sem nie ialah part lauk Kurma Ayam. Omaigod , sedap gila babas siakkkk!! Dah kawen nanti hari - hari mahu masak asam pedas dan kurma..Selang seli , boleh tak sayang??
Lauk kegemaran intan yang saya perlu masak kalau ada sotong kat peti ice is Sotong Goreng Tepung. Wajib ok! Gemok itu suka sangat-sangat-sangat dengan lauk nie. Kalau kitorang makan kat luar , even dia order mee goreng ke nasi goreng cina or what eva pun lah , nanti mesti die nak add Sotong Goreng Tepung jugak.
Sotong Goreng Tepung sedap dimakan dengan Sos Thai..Uuuuuuu mabeles!
Hari nie sebab dah takde idea nak masak apa , saya masak bubur nasi. HAHAHA-
Macam satu rumah sakit pulakkan sampai nak kena makan bubur nasi. Ahhh tak kira , semua orang kena makan juga :)
No comments:
Post a Comment