Dan saye buat :)
Tapi ade beberapa kekurangan kott , so nie kumen saye pasal resepi nie *"KUMEN" TUEEEE...!* :
- Piping bag xde size sebenar, so aq gune acuan kueh . Agak leceh sebab puff tue jadi kecik dan melambatkan keje.
- Resepi nie mencabar kesabaran. Nak kene cepat dan sangat berhati2. Aq rase cam nak betukar jadi sotong kurita jap , banyak tangan.
- Walaupun korunk buat ikut resepi sejibik , sometimez , korunk kene ubah2 gak resepi tue :)
Jom masak !!
Bahan-bahan ( 10 biji )
- 100ml air
- 45g butter-suhu bilik
- 60g tepung gandum- diayak
- 2 biji telur(100g)
Cara-cara
- Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
- Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
- Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
- Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
- Masukkan telur, kacau cepat-cepat
- Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang.Anggaran diameternya ialah 5cm.
- Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
- Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
- Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
Yang tadi tue resepi untuk puff die , nie krim die plak!
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
- 1 sudu besar tepung
- 1 sudu besar tepung jagung
- 4 sudu besar gula
- 200cc(1 cup) susu segar
- 1 biji telur (L size)
- 1 sudu besar mentega
Cara-cara
- Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
- Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
- Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
- Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.
Okeyh actually daku ade sikit kemusykilan bab camne nak letak krim kat puff tue.. Ade resepi die cam belah 2 kan puff or koyakkan sikit dan masukkan cream *KALAU PUFF KORUNK BESAR*..tapi daku plak buat krim tue telampau pekat so daku tepekkan between puff *DAKU BUAT 1 ADUAN UNTUK DI-PRESSKAN GUNE PIPING AND ANOTHER 1 DAKU JUST BULAT2KAN UNTUK JADIKAN BAHAGIAN BAWAH PUFF*
*kalau ikut resepi asal , untuk puff tapayah letak gula. Tapi saye rase , patut kot letak sikit :) Cairkan ngan air +mentega
Dah siap , taburkan Aising or Chocolate cair or krim putar......
ENJOY!!!
Hehehe nielah hasil keje sayer~~
No comments:
Post a Comment