Showing posts with label Imagination. Show all posts
Showing posts with label Imagination. Show all posts

May 9, 2012

FANTASY Part 5 : "Suatu hari" featuring Little Syam

Hye readers! Konnichiwa!

  • Kurlasss kau Jah buat entry berangan siap ada featuring - featuring bagai! Hahaha! Korang ado? non adooooooooooo. 

  • Entry nie agak panjang dan mengandungi tahap imaginasi penulis yang melampau-lampau over-nya. Pembaca diminta bertenang , pergi bancuh kopi dulu , bawa kerepek , duduk minum , makan-makan, dan.... kita enjoy! ;]

Kalau sebelum ni aku pernah buat entry Fantasi pasal "Rumah" , "My baby look like""My car" and "Baju idaman" , harini nak berangan pasal My Big Day! Jangan tanya kenapa tetiba nak berangan pasal Someday-Big-Day , tetiba je benda ni pop up on my mind , so here we go :]





*************



I've join Pinterest in last two or three month past. For me Pinterest ni awesome sebab banyak gila idea - idea yang boleh kita dig in kat sana. Cakap je nak idea pasal apa , decoration rumah ? resepi ? fashion ?  architecture ? gardening ? semua ada. Complete. Like mine , i prefer to pin  idea on  food , house decoration , DIY project , quotes and hehehehe wedding inspiration of course.


Now , let me drag you on my dream wedding plan yang di inspirasikan dari  Pinterest dan Little Syam... 


WEDDING INVITATION


My wedding invitation will look like this. 

Using brown paper with simple , sweet , vintage looks and straight forward information on that card. Taknak lah ada cartoon - cartoon or something yang terlampau fancy like now days punya wedding card .Me don't really like that. Pantun - pantun pun kalau boleh taknak sebab selalunya orang bila dapat card , diorang cuma focus pada (1) Siapa hantar card? (2) Siapa yang kawen? (3) Kawen kat mana? ..tu je..hanya orang yang tengah bosan gila akan baca dari awal hingga akhir card *count me in*.  Less is better. 

So what Little Syam can do for my invitation card is by drop her simple and attractive design yang boleh buat orang say "Wow!!! cutenya card dia!". Awesome! 
Oh , did you know that Little Syam can design wedding invitation card or any other card like business calling card or something? No? Haaaaaaa now you do!





DOOR GIFT


Selalu kita pergi majlis kawen , diorang akan bagi gift handkerchief , sabun , potpourri and cawan - cawan putih kecil yang berbunga rose pink tu kan. But pernah tak korang pergi wedding yang door gift dia something yang korang boleh guna hari-hari ? Ok , contoh , last few month , kitorang 1 family ada pergi 1 wedding ni ,  door gift dia ialah pembuka botol , pencil , notebook , alas cawan... Aku rasa door gift yang macam tu unique sangat plus berguna pada tetamu compare dengan bagi cawan putih kecil tu. Sampai laa ni kat rumah aku ada berlambak cawan kecil-kecil tu. Nak buat minum macam kelakar pulak , nak buang sayang... Membazir je. 

So kiddo and mummy daddy kiddo will get a different door gift-lah. Bebudak kita bagi dia gegula je sudah. Mak dan bapak budak will get... i don't know, maybe pencil , towel , or what ever..or Little Syam hanging mobile ke kan.. boleh juga letak kat kereta or kat handphone ke...



Me and my Birdie





I only have an idea for now , tak decide pun what the exact thingy yang nak diletakkan dalam door gift bag tu , so what ever it is , harap dia bukan cawan kecil putih tu jelah *pray*.

Bercakap pasal door gift bag , idea for my door gift bag will look like this :


A'ah. Guna paper bag beli pisang goreng tu je :]

Teringat kat Mak Long , hari tu i've mention kat dia and ibu yang nanti on my wedding day i'll use pisang goreng paper bag as door gift bag and guess what , she surprise like sdgragfgfg! Mak Long cakap "Ainn , mak long sanggup sponsor beg tu nanti dari kau pakai beg goreng pisang ni". Hahahaha! I don't care. I want this pisang goreng paper bag jugak! The illustration/font design/ or what ever on that paper bag will done by Little Syam , ofcoz!

Oh! kalau banyak duit on that time or kawen dengan beruang jadian *baca as suami ku ber-wang-wang* ke kan , closest friend will get different bag for door gift.. bag jelahhhh.. silap aribulan dapat beg kosong takde isi sebab bajet lari ke bag ;]

Mungkin door gift untuk kekawan baik adalah seperti beg tote Little Syam tapi bersaiz kecil sedikit dari size asal or pouch bag ke kan... Pastu kat beg tu tulis besar-besar "Just Married , Ainn and Kedodo" or "Woi gua dah kawen , lu bila nak kawen weyhhh , yang ikhlas Ainn" padahal masa aku kawen nanti tu semua orang anak dah 4 ;p




FYI , tote bag ni bukan sahaja sesuai untuk dibuat berangan dalam entry ni. 
Tote bag ni juga boleh digunakan sebagai handbag ke kelas , berdating , jalan - jalan , bercuti , balik kampung , camping dan sebagainya.
Pendek kata Little Syam Tote Bag boleh digunakan bila - bila masa dan kemana - mana sahaja!
Selesa , tahan lasak , boleh isi banyak barang dan harga pun berpatutan :]
Dapatkan segera di Little Syam berhampiran dengan anda!





Ahh baru berangan 2 benda je dah sakit kepala. No wonder orang yang nak kawen selalu stress bila fikir semua benda pasal wedding. Demmit.

Sambung berangan esok malam ah. Banyak lagi nak feature Little Syam punya barang dalam angan - angan ni. Esok will talk about Photo booth and Sweet candy corner for kiddo :]




Nite!




Picture source: Pinterest and Little Syam blogspot

{AINNZ ABIGGAILL}

Jun 29, 2011

Asabikeshiinh or Dreamcatcher

Salah satu perangai pelik aku is suka ikut orang. Bukannya mengikut apa , tapi aku jenis suka ikut budaya orang , people culture bak kata Melayu nya *LOL*... Aku pakai Chinese black wooden bracelets sebab katanya gelang tu boleh bawa ONG , also dulu masa sekolah aku ada pakai cincin batu jed yang katanya bagus untuk aura dan persahabatan. Aku ada juga mengikut sikit pantang larang kaum - kaum lain. Bukanlah sebab aku percaya dengan kepercayaan diorang , cuma entahlah... macam suka pula.

Ikut apa yang boleh mendatangkan kebaikkan pada diri sendiri , bukan yang merepek meraban entah pape. Dah besarkan , boleh fikir dengan betul dan waras. Fikir juga guna iman. Macam gelang tu , aku takdelah percaya benda tu boleh bawak tuah , tapi dari biarkan tangan plain , takde pakai perhiasan apa pun , so aku rasa cool lah juga pakai benda tu kan. So korang yang baca entry ni jangan salah faham. Dan juga aunty - aunty dan uncle - uncle Chinese kat luar sana tolong jangan salah faham , jangan ingat aku ada mix cina pulak sebab semata - mata aku pakai gelang ni. Penat aku nak menjawab mana aku dapat gelang tu. Aku yang hitam cenggini nampak sangat melayu mix Papua Uganda . LOL!


Owh my "lucky" bracelet look like this :






Sekarang ada satu benda yang aku tengah gilakan.......










Kau layan Twilight? Ada tengok New Moon? Ada perasan tak Jacob bagi Bella benda masa birthday dia?? That's what we call as Dreamcatcher ( Dream - Catcher ). Aku start aim benda tu since tengok Twilight lagi. After buat "kajian" pasal American Native ni , lagilah aku rasa macam NAK-NAK-NAK-NAK-NAK!!! walaupun bukannya selalu dapat nightmare pun sebab tidur mati. Kau harus banyak baca pasal puak Indian ni , memang menarik , dan paling menarik sekali mestilah part Werewolf kan :)


Basically Dreamcatcher ni digunakan untuk memerangkap mimpi - mimpi buruk. Tapi ada juga yang menganggap benda ni sebagai simbol kekuatan puak Indian dan juga sebagai "icon" diorang.
Dalam kepercayaan mereka , mimpi ni penting sebab dia macam satu mesej "from the other side" untuk mereka dan mesej - mesej tu pula ada yang baik dan ada yang buruk. So diorang percaya dengan adanya Dreamcatcher , diorang boleh elakkan diri dari diganggu benda - benda buruk / tak baik sebab mimpi - mimpi buruk akan terperangkap kat dreamcatcher tu.


Bagi puak Ojibway , mimpi ni sangat - sangat penting sebab untuk budak - budak yang baru lahir , diorang tidak akan di beri nama sampailah seseorang yang ditugaskan sebagai pemberi nama had a dream as to what he or she should be called. Nama yang di ilhamkan dari mimpi tu dipercayai akan bertindak macam web spider , boleh lindung budak tu dari benda - benda tak elok.


Kenapa bertindak macam web spider??

Perasan tak kat tengah - tengah dreamcatcher tu macam ada jaring - jaring yang ala - ala sarang labah - labah ? Ok , kat situlah katanya proses perangkap mimpi buruk (Bawedjigewin) berlaku & allow only good thoughts to enter into our minds when we are just abinooji. You will see a small hole in the center of each dream catcher where those good bawadjige may come through.


Then bulu -bulu kat dreamcatcher tu bermaksud breathe or air. Kalau dreamcatcher yang dibuat original oleh American Native ni , diorang akan gunakan bulu burung helang..But kebanyakkan dreamcatcher yang dipopularkan kat pasaran diperbuat dari bulu ayam T___T






What you need to create a dream catcher:

  • Hoop-either 10 inch
  • 12 inch or larger
  • leather strips or yarn
  • feathers
  • beads
  • sinew
  • scissors





Dream Catchers are a sub conscious reminder to us all of the good and helpful spirits and energies that dwell within the spirit world. Not only are Dream catchers helpful for the sleeping they also protect the spirits of people whom are unconscious like in a coma or are under general anaesthetic for an operation, they have also been known to help ground people with schizophrenia, just by meditating on them.


Let's do it our own dreamcatcher!







PSS!!! :Ayat tunggang tebalik.Maaf.Penat sangat.

{AINNZ ABIGGAILL}

Apr 27, 2011

KALAU PERCAYA..


Di sebuah kampung yang terletak di pinggir sungai berdekatan dengan hutan , tinggallah seorang gadis yang berkebolehan untuk bercakap dengan haiwan bersama ibu dan bapanya. Gadis itu sering kelihatan berjalan - jalan dipinggir hutan sambil ditemani oleh unicorn peliharaannya. Gadis yang berambut panjang , bermata cantik dan berkulit cerah itu tidak mempunyai ramai kawan kerana anak - anak penduduk kampung berasa takut dengan dirinya yang sentiasa berdamping dengan kudanya walaupun kemana saja dia pergi. Dia sangat sayangkan unicornnya. Kadang – kadang mereka akan bermain kejar – kejar bersama arnab hutan atau pun bermain air di sungai bersama kura – kura hijau. Si gadis sangat sayangkan haiwan – haiwan itu.



Si gadis selalu diejek kerana tidak pandai dalam ilmuan - ilmuan yang diajarkan disekolah. Ini merupakan salah satu sebab mengapa tiada seorang pun yang mahu berteman dengannya. Dia juga sering dikeji kerana lebih menggemari ilmu magis dan sentiasa percayakan keajaiban. Dia percaya setiap warna pelangi ada bidadari tersendiri , dia percaya kanak – kanak yang baik boleh berbaring dibulan sabit dan dia percaya unicorn-nya boleh bawa dia terbang. Orang kampung menganggapnya gila dan suka membazirkan masa untuk sesuatu yang tidak membawa kebaikkan. Dia juga sering dimarahi oleh ibunya yang malu terhadap kata – kata orang kampung.





Pada suatu hari , kampung mereka telah diserang oleh seekor monster ganas yang sangat menakutkan. Badannya berbulu lebat berwarna ungu dan monster itu memiliki sepasang tanduk kuning yang besar dan bengkok . Monster itu hanya akan muncul pada waktu petang dan kebetulan pada masa yang sama setiap kali si gadis dan unicornnya bersiar - siar dipinggir hutan. Monster itu hanya akan mencederakan penduduk kampung yang masih muda dan golongan tua pula akan diculik dan dikumpulkan di dalam satu gua gelap yang terletak dibalik Bukit Hangus. Penduduk kampung percaya bahawa kemunculan monster itu ada kaitannya dengan gadis dan kuda bertanduknya itu. Apa yang didengar oleh gadis ialah orang kampung percaya monster ungu berbuat kacau dikampung mereka kerana monster ungu mahukan semula kuda bertanduk gadis. Ketua kampung telah meyakinkan semua orang bahawa tanduk sama warna yang ada pada kuda dan si monster ungu itu adalah bukti bahawa mereka mempunyai hubungan.




Si gadis tidak mahu kehilangan unicornnya kerana hanya unicorn itu yang mahu berteman dengannya. Senja itu , ibu si gadis telah memaksanya untuk memberikan unicornnya kepada ketua kampung untuk dibunuh. Si gadis menangis teresak – esak bila ibunya cuba untuk mencederakan kuda kesayangannya itu. Jiran – jirannya yang melihat kejadian itu juga turut membantu ibu si gadis memukul unicorn yang terikat disebatang pokok bersebelahan rumah gadis. Gadis berasa sangat sedih bila semakin dihina dan kudanya dicederakan. Gadis lihat badan unicornnya berdarah – darah , tanduk unicorn sedang cuba dipatahkan oleh ibunya sendiri . Dengan mengumpul segala kekuatan yang ada dia berlari kearah unicorn , menolak semua orang yang berada disitu , dia cuba melepaskan kudanya itu dan mereka lari kehutan. Dengan bantuan cahaya bulan mengambang , mereka terus berlari hingga ke tengah hutan. Gadis lihat unicorn semakin lemah , dia mengajak unicornnya berehat dibawah pokok renek , lalu mereka tertidur.




Keesokkan harinya cuaca kelihatan agak mendung. Si gadis cuba mencari buah – buahan di kawasan kelilingnya untuk dijadikan makanan mereka hari itu sebelum hujan lebat turun. Tapi malang , dia tidak berjumpa apa – apa. Dari jauh kedengaran suara unicorn tiba – tiba mengerang kesakitan. Gadis terus berlari mendapatkan unicornnya. Alangkah terkejutnya dia bila melihat seorang pemuda sedang melakukan sesuatu pada unicornnya!



bersambung kalau rajin.....



{AINNZ ABIGGAILL}

Oct 21, 2010

FANTASY Part 3 - MY CAR!

LoL. I'm back! Hahaha . Tolak buku sekejap sebab nak berangan...



Hurm semua orang ada kereta idaman masing - masing and me too!!. Kereta berangan yang mungkin hanya berangan je ialah Ferrari. Omaigoshhh! Ferrari kottt, siapa tak suka Ferrari memang tak coollah korang nie. Harga dia... Ok sila telan air liur sekarang. Gullp! ;]


Sebab minat Ferrari , saya macam terus tersuka tengok F1 dan excited sokong team Ferrari , team lain tak pandang. Lepas tue tersuka plak kat Kimi Raikkonen sebab dia lebih hensem dari Micheal Schumahcer then terasa macam dalam dilema nak terus sokong Ferrari ke nak sokong McLaren. Pastu kebetulan pula Kimi Raikkonen masuk Ferrari. Wahhh! terus tak dilema dah , terus sokong Ferrari semula.
Macam haram-


Kimi Raikkonen

Ok stop pasal berangan yang tak mungkin jadi kenyataan. Kita berpindah kepada cerita berangan yang tak berapa mungkin jadi kenyataan. Ehemm - ehemm , stylekan , berangan pun ada fasa - fasa :] Kau boleh ke berangan macam aku ?

Untuk fasa nie , kereta idaman takdelah mahal gila macam Ferrari. Kenapa saya kata "tak berapa mungkin" sebab maybe ade chance-lah nak pakai kereta nie. Hahahaha tue pun kalau duit ayah campur duit ibu plus duit datuk times duit aunty Syam plus duit sanak saudara , haa mungkin saya boleh beli cash :] Keretanya ialah Subaru!
Wahhhh - wahh berangan taknak kalahkan. Nak kereta yang boleh bawa berlumba je. Tak menahan betul...Effect dari suka sangat tengok cerita Fast and Furious , saya rasa Subaru memang stylo - mylo - milo-lah. Kalau kat Johor , bila korang jalan kat area bandar JB , maybe korang boleh nampak banyak Subaru Singaporean. Style seyhhh.. Bila make - up sikit , then ekzos pakai yang Aummmmm punya. Omigoshhhh @-@



Dua tiga hari nie , lepas ibu cerita Atiqah dah beli Myvi LE then Kak Syuhadah dah beli Vios , tetiba bila tidur asyik mimpi Proton Inspira je. Hahahaha memang sengal... Mungkin sebab balasan memainkan ibu kot. Ibu cakap semua orang dah beli kereta when my turn plak kan. Then saya jawab "Relax ah ibu..kereta ape barang..nanti ainn beli lori trelar terus.. park depan rumah. baru style." =.='


Hurm mungkin sebab Proton Inspira macam sporty then ala - ala Mitsubishi Lancer , iras - iras Subaru pun ye gak dan yang pasti ada gaya - gaya Umphh! , so saya terus macam "Owhh owhh kau lah kereta pujaan ku sekarang!!". Tetiba. Then terus Inspira temasuk dalam mimpi hari - hari.... Kamu bayangkan , saya mimpi ada seorang jejaka kacak datang rumah naik Proton Inspira merah hari - hari..Mak aihh..Pastu mimpi yang sama plak hari - hari.. Mak aihhh.. Tak ke menangis aku nak Inspira merah hari - hari... Mak aihhh!

Walaupun banyak khabar tak sedap bercerita pasal Proton like Proton suka collect model - model reject dari syarikat lain , kereta Proton nie macam #$$$$$^$$$ tapi nak buat cam mane , saya dah tersuka :] Yeahhh nanti keja nak beli Inspira! Hohohoho







Apr 6, 2010

FANTASY Part 2 - MY BABY LOOK LIKE

Before nie , entry fantasi menjurus tentang kediaman. Nak rumah begini begitu , bilik color nie , perabut , susun atur. Today i will drag korung semua dalam 1 lagi fantasi yang agak melampau - lampau.
Hahaha nama pun fantasikan , naseblah camne pun rupenyer :)

Fantasy harinie pasal MY BABY LOOK LIKE.
Menarik? Ya ya ya menarik sampai aq rase nak lempang diri sendiri mase buat mende alah nie. Teruja , gelak - gelak , malu , bengang , rase kebas - kebas , kejang - kejang semua ada. Malas nak intro pepanjang , jom layan!


Aq telah memilih "Boyfriend - boyfriend berangan" sebagai mangsa nafsu serakah aq. HAHA- Bunyi sangat WILD! Coi!! Sebab boyfriend bebetol takde , so nak berangan nyata camne rupe anak pun xdapatlahkan. Jadi... Bak kate orang , "kalau nak berangan kasilah angan - angan yang grand abis" *SAPE PUNYA KATA AQ IKUT NIE?*





Ok ayuh ke gerbang fantasi , bersedia untuk termuntah - muntah hijau ;)






1. ROBERT PATTINSON + AINNZ ABIGGAILL



Omagos!! Sangat comel! Nak kawen ngan Patti! Nak anak comel!
BEHAVE AINN, BEHAVE-

Tengok mata dia ngan mulut kecik seksi tue. Sangat comel. Pipi ikut Ainnz Abiggaill (^_^) .
Owh anak mama sangat tampan! Mata dia sangat mem-pikat kalbu.




2. SUNG KANG + AINNZ ABIGGAILL



With Sung Kang aq dapat 2 orang anak , lelaki pompuan =.='
Memang dapat baby muka chinese abis lah..

Yang girl pipi ikut Ainnz Abiggaill , hidung 2-2 ikut Ainnz Abiggaill gak.
Mata and kening ikut Sung Kang , but both have sexy lips macam..... Ehem ehem ;)




3. DONNY ADA BAND + AINNZ ABIGGAILL



Bentuk muka dan pipi , ya ikut sape lagi kan ;) Mata like Donny. Menguda. Comel!




4. INDRA BRUGMAN + AINNZ ABIGGAILL



Kening like Indra , pipi malas nak komen. Muke matured, kacak :) Suka mata dia. Aww aww!



5. HADY MIRZA + AINNZ ABIGGAILL


Auch yang nie i like! Alahai manisnyer muka. Mata sebelah kecik , sebelah besar =.='
Yang nie pipi takleh salahkan i sorang sebab Hady Mirza olso pipi bolat :)



6. ANUAR ZAIN + AINNZ ABIGGAILL

Comelnyer!! Nie sesuai jadi baby girl :) Kalau ade lesung pipit sweet.




Ok. Tamatlah sudah edisi fantasi episode 2. Semoga kita bertemu lagi dalam entry fantasi yang ke3 pada bila - bila masa dari sekarang.

Sekian terima kasih.


Kesimpulan : Nak suami kacak untuk dapatkan baby - baby yang secomel mereka :)






Feb 12, 2010

FANTASY Part 1 - RUMAH

Kali nie aq nak menulis tentang impian aq. Erm agak merepek mungkin , bagi sesetengah orang. Tapi aq tak kesah , aq nak jugak publish tentang impian aq. Mungkin akan ade 2-3entry impian yang akan menyusul nanti :)





I love IKEA like other people do. Cume IKEA takde kat JB jelah kan. , kalau ade kat Jb mesti best!. Masa g umah aunty syam kt KL , kire dah 2kali gak ah aq menghabiskan masa kat IKEA. Memang seronok , tak nak balik pun ye gak. Jalan - jalan macam tak cukup tanah. Ade jerk tempat yang nak pegi.
Perempuan , aq confirm akan rambang mata. Barang kat sana OK lah , harga pun murah , design superb!. Cuma yang tak bestnyer , kene angkut sendiri , takde penghantaran barang. Sekarang aq tak sure ade ke tak service penghantaran. Kalau kat US , memang ade penghantaran.. Malaysia?


Bile korunk ade kat bangunan IKEA , secara o-to-me-tik walaupun ko bukan orang yang kretif , ko pemalas kemas umah , ko tak suke barang perabot tetibe je ko akan jadi suka , jadi rajin nak kemas2 umah , dan maybe tetibe ko terasa ko ade bakat untuk jadi seorang INTERIOR DESIGNER :)
Serious , aq cakap bedasarkan pengalaman. Aq nie suka benda - benda cantik , simple dan comel tapi aq bukanlah manusia yang rajin mengemas. SERIOUS! Aq kalau dah kemas , or dah letak sesuatu barang tue pade tempatnya , haa memang akan ade kat situ jelah barang tue selagi takde orang usik. Alasan? "Aq malas nak kemas lagi dan lagi. Sekali kemas , dah jangan buat sepah".
Mungkin bile dah berumah - tangga - atap sendiri , baru rajin kot. Yelah masa tue nanti takkan aq nak harap laki plak kemas umah kan? Haa kang tapasal - pasal jadi janda muda plak.Hoish!!




Ayuh bersama melayari ANGAN AINNZ ABIGGAILL :

1.


2..


3...


Go!



  • Aq berangan nak ade umah kat kawasan kampung atau kawasan yang ada banyak pokok - pokok hijau yang segar , jauh dari bangunan - bangunan tinggi , jauh dari bunyi bising . Owh the word that suitable maybe "kawasan pinggir bandar". Tapi janganlah hulu sangat sampai KFC pun jauh nak pegi cam kat Muadzam Shah tue. Sedih aq kang... Kesian anak - anak aq jakun plak.

  • Nak ade jiran yang standard MAKCIK-MAKCIK , tapi tak nak yang kepoh - kepoh cam jiran kat umah aq sekarang nie. Kenapa nak yang makcik - makcik ? sebab makcik-makcik yang cam nenek - nenek nie perangai die agak comel. Caring terhadap jiran . Contohnya macam jiran nenek sayer! Rajin bagi makanan. HAHA!

  • Kalau boleh tak nak rumah jiran ngan umah aq melekat. Means aq nak umah SEKETOL ah gitu kan . CEYH CITA-CITA OBER NIH!!. Aq takmo duk umah flat klau boleh , insyaAllah...Aq sikit pun tak kesah kalau umah aq tue nanti kecik comel , bukan umah mewah tapi yang penting aq , family selesa :)

  • KECIK tue tak bermaksud kecik macam umah setinggan tu . Tapi kecik yang "Komplit semua ada" , xperlu bilik sampai 5-6 dalam rumah tu, ruang makan tak payah sampai 3 ke 4 ke kan , rumah panjang kebelakang sampai sekilometer tue sume tak perlu! Tak kose nak kemas :p
  1. Aq penah puji umah IJAN comel. Aq memang niat nak puji sebab aq suke umah die . No bukan umah die kecik ke hape , tapi design die.. sangat comel. Tapi mase aq komen , die tak approve. Maybe die ingat aq mengutuk umah dia :(
  2. Aq penah jalan - jalan kat kawasan kampung , nampak satu rumah kayu. Rumah chinese . rumah chinese kat kampung -kampung kan very the simple , half batu , half kayu. Tingkap besar. Aq cakap ngan angah , aq suke rumah tue , comel. Angah cakap "ko nie takde taste lah long". Comel weyh!

  • Then kalau boleh aq nak umah yang dekat ngan sawah padi / tasik / laut / sungai. Bestnyer!!



Owh aq nie very the berjiwa kampung dan very the sederhana kan?
Ayah penah cakap , jangan sampai kite telampau sederhana , orang ingat kite xde kemampuan...



Aq nak umah camnie , comel , keliling ade pokok - pokok. Tenang :



Kalau dapat umah comel macam nie pun best!! :







Ok tadi tue berangan secara overall dan secara luaran rumah dan persekitarannya. Jom nak berangan "Dalam umah" plak. HAHAHA-



IKEA AND ME!



EXTRA! Nie berangan manja2, takdapat pun takpe : "ANGAN YANG MELAMPAU TAHAP GABAN"



Penah tengok cite SMALLVILLE? Kenal LEX LUTHER? Alah si botak yang kacak tue..Alahai lakinyer si LANA tue lah..Haa yang jahat tue, alahai yang kawan si superman dulu tue..Haaaa yang tue lahhhhhh! *BERCAKAP GAYA-GAYA MAKCIK BARU NAK START MENGUMPAT*
Haa gambar kat atas nie lebih kurang cam bilik pejabat die kan. Banyak buku , perabot klasik , warna - warna lebih cenderung pada warna neutral dan gelap. Aq suke konsep die , ala - ala klasikal gitu. Kalau aq berangan nak living room gini , mesti ibu ngan angah gelak goling -goling. SEBAB? Aq kan pemalas mengemas. Ok fine. LUPAKAN!


Memandangkan aq nie "pemalas" , aq lebih suke semua bende ada kat satu tempat. Tak payah nak gerak jauh - jauh. Tak payah nak kemas banyak - banyak. Masa aq belek - belek magazine IKEA online tue , aq memang tekejut bile ape yang dibayangkan kat kepale otak , benda tue wujud.
Aq suka!! living room , bedroom , kitchen semuanya dalam satu ruang , takdelah nak kene berpintu - pintu segala. Paling aq suka part bedroom dia. AWESOMEEEEEEEEE!!! Tapi mane nak dapat umah yang camni kat sini?? OK , LUPAKAN!!




Nie berangan betol - betol punya!! : "ANGAN TABAPE MELAMPAU TAPI MENGADA-NGADA SIKIT JE"

LIVING ROOM: Comel kan? Aq bayangkan hall aq tak beserabut sarat segala ngan barang. Nak lapang jerk. Bile orang datang , otak diorang pun tenang , so mereka akan rasa "Esok nak datang lagilah umah die nie.cantik betol!". HAHAHAHA! Then aq jawap "Datanglah kalau tak malu!". Lalalalla~ Takdelah , gurau saja.

Selain men-tenang-kan jiwa bila ber-ruang tamu lapang dan permai nie , aq yang mungkin pada masa tue dah bekeluarga dan beranak - pinak pun dapatlah mengurangkan risk semasa ade anak kecik . Yelah budak kecik kan suka "mengemas". Ko bayangkan kalau aq letak barang memacamkan , then my little baby seronok main tarik - tarik barang hempas ke lantai , baling ke dinding kekonon die tengah practice basketball , pastu sepah sana sini . Perghh tak ke menangis aq kan? Dahlah mak die nie "hobi" mengemas , pastu die meng-kisai... Arghhh!!


Errrk , perasan tak yang cam meja tue? Ektorp . Actually dia bukan meja tapi box storage. Hahaha cool gile..Kate lah ko datang umah aq , anak aq tgh buat sepah gile babas , kalau aq lambat bukak pintu tue , ko bayangkan aq tengah sumbat segala bebarang dalam storage tue ey :) Aq izinkan korunk ber-pikiran gitue..Takpe2 aq memahami.. HAHAHA!



But overall , white is awesome... Tapi aq berhajat untuk mengabungkan PUTIH dengan HIJAU PUCUK PISANG! Cantik. Nie semua pengaruh duduk hutan , sekarang sokmo nak ade hijau , hijau , hijau. Purple macam dah tertolak ketepi plak...




NEXT ROOM!

DINNING ROOM : Aq sangat suka gile dapur yang tengah - tengah dia ada cabinet ke hape ntah nie..*CAM MEJA MESYUARAT PUN YE GAK* Kire macam kalau nak pepotong bawang , sayur , buah -buahan or barang kering , kite boleh buat kat tempat tue. Tak payah lah sesemak nak buat atas meja , hanyir, kotor comot , bersepah -sepah kat sinki. Tapi yes , nak kene guna ruang besar. Haaaa sebesar mane lah rumah aq agaknyer? Sebab tue saya nak duduk kawasan pinggir bandar , boleh buat umah bebesar.Best!!


So sambil masak - masak , aq boleh ah tengok :
anak -anak makan , tak pun melayan diorang kelam kabut nak siapkan homework sementara bus sekolah nak sampai or suami aq yang akan buat muke comel momel ke kan nak teman aq masak. ALALALALAAHH MENGADE!
Then keadaan dapur pun nak same exactly like this pict , nak ade kaler - kaler meriah.. Seronoknya hidup dengan limpahan warna :) dan the importanto is walaupun kurang barang , tapi kemas , menarik dan bersih!

Lagi best kalau kat depan dapur tue ada tempat my little hero heroin main. Owh memang dalam imaginasi kepala otak mahu sediakan 1 side tempat mereka bermain dimana ada 1 board untuk mereka menconteng arang ke dinding ( aktiviti indoor )... Conteng kat tempat lain , aq gomol2 korunk nanti...Muahaha!


"Sayanggg, tengok anak awak nie, die conteng dinding plak!!"


"Ikut ibu dia ah tue , suke menconteng"

"Eyh pehal plak?"

"Abis lu tak puas hati?"

"Jom ah gado, nah ambik parang nie!"



"Ayoh sapa takot! Sape kalah kene cat balik dinding nie"

"Eyh gua tak takutlah bai!"


Begitulah kisah sepasang suami isteri yang masyukkk~


HAHAHAHAHAHANOOBLAHAINN!





NEXT ROOM!!

BEDROOM 1 : Ok2! Bakal - bakal anak ku , jangan berebut , nie konsep bilik mak bapak korunk , korunk tunggu jap lagi..HAHAHA!
Once again , warna memainkan peranan. Aq , warna -warna meriah , PASTI! Kalau kaler gelap jerk , cam umah hantulah plak kan. Edward Cullen yang vampire tue pun bilik tak gelap , lagikan aq yang separuh manusia , separuh vampire nie..UPPS!!
"Sayang jom tidooooooooooo". Lalalala~


BEDROOM 2 : Kalau anak -anak ku nanti berjantina sama , haaaa puruk saja mereka dalam 1 bilik. Kongsi! Bilik bebanyak sapa nak kemas kan?? LALALA~
Katil double decker , almari baju , computer , rak buku , rak cd :) Takmo letak barang banyak-banyak sangat sebab nanti risiko hilang barang menjadi besar. KENAPA? Yelah nanti sebelah stokin bawah meja study , buku latihan belakang almari baju , report card bawah katil~ UPSS!! HAHA!


Kalau mereka berlainan jantina , kene lah buat bilik asing kan :


BOBOY :
Argh takire , bilik die takmo kaler majoriti hitam. Dah tak best ah hitam - hitam nie. Mane boleh tiru faveret kaler mak die kan.. Tak boleh , taboleh , taboleh!.Kene maskulin skit , MERAH + HITAM. Pergh macho betol anak aq :) *ADAM MUKHRIZ!*

GUGURL :Kuning cantik comel :)
Ok menyentuh *MENYENTUH YE ADEK2..HAHA!* bab hiasan dinding yang gambar bunga kaler hijau tue ( Refer gambar dibawah ) , aq baru perasan bende alah tue ada jual kat kedai decorative..
Agak mahal tapi cantik! Dia cam sticker yang kite kene tampal kan kat dinding. Lebeyh kurang cam wallpaper gitue.. Ade yang sekadar gambar , ade plak yang contohnya kat kelopak daun tue keluar jam! Pergh takyah beli jam , jimat :)


Toilet , halaman umah dan segala lain , xyah kot refer IKEA aq rase :) Pepandailah nak decorate sendirikan... Pape pun , IKEA memang best. Sumber-sumber gambar nie aq dapat dari IKEA US.