Mar 18, 2012

At hometown

Everything goes so slow lately . I've got so much work to do but B-L-U-R is my middle name now and P-E-N-D-I-N-G is my favorite mood. Mungkin effect dari kelembapan PC kat rumah ni bertindak , so emosi pun boleh terganggu , salah satu punca since aku tiap-tiap minggu kat JB ni . Mungkin . Sebelum ni kalau line internet lembab , baran amarah memang tak boleh dibendung , sekarang PC pula mengundang . Sabar jelah . Nak buat kerja punyalah lambat . Ni lah akibat bila Ada-laptop-di-tinggal-tinggal-kan .*Tepuk dahi*

Bercakap pasal rumah , habiskan-masa-dirumah memang satu aktiviti yang menyeronokan bagi orang yang tinggal jauh dari family . Makan tak pernah tak cukup , ketawa mengilai ,membebel ,bergossip memang keja hari-hari . Tadi , ayah suruh angah besarkan salah satu gambar kitorang kat Tanjung Balau . Sejak dua menjak ni ayah active mencari-gambar-keluarga-mem-frame-kan-mengantungnya-ke-dinding . Padahal sebelum ni ayah memang agak liat sikit bab-bab gantung-gantung gambar ni . Tak kesahlah... So tengah aku kusyuk layan novel , aku tedengar dua beranak ni berborak :


Ayah : Besarkan gambar ni ngah..
Angah : Ayah nak besarkan saiz apa?
Ayah : Yang gambar biasa size apa?
Angah : 4R
Ayah : Ohh kalau macam tu ayah nak size L 4R..
Angah : HAHAHAHHAHAHAHAHHA!!


Memandai bagi size baju kat gambar T___T



+++++++++++++++





This survey thingy is so dfshwhfwnfg . Rasa macam nak jawab semua sendiri je . Bukan apa , banyak sangat  nak kena "kejar" orang suruh buat survey . Alangkan survey SHELL yang setakat tick 1 answer for 1 stupid question tu pun ramai malas nak buat *count me in* , lagikan 50 soalan . But anyway million thanks untuk semua yang dah terlibat / menjawab :] 




I currently read this novel : A discover of witches and  I'm not sure when i able to finish it . Alasan banyak kerja mungkin tak boleh nak terima akal sebab novel sebelum ni berjaya dihabiskan dalam masa 3 hari , dalam kesibukkan mencari questionnaire research . So secara logicnya aku seorang yang apa-aku-peduli-sibuk-ke-tak-sibuk-aku-nak-jugak-habiskan-novel-ni punya orang . But i guess not for this one. Dengan ketebalan sebanyak 736 page , 37-38 line / 0.05 spacing per page , tetiba aku rasa terlampau lembab kepala-otak nak menerima novel tebal-mampat-padat ni . Mungkin juga ke-slow-an aku disebabkan buku ni more to witchy-witchy one , banyak term yang tak familiar *ecewah* . Owh! Muka gedik vampire-wannabe harus dijadikan bookmark untuk mendatangkan mood ceria sepanjang sesi membaca :] *vomit*




Korang yang mungkin dah agak lama follow blog usang ni mungkin pernah baca pasal bertapa teringin gilanya aku nak kan dreamcatcher kat sini . Hari tu masa teman angah cari barang , terjumpa benda ni . Serious teruja ! Harga dia boleh tahan menyeramkan jugalah . Masa kat kedai tu , tuan kedai ada mention pasal perbezaan dreamcatcher made in Asia dengan Europe one . Kalau nak tau bezanya tengok kat bulu yang dia gunakan . Kalau yang Asia punya , bulu yang digunakan sangat ringan dan tak cantik . Nampak sangat tu  bulu ayam yang macam buat buang habuk /duster tu . Lagi pun kalau yang Asia punya , dengan harga RM20 korang boleh dapat dreamcatcher yang bersaiz agak besar . Tapi kalau yang made in Europe , with RM20 , you only got the smallest one . Anyway thanks angah for this awesome and beautiful dreamcatcher :]




Balik ke pangkuan keluarga harusah ber-major-kan perihal makan . Antara makanan yang selamat masuk ke perut dan berkepul menjadi lemak yang aku ingat namanya :

  • Kari Kambing
  • Telur itik masak lemak cii api + kulit rambai
  • Ayam hutan + maman maak lemak cili api
  • Terung berempah
  • Ayam penyet
  • Satey
  • Lempeng kelapa
  • Asam pedas ikan sembilang
  • Nasi Beriani
  • Nasi Minyak
  • KFC
  • J Co donut
  • Dunkin Donut
  • J Co Yogurt
  • Cendol Md Zin

Yang lain tak ingat . Serious .
Dan yang pastinya kebanyakkan makanan ni tertera sign "Not Available In Muadzam Shah . Thank You". * Sarcasm*








New snacking style! Will update the recipe later :]  Super simple recipes with heavenly taste!





Auch! 2.48AM already!
Need to stop now..


Till then . Byeeeeeeee!


{AINNZ ABIGGAILL}

No comments: