Aug 11, 2011

#nowplaying Never Shout Never - Love Is Our Weapon

Hari ni buka dashboard ,Twitter & Facebook , semua orang macam berjanji - janji pula nak bercakap benda yang sama. Apa benda yang sama diorang tengah cakapkan? "CINTA". Geli geleman jugaklah baca sorang - sorang punya status & komen. Kelakar pun ada juga. Sedih + kesian pun ye. Tak sangka ada jugak kawan yang agak desperate nak cari couple/bercouple. Duhhh!


Desperate plak terbahagi pada 3 macam ; 1 nya yang memang jenis sentiasa malang dalm bercinta then now terasa macam dah puas sangat kononnya jadi single. Yang kedua jenis tak boleh single lelama , lepas clash terus nak cari penganti, clash lagi , desperate lagi. Yang ketiga is desperate meneruskan hubungan yang rapuh , dalam erti kata lain "Kau-clash-dengan-dia-lagi-bagus-dowkk!".


Aku kesian dengan memember dalam kategori yang pertama. Yelah sebab based on apa yang aku perhatikan , diorang ni kebanyakkannya wujud dari jenis perempuan yang setia. HAHAHAHAA!. Ok, tak kelakar. But seriouslah. Diorang jenis yang baik , based ape yang aku agak , kalau diorang ni dapat boyfriend , memang ditatang bagai minyak yang penuh lah kiranya. Tapi mungkin belum jodoh diorang lagi kan... Diorang kena banyak bersabar dalam menunggu jodoh dan aku pulak kena banyak bersabar bila membaca tweet & status facebook diorang. Perghh balik - balik madah cinta , luahan rasa lah pebenda semua tu. Sesikit meluah perasaan kat Facebook aku rasa still normal. Tapi kalau setiap hari update status pasal hati perasaan ape semua , aku rasa better pergi buat bloglah weyhh korang..


Berbalik pada soal cinta. Awww geli pulak nak menaip word C-I-N-T-A. Ok , actually aku rasa tak perlu kut nak desperate sangat unless kalau mak kau dah warning ke hape kan . Kalau tak , rilex - rilex sudah. Aku ada gak bercakap dengan memember yang "desperate" ni suruh diorang bersabar , sebab alasan diorang bagi kat aku untuk ber-boyfriend tu macam aku rasa nak tampar je muka satu - satu . Antara alasan tak masuk akal diorang is "Malulah nak pergi kenduri kawen kawan bawak mak , patutnya kena bawak boyfriend". Fuuuuuuuuuu..... Kau rasa nak tampar tak muka dia? Nak kan? Haaaaa tuelah!


Ada sesetengah orang yang dah terdesak sangat nak berpasangan ni kadang - kadang dia main sebat je sapa yang dia dapat. Berbaik - baik dalam area 1-2 bulan then terus couple. Pastu merana. Then mulalah update status "Tak percaya cinta" lah ape semua bagai. Memanglah tak semua orang kena menghadapi "sesi perkenalan" lama - lamakan , tapi selalunya "Cepat-dapat-cepat-pergi". Kalau umur still belas - belas , boleh ah layan cinta monyet ape semua sebab masa tu tak fikir mana hala tuju hubungan *ewahhhhh!!*. Tapi bila dah besar , kau dah takde nak beristilah cinta - cinta monyet. Kau hanya fikir pasal long term relationship yang boleh bawa ke stage seterusnya atau tak fikirkan langsung , focus pada kerjaya.



"Berpasangan" sebab hati bukan "berpasangan" sebab bosan/simpati/ada hengpon memahal tapi tak berbunyi/jealous dengan kawan-kawan yang bercouple/nak nampak cool/etc.



Cheers!



{AINNZ ABIGGAILL}

2 comments:

Abby Salvatore said...

I have bf but x pnah skali pon cacak status kat fb or blog pasal kisah perasaan2 or wutsoever.Kalau ada pon it just ayat sampingan yg tak penting.T_T

sampai kan ada org inbox me and ask
'abby ada bf ke tak?'---> 'ada'
'kalau ada knapa x letak pon kat status relationship.'
'Tak pnah mention pon'
'Tak pnah upload pic u n bf pon'
'Tak pnah nmpk dia komen pon'



haihhhhhh...
kau nak jwb apa?

AINNZ ABIGGAILL said...

Keep it low babe... kalau terlalu show off sgt nnt xbest plak kan :]