Aug 15, 2011

AKU MAKAN BENDA HARAM??

Gila lah weyh , gila lah , gila lah , gila!!







KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu, umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran. —Bernama




Aku buat cupcakes guna butter ni!
Aku buat kek batik dulu guna butter ni!
Buat kuih raya tahun lepas pun guna butter ni , selamat dah dalam perut sedara mara , sahabat handai , jiran tetangga semua!

Eyh since bila tak halal ni? Dari dulu or baru- baru ni je? Kejap halal , kejap tak...memain eyy!
Alahaiiiiii..butter ni sedap kottttt~



{AINNZ ABIGGAILL}

4 comments:

Abby Salvatore said...

---> x pandai buat biskut.xpandai buat kek.x pandai buat apa2 yg sewaktu dengannya.tau makan jewww...hikhik.eh?ini rupanya Churn yg di sebut2 itu...

a said...

banyak sgt isu halal haram skang ni. membikin kompius aje -_-''

Abiggaill said...

Abby : Hahahaha.cool one!
Mya : Tu lah..b4 ni butter ni pun pnh kena haram..then dah halal,pastu now haram balikk :[

chesakinah said...

owh,ye ker? tukar la.. pakai buttercup pon ok juga.