Hello - hello - hello!
Dah lama rasanya tak promotekan barang Little Syam kat blog ni. Skill - skill marketing aku pun dah macam hilang gitu. Wahhhh! bercakap macam sebelum ni berjaya jual bangunan 8 tingkat sebanyak 20 unit je kan? Poyo.
So hari ni aku nak ajak korang meng-usha beg - beg cute dari Little Syam.
Beg ni diberi nama , GRANDMA BEG. Bukan bermaksud kalau kau pakai beg ni kau nampak macam nenek - nenek or kau akan dikelompokkan dengan nenek - nenek , hell no ye awak - awak.
Beg ni berharga RM68 include postage.
Apa yang best tentang beg nie?
1.Beg ni mempunyai design yang cantik dan simple. Corak - corak yang ditampilkan memang mengikut citarasa terkini wanita milenium dan gadis - gadis kawai lah wa cakap lu! Mana seyh kau nak dapat beg yang ala - ala corak Modern + Vintage ni kalau bukan dari Little Syam :)
2.Size dia yang tak terlalu besar dan tak terlalu kecil memudahkan anda menyimpan / meletakkan / meng-hangkut segala barang yang korang nak bawak. Kire takdelah korang akan facing dengan tak-cukup-tempat-nak-letak-make-up , tak-muat-nak-letak-wallet-i-yang-panjang or masalah hello-blackberry-i-ada-4-mana-nak-selit-nieeee.. To be honest , perempuan sekarangkan macam suka pakai barang yang simple bergaya tapi berguna ke tahap maximum , so Grandma Beg is the one u need most ladies!
3.Mempunyai 1 tali penyandang menjadi salah satu keunikkan beg ni. Kita selalu tengok perempuan bawak handbeg yang ada 2 tali kan, kekadang diorang macam kekejap-1-tali-beg-jatuh-kekejap-1-tali-beg-jatuh , lepas tu partner macam rimas sebab si GF/isteri asyik sebuk dengan handbag je sebab asyik lepaskan pimpinan tangan mereka sebab nak betulkan tali beg yang terjatuh tu . Kekadang sampai si BF/suami rasa nak potong je terus semua tali beg yang ada kat muka bumi ni sambil menjerkah tali beg "Pasal kau awek aku sanggup lepaskan genggaman erat tanganku!!". So untuk menyelamatkan relationship korang , pelagi , gunakanlah Grandma Beg! ;]
4. Boleh dibasuh & mudah dibersihkan!
Huraian alasan nombor 3 tu kau abaikan , aku tipu je T__T
Tapi memang berbaloi - baloi kalau korang miliki beg ni. Serius tak tipu.
Untuk dapatkan gaya yang sempoi dan menarik , Grandma Beg mampu membantu anda dalam menonjolkan keunikkan dan personaliti korang serta menceriakan dan memudahkan aktiviti kalian! :]
Just drop comment or email me at ainnnick06@yahoo.com untuk sebarang tempahan/pertanyaan :)
{AINNZ ABIGGAILL}
2 comments:
ainnn, mana satu post kt little syam ni eh pasal beg ni? nak tengok design dia..
Hey Addin!
Beg ni dah lama punya design, ainn tanya my aunty , dia cakap stock pun ada sikit je , so mungkin yg tinggal design dlm gmbr2 ni je.
But Little Syam ada beg tote baru.
http://little-syam.blogspot.com/p/art-4-sale.html
interested? ;]
Post a Comment