Nov 2, 2010

KEMATIANNYA TERBELA AKHIRNYA



Kalau sekarang orang tanya siapa penyanyi / band kegemaran saya , saya akan cakap Bruno Mars , Pink , Pesawat , Uncle Kracker , Basshunter , Avenged Sevenfold , Shahir , Adam Lambert and etc.

Tapi dulu masa Form 1 - 2 , kalau orang tanya siapa penyanyi / band kegemaran saya , dengan bangga jawab Newboyz , Boboy , Spoon , Spin , Q Face , Kru , Westlife , BSB , Mcfly , Bowling of soup , NYSNC , Blue.... Korang tak payah nak teperanjat sangat tengok band faveret saya dulu. Yelah budak lagikan , bak kate orang - orang "budak baru nak naik", minat dia memang hyper. Alah lagipun masa 2001 mane ade Bruno Mars dol~ =.=' Sampaikan mamat sebelah umah nenek pun saya nampak kacak macam Tomok kononnya. Cuba sekarang tanya , kacak lagi tak ? And i will say OMG!! HELL NO! :]


SPOON


Finally selepas 11 tahun akhirnya kematian tragis arwah Along Spoon terbela bila si pembunuh, Mohamed Ya'cob Demyati , akan dikenakan hukuman gantung selepas rayuannya ditolak. Adil. Sangat adil. Actually ramai yang tak percaya kes nie belum selesai rupanya , termasuk saya @-@

Ingat lagi masa kes kematian Along tengah hot , hurm lebih kurang macam cerita kematian arwah sosilawati. Tragis. Masa Along ditemui mati dalam guni , saya memang tak boleh nak percaya. For me , dalam pada masa umur saya 11 / 12 tahun , cerita kematian yang macam tue sangat menakutkan. Tue kira kes kematian kedua yang menakutkan after cerita pasal Mona Fendi. Grossssssssssss.

Banyak majalah yang keluarkan cerita pasal arwah Along masa tue , kebanyakkannya saya beli dan simpan . Kononnya nak follow kes tue sampai selesai. Sedih masa baca pasal keluarga Along tak dapat terima hakikat dan mayat nya dikebumikan tanpa dituntut oleh pihak family. Majalah apentah ade siarkan gambar pusara Along yang hanya bernisankan kayu. Then majalah Mastika kut if i'm not mistaken , ade keluarkan cerita pasal ibu Along mimpikan Along balik rumah pakai jubah putih. Sedih gila. Family dia mesti over sedih , and me sebagai peminat arwah pun sedih kamu tahu ;[ Lepas tue family Along dah terima hakikat , semua orang pun dah percaya yang mayat dalam guni tue memang arwah.. Then vokalis Spoon digantikan dengan adik ke abang Along ntah , tapi macam tak berapa menjadi pula... Aura Along lebih kuat dalam hati peminat - peminat dia.

Hanya kerana cemburu , nyawa manusia tergadai. Korang tengok , manusia nie perangai kekadang entah pape. Saya bukan nak mengutuk atau nak buat spekulasi , tapi bila fikir - fikir balik , si pembunuh bunuh arwah sebab cemburu hubungan isteri dia dengan arwah. Masti kononnya dia fikir , bila arwah takde , dia dan wife dia dapat hidup bahagia semula. Tapi malang , sayang seribu kali sayang , dia dengan isterinya tak lama , now , dia pula kena hukuman gantung.




Pernah tak dengar quote "Mencintai tak semestinya memiliki" ? Ok , saya tak tau ape yang kamu boleh relatekan antara cerita Along dan quote nie , tapi saya rasa , ya , ini antara contoh "Mencintai , tak semestinya memiliki"...






PSS!!! : Maaf kalau apa yang saya tulis dalam entry nie bercanggah dengan fakta. Saya hanya menulis kronologi cerita based on apa yang saya ingat , masa umur 11 tahun .





No comments: