ISTERI TERSAYANG
Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di JB. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar email kepada isterinya.
Malangnya dia telah tersalah taip alamat email isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu,dia pun terus menghantar email tersebut.
Di sebuah rumah, di Kedah pula, seorang janda baru pulang dari majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak emailnya untuk melihat sekiranya terdapat meseg dari teman atau sedara-mara. Selepas membaca email pertama itu, si janda tersebut terus pengsan.
Anak lelaki janda tersebut bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai. Dia membaca email ibunya itu.
To : Isteri kesayangan
Date : 16 may 2002
Subject : Abang telah selamat sampai.
Abang tahu sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer disini pada ketika ini dan kita boleh menghantar email kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman disini. Abang lihat semua telah disediakan disini untuk kedatangan mu nanti, sayang. Abang harap perjalananmu kesini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah abang lalui ketika ini.
PEMBUNUHAN J.W.W BIRCH
CIKGU : Baiklah kita mulakan soal jawab. Fezzul bangun!!!!
( Fezzul yang baru bangun dari tidur tiba-tiba berdiri )
CIKGU : Jawab dengan pantas, siapakah yang telah membunuh J.W.W Birch?
FEZZUL: Sumpah, saya tak bunuh. Betul cikgu, saya tak kenal pun orang putih tue...( Sambil menangis melolong )
CIKGU: Mampos kalau aku ada 20 student macam nie ( Dalam hati )
No comments:
Post a Comment