Lagi 2 hari kita semua akan menyambut hari raya , Selamat Hari Raya Aidilfitri in advance everyone :)
So macam mana dengan persiapan raya?
Mine ada sedikit meriah , bak kata Ibu "Barulah tahunni rasa macam raya sikit ek..sorang buat kuih , sorang mengecat , sorang kemas rumah.."
Tahun ni aku buat 3 jenis cookies , and one of it is Rainbow Cookies or Biskut Lidah Kucing. As requested by Ida from my Instagram , here the recipe. Aku follow exactly resepi dari blog ini.
Bahan-bahan:
250gm mentega
175gm gula kastor
100ml putih telur [lebih kurang dari 3 biji telur]
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1/4sk emplex
Pewarna makanan [I used blue , green , pink , yellow , purple, orange]
Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit sehingga sebati. 3. Masukkan tepung , gaul rata menggunakan spatula.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang anda suka , letak pewarna berlainan bagi setiap bahagian.
5.Gris loyang lidah kucing, masukkan adunan dalam piping bag , dan paipkan atas loyang.
Oh by the way , aku tak guna loyang khas lidah kucing. My oven is too small for loyang size. So guna muffin tray pun boleh...
Taraaaaaa!
I named this OLA OLE GOETZE! :)
First batch , ada hangus-hangus sikit sebab masa ni nak adjust suhu and time ;)
Thennnn....comel dah!
Selamat mencuba!
{AINNZ ABIGGAIL}
No comments:
Post a Comment