Jan 13, 2012

Singgang & Asam Putih Ikan Tongkol



Lauk Singgang & Asam Putih ialah salah satu lauk favorite family kitorang selain  lauk Asam Pedas. Aku pun tak sure apa yang sedap sangat lauk ni. Mungkin sebab ayah suka , so kitorang satu rumah pun jadi TER-suka kot. Memang lumrah family kitorang , sorang suka nanti semua orang pun akan suka *Minus Durian!* Other reason kenapa lauk ni selalu ada atas meja makan  mungkin sebab  aku dengan ibu memang suka lauk – lauk  jenis express ni.

Kenapa lauk express?
 Masak lauk ni tak sampai lima minit boleh siap meyhhh, campak-campak je  :]


++++++++++++++++++++++++++


Sebelum ni kalau masak Singgang , leburkan je terus ikan dalam periuk lepas tumis bawang, halia & kunyit. Kalau masak Asam Putih  barulah kena  goreng dulu ikan tu before tumis. Last day masa ibu beli ikan Tongkol,  ada orang ajar ibu  cara nak masak ikan tongkol bagi sedap & lembut , sebelum masak , rebus dulu ikan tu.

Balik je dari  tadika semalam  , dengan perasaan malas yang dah sampai ke otak dengan badan penat apa semua , Singgang jelah yang larat aku masak….




Ingredient
Ikan Tongkol
Bawang putih
Bawang merah
Cili padi
Halia
Kunyit
Asam jawa
Garam

1. Rebus ikan tongkol , tuskan airnya
2. Tumis bawang , halia , kunyit dan cili padi sampai naik bau
3. Masukkan ikan , biarkan seminit.
4. Masukkan air asam jawa & garam secukupnya


Untuk lauk Asam Putih , simply gantikan ikan tongkol rebus dengan ikan tongkol goreng atau ikan goreng  apa pun boleh tapi mesti goreng dulu , part ingredient dan step memasak still sama macam Singgang.


Senang gilerr-kan?



{AINNZ ABIGGAILL}

2 comments:

Ieda Iar said...

waa sedap.. resepi utk dalam pantang nnt pun boleh ni.. ;D

AINNZ ABIGGAILL said...

a'ah, betul2!
ibu kita masa pantang dulu pun makan singgang je hari-hari...nak makan sup dah muak kan :]