Jan 30, 2012

JPNB punya hal


Sekali pandang jadual semester ni macam bersepah . Dua-tiga kali pandang macam relax sangat. Empat-lima-enam-tujuh lapan kali pandang terus aku stress. Stress sebab ada kelas malam.

Bagi sesetengah orang , kelas malam itu best sebab pagi tak payah nak mengelepar sangat kalau terbangun lambat then bila nak pergi kelas , dress-up camne rupa pun takpe kecualilah kalau ada presentation , baru kenal apa tu dress-code. Aku pun sepatutnya kena suka bila berkelas malam ni , sebab "Well i kan half-vampire. Tak boleh kena panas". Puih! Tak. Aku memang menyampah betul kalau ada kelas malam ni. Tak suka. Tak sukaaaaaaa!!. 

Last sem masa add kelas Japanese (JPNB113) tu hari isnin siang , pasal boleh tertukar malam pula bila Add-drop?? Pepandai je rombak sesuka hati... Tolonglahhhhh Dr Nash. Tolong fikirkan nasib pelajar-pelajar sunti anda, bahaya seyh jalan memalam balik kelas *Alasan*. Tapi oklah , surrender , bendera putih , taknak bunyi banyak sebab bagus jugak kelas selasa malam , dapatlah "cuti" lamo sikit , khamis petang or jumaat balik Pasir Gudang , isnin baru cecah Muadzam Shah semula . Miahahaha ;]




Satu jam kemudian..................




Ish!! Apasal ada kelas malammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm?!?!?
Tak suka , tak nak , tak nak , tak nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!
Nak drop subject! merajok! tak nak belajar bahasa jepun! tak nakkk!!






Tiga jam kemudian....................



Sambil menghafal dan mem-practice tulisan Kanji 

"Alahaii..bila nak masuk kelas ni. Tak sabarlah rasanyaa!!!"









-_____-

Aku rasa macam nak kerat lapanbelas kuku tangan dan jari sendiri guna pedang Samurai berkali-kali. 


Hati : Tolonglah Ainn , kau nak ke kau tak nak , kau kena nak juga. Tak ambik JPNB , kau tak boleh grad... SO? 
Tuan Badan : Oh OK,OK,OK. Saya nak pergi kelas dengan hati riang! Saya nak grad , saya nak grad!!



Bercakap pasal Japanese Language , haaa I wanna say KONNICHIWA to Syamsid
Hye awak , boleh kita jadi kawan? *kenyit-kenyit mata sambil jeling-jeling buku Jepun* :]
Syukur Alhamdulillah tetiba hari ni mood macam rajin sangat sampai nak check - check shout out orang kat shoutbox. Then jumpa link ke blog dia.. Hahahahaha! Bakal cikgu ke-2 .






Have a nice day people!



{AINNZ ABIGGAILL}


No comments: