Separuh hati sangatlah teruja macam orang tak penah pergi Melaka , padahal rasa macam dah nak muntah je pergi sana *ecehh!* , separuh perasaan lagi , Tuhan jelah yang tau. Dengan penatnya , pening , migraine , tanda-tanda nak demam ape semua... Gagah , Tabah dan Kuat , itulah pegangan diri untuk meneruskan pertualangan di bumi Melaka selama 2 hari , 1 malam. Woahhhhhhhhhhh!!
Mual baca intro T_____T
Ok, hari sabtu tu , kitorang sampai kat Melaka around 5.30 petang. Then angah suggest kitorang bermalam kat hotel budget yang dekat dengan semua tempat. Angah cakap nanti nak gerak pergi semua tempat tak payah sesusah bawak kereta , boleh jalan kaki je. Aku memula agak was-was jugak bila angah kata boleh pergi memana jalan kaki.Yelah walaupun selalu datang Melaka , Bandar Melaka ni dah lama gila aku tak pergi. Last pergi masa Form 2, tu pun ikut lawatan tadika ibu. Masa tu jarak antara A'Famosa dengan muzium sekitar dia pun aku rasa dah macam jauh gila , so rasa macam tak mungkin kot nak berlengas jalan kaki pusing Melaka. Tapi rupanya....... Ooooooemmmjehhhhhhhhhhh! Apakah Melaka telah 'dikepal' menjadi kecil?? pusing - pusing , terus tembus semua tempat!
Hotel Mesra Mutiara. Kitorang ambil Pakej Family Type B , which is got 1 queen bed and 2 single bed refer to double decker. Bilik dia OK lah setakat just untuk tido - tido kan. Sangat sederhana. Cuma TV tak boleh pakai then cermin toilet pecah sikit. Kau bayangkan , dari toilet kau tengah- tengah mandi boleh nampak jelas pengunjung - pengunjung Menara Taming Sari naik benda yang berputar - putar tu. Sumpah weyh , aku mandi tak kusyuk langsung! Dalam kepala otak aku asyik membayangkan yang kalaulah orang - orang tu ada teropong , then dia teropong keliling bandar , confirm! diorang boleh nampak aku tengah mandi.
Not cool bro, serious, not cool -
Lepas solat maghrib , kitorang terus keluar pergi Melaka River Cruise. Malam tu punyalah ramai makhluk oi kat sana. Budak sekolah punya rombongan cik kiah je dah berapa bus , campur dengan family - family yang berholiday lagi. Fieww! Tengah queue tu , kepala aku dah start meragam dah. Campur dengan bau air sungai & suara bebudak riang ria nak naik bot lagi. Wooooo tahan je , elak termuntah.
Tiket untuk naik boat kat Melaka River Cruise ni RM10 for dewasa and RM5 untuk bebudak. Berbaloilah juga datang sini sebab , first , untuk orang yang tak pernah naik boat macam aku , nie kira first try ah. Nak naik boat kat laut memang tak lahh kan , so meyh try ber-boat kek sungai melako ni haaa. Gayat! Then berbaloi sebab kau belajar sesikit sejarah Melaka sambil perhatikan benda tu live depan mata. Ketiga , seronok sebab kau dapat bubye-bubye mat salih tanpa segan silu malu dan lambaian kau pasti berbalas. Miahahahaha~
Masa kat hotel , gua telan panadol 2 biji. Sebelum naik boat , gua telan lagi Panadol activefast 2 biji , but still , rasa sakit kepala tak hilang - hilang. Sepanjang 45 minit round - round kat sungai Melaka ni, ayah dah risau tengok muka aku yang macam sfaergtgfrawgrt tu. Dari gambar atas pun kau boleh tengok muka aku ibarat Nak-lempang-takut-pipi-berguguran-tak-lempang-karang-mata-sakit-hati-pun-sakit-memandangnya.
Bau air masin kuat betol! dengan keadaan air sungai yang tepercik - percik ke muka, koajar air sungai nih. Tapi lebih thrill kalau kau jenis yang banyak cakap , jakun gila , mulut tak geti senyap masa naik boat ni , air sungai siap terpercik dalam mulut lagi tu! Fuhhh berkat. Nasib aku demam , so aku tak jakun sangat. Selamat~
Bau air masin kuat betol! dengan keadaan air sungai yang tepercik - percik ke muka, koajar air sungai nih. Tapi lebih thrill kalau kau jenis yang banyak cakap , jakun gila , mulut tak geti senyap masa naik boat ni , air sungai siap terpercik dalam mulut lagi tu! Fuhhh berkat. Nasib aku demam , so aku tak jakun sangat. Selamat~
Walaupun mood tak baik masa tu , but serious , teruja oiiii! Kampung Morten hebat! Cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk gila!! Setiap rumah ada lampu kekelip! Seronoknya! Nak pindah situ! Nak ! Nak! Nak!!
ADA SESIAPA LELAKI BUJANG YANG TIDAK TUA DARI KAMPUNG MORTEN , MELAKA, MAHU MENCARI PASANGAN HIDUP? SAYA MAHU ANDA!!!
Masa naik boat , sambil dengar explanation tentang setiap tempat yang kau nampak , elok beno lah rasanya kalau kau dapat bermain tangkap menangkap dengan gambar. View siang dengan malam kat sepanjang sungai Melaka sangatlah berbeza ya kawan-kawan. Aku dengan angah masa ni bergilir - gilir ambik gambar kiri kanan sungai. Barulah ada feel PELANCONG sikit kan ;] Ahhhhhhh bewel banget ini orang.
Pirate Park
1MALAYSIA every where~~
Hentian Dataran Hang Tuah
Belakang kedai - kedai tepi sungai
Say HYE! to another boat!!
Belakang kedai - kedai tepi sungai
Masjid Kampung Morten
Madrasah Kampung Jawa
Belakang kedai - kedai tepi sungai
Lepas ber-boat , kitorang pergi makan kat gerai depan Melaka River Cruise. Kuew tiaw dia terbaek! Bajet lepas tu nak jalan - jalan kat Jonker Street , but unfortunately hujan renyai - renyai dan kesihatan 3 puteri ayah sangat kronik. So aku , angah and intan balik bilik , ibu ngan ayah sambung jalan dekat pasar malam depan hotel.
And i should stop now , seram pulak tengok entry nie panjang bebeno....
Sambung berjalan on next Melaka entry. Bubye!
{AINNZ ABIGGAILL}
No comments:
Post a Comment