Sep 15, 2011

RUMAH PUSAKA , RUMAH LAMA

Raya kelima kitorang satu family balik kampung ayah kat Pontian. Before pergi Serkat , kitorang lunch kat rumah Maklang kat Pekan Nenas then pergi Taman Negara Tanjung Piai. Masa pergi rumah Makwan , singgahlah ke rumah lama arwah nenek. Rumah lama ni kat tengah - tengah kawasan rumah makcik pakcik aku. Kira macam kau nak pergi rumah siapa punlah , kau mesti kena lalu depan rumah lama tu.


Agak sedih bila tengok rumah tu makin terbiar. Dengan atapnya ada yang dah tercabut , papan lantai dah agak melendut , kotor , cat dah terhakis apa semua....
Rumah arwah nenek Timah tak macam rumah nenek Mun kat Gemas. Rumah nenek yang kat Gemas half of it diperbuat daripada batu. Rumah lama ni majoriti guna kayu. So bayangkan jelah bertapa usangnya rumah tu sekarang. Rumah pun takdelah besar mana but rumah tulah yang jadi syurga untuk 12 orang adik beradik ayah...



Masa ayah & ibu tengok - tengok rumah tu , aku ikut sekali. Teringat masa rumah tu masih "hidup".We have a lot of memories there...




Kalau kat kampung Negeri Sembilan , masa kecik , aku dengan cousin bila balik kampung kitorang spend masa main - main dalam rumah je. Paling kuat pun pergi main kat tali air belakang rumah nenek yang kitorang anggap as "sungai" ;) Takde cousin yang menetap kat kampung tu , so takdelah "kaki" nak merayap pusing - pusing kampung.


Berlainan dengan aktiviti bila kat kampung Pontian. Aku ada ramai sedara yang tinggal dalam satu kampung. Kira macam ada "kaki" untuk round - round kawasan kampunglah gitu. Tiap - tiap petang , aku ngan angah and Siti with few other girls akan naik basikal , pusing - pusing kat lorong - lorong kampung , tengok rumah - rumah orang , menyinggah kat rumah makcik pakcik , main kejar - kejar dengan angsa , mancing kat parit besar , pergi kedai beli ice cream kacang merah yang sekarang harga dia singgit-lima-posen , dulu harga dia only 20 cent duwhhh...


Banyak sangat benda nak di taip untuk gambarkan betapa banyaknya memori kat kampung tu.
Tapi lebih banyak lagi memori dengan rumah pusaka nenek...rumah lama keluarga besar kami...




Nama nenek aku Fatimah. Nenek meninggal masa aku Form 2. Ingat lagi , masa aku tengah belajar subject Maths , Cikgu Rosmini panggil aku , cakap ayah tengah tunggu kat luar kelas. Aku beria keluar , ingatkan pehal. Rupanya ayah datang nak ambik aku , nenek dah takda... Atuk belah ayah dah lama meninggal , since ayah sekolah rendah lagi. Aku dengan ibu penah "nampak" atuk pun dari gambar dia je. Atuk ada satu gambar tu je... Muka atuk macam ayah sikit tapi fizikal ayah more to nenek kut, baka besar , tinggi. Just like me , besawwwww :)
Semua cousin aku panggil nenek as "Atuk". Adik beradik aku je yang panggil "Nenek". Typical orang Johor , panggil nenek as Tuk , then datuk panggil Tuk Wan. Aku orang Johor gak , but..erghh pelik je panggil Tuk -.-'



Depan rumah nenek ada satu kolah untuk tadah air hujan. Masa kecik kitorang suka mandi kat luar.Sesambil ibu basuh baju , kitorang seronoklah berjoget - joget mandi manda macam orang jakun sampai nanti arwah nenek suruh masuk sebab pakcik-pakcik masa tu dah ramai balik dari laut. Orang kampung tu majoritinya nelayan. Family kitorang pun bukanlah orang senang , dulu takde washing machine , so marilah semua berkemban bak gadis ayu , memberus pakaian ditepian kolah dihadapan rumahhhhh ^.^

Dulu bila tengok kolah tu , aku rasa macam "Umaaaghaii tingginyo kolah ni, kalau tojatoh den dalam ni ,boleh matiii!!". Tapi sekarang rasa macam "Eyhhh hello-hello kolah , why u look so small the piecess nii??";)
Haaa ni lah rupa paras kolah ni sekarang , sedih je...




Rumah lama arwah nenek takdelah besar mana pun. Kalau orang datang , dari depan pintu boleh nampak arwah nenek punya hot spot. Heeee , dulu arwah nenek suka lepak sebelah tingkap ni. Siap ada kerusi malas dia lagi kat situ. Kalau bukan dia yang duduk kat situ , sesapa punlah termasuk aku memang suka tersadai kat situ. Nak kata view kat luar cantik , takpun , nampak semak dengan pokok - pokok kelapa je. Tapi entahlah , hahaha. Owh! aku suka duduk situ sebab boleh tengok tupai , burung raja udang , helang , burung - burung..





Berdepan dengan tingkap favorite nenek ialah bilik dia. Bila kitorang kat kampung , dia akan perhatikan kitorang makan kat dapur dari bilik dia. Dia akan duduk kat tepi pintu bilik sambil borak - borak dengan kitorang. Jarak bilik arwah dengan dapur dekat je... Dulu nenek suka masak simple - simple. Nenek masak asam pedas then goreng ikan fresh yang Pak Yem tangkap untuk kitorang , sayur , sambal belacan. Piewwwww sedap! Pastu nanti mesti ada kopi-O. Nenek suka makan biskut cicah dengan Kopi-O...
Teringat pulak arwah nenek punya Gula Durian. Sedapnyaaaaaaaaaa. Makan dengan roti. Sekarang nenek dah takde , aku dah tak makan gula durian. Tak jumpa dah benda tu...


Nie lah meja makan kitorang.. Hurmmm.I miss her so much , i miss everything bout her...



Before ada bilik air baru , kitorang akan mandi guna air kolah dalam. Kolah kecil tu kena kongsi dengan orang dapur. Kira macam kau tengah sebok sauk air untuk bershampoo bagai then tetiba ada makcik kau masuk site sebelah untuk ambik air dari kolah yang sama untuk masak. Hahahaha dahlah takde pintu ke ape kan , kalau macam pakcik tengah mandi then aku plak masuk untuk cuci pinggan kat sebelahnya..haaaa memanglah TEMBEL kan mata lepas tu T____T
Aku agak mungkin sebab arwah nenek ada ramai anak lelaki , so tu yang relax je kut buat bilik air open camtu?!?!






Orang kata nama Pontian ni asal dari Pontianak. Ecewahhhhh... Ada jugak tempat - tempat sekitar Pontian yang kata nya "keras". Contoh macam kat Seri Bunian. Tapi tak taulah betul ke tak. So point aku kat sini ialah tentang 1 lukisan lama yang tertampal kat dinding rumah nenek.

Memula aku terasa juga tapi aku agak tu just mainan perasaan. Tapi lepas angah mengaku dia pun terasa macam tu , aku pun macam gfcuqdfuwfegdfg jelah. Before tido atau antara tengah nak terlena dan berjaga , kitorang ada 1 perasaan yang terasa macam orang - orang dalam lukisan tu bergerak. Means like kitorang nampak diorang berjalan - jalan , bercakap dengan each other dalam gambar tu. Scary gila. Masa tu aku dengan angah kecik lagi. Kitorang memang takkan naik tingkat atas , tempat lukisan tu kalau ayah or ibu tak naik sekali. Punyalah perangai buruk sangatkan..Hari tu masa melawat rumah lama ni , aku ada cakap dengan ayah , aku nak simpan lukisan tu sebab takut rosak kena hujan tapi ayah tak bagi. Ayah kata lukisan tu untuk tutup lubang angin kat tingkap. Ya , belakang lukisan tu ada lubang angin. Mungkin aku nampak orang-orang dalam gambar tu bergerak sebab angin yang goyangkan gambar tu kot...





Kat dapur ada banyak pinggan mangkuk arwah nenek. Semua jenis rare , simple dan takde dah jual masa sekarang ni. Ada satu set cawan warna hijau muda , bagi aku cantik sangat sebab nampak so classic. Aku cakap dengan ayah nak bawak balik , simpan kat rumah. Letak kat situ pun bukannya boleh buat apa , relax je ayam - ayam bertelur kat pinggan mangkuk tu. Tapi angah pulak tak bagi.





Angah cakap takut nanti ada "benda" ikut. She keep remind me that "Kau jangan long....kang ada benda ikut kau jangan menyesal". T________T











{AINNZ ABIGGAILL}

No comments: