Tajuk sangat jelas. Tapi kenapa ek nak kena risau - risau bagai pasal size gambar ni? Pergi kedai snap , cuci gambar , siap , then tampal terus sudeyyyyy. Ok , tu kalau untuk kau yang jenis Pergi-kedai-ambik-gambar , memang tak payah nak risau sangatlahkan pasal benda - benda ni sebab size gambar passport memang dah standard size-kan. Tapi untuk kau yang sejenis dengan aku , jenis ambik gambar sendiri sebab tak boleh control jiwa bila ambik gambar kat kedai , adakah korang yakin dan pasti tentang ukuran gambar yang korang gunakan tue ? Sure? Ragu - ragu ?
Ukuruan sebenar gambar untuk Resume / Curriculum Vitae is 1x1 inch or 2x2 inch. Tapi aku rasa 2x2 inch is the preferred size lah. Clear dan sedap mata memandang. Takdelah orang macam nak kena tenung lelama gambar kau untuk make surekan kau ada berapa biji mata or berapa keping mulut kan. *Owh keping!* Then selain tu kau kenalah pakai ala - ala formal attire sikit , barulah nampak professional even hanya dalam gambar. Lepas tu background tu biarlah elok sikit rupanya. Kalau kita ambik gambar sendiri , kita boleh pilih nak background gambar warna apa kan , pink ke , biru ke , warna pelangi ke. But look dear , tu semua TAK BOLEH ok. Gila kau , dahlah ambik gambar sendiri sebab nanti kau boleh senyum lebar tanpa segan atau boleh snap berjuta kali demi mendapatkan hanya 1 sahaja gambar yang Ummmphh! , pastu kau nak background warna warni plak , siapa kau , diva?? *Owh ayat!*. So seelok - eloknya bergambarlah ditempat yang berlatar belakang gelap kalau kau pakai baju berwarna cerah , dan berlatar belakangkan something yang cerah kalau kau pakai baju gelap. Itu lebih baik. Alah , ambik je gambar kat dinding rumah , ape susah! Lepas tu , gambar korang tak boleh terlampau kebawah or keatas. Kira macam ngam - ngam soi lah jarak kepala dan bahagian bawah dengan ukuran gambar tu , center. *Refer gambar Lisa Surihani berbaju sekolah & gambar Fauzi Nawawai diatas. -Google*
Tetiba aku cerita pasal gambar untuk resume ni bukan apa , ahad lepas , aku dengan segala hormatnya di lantik menjadi tukang-gambar-resume for Shida & Zie. Memang lawak boleh tak. Aku ni bukannya pro pun. Kalau ambik gambar sendiri aku tereeel ah , ambik gambar orang , then editkan plak , hahahaha memang dsfdfgssdg. Tapi sebab dah diberi mandat , aku tunaikan dengan sebaik mungkin *tangan didada , mata kelip-kelip*
Selain tu , aku tak nak lah kau repeat kesalahan aku letak gambar kat resume. Resume / CV tu penting sebab ada sesetengah company dia lebih refer bercakap face to face dengan candidate then labelkan candidate tu jenis yang macam mana, but ada sesetengah company pula , diorang suka melabelkan orang before jumpa face to face....
Aku dah tak tau nak cekau gambar mana. Ni jelah yang ado.
Gambar yang TERRRRRRRRRRRRRRR- bajet sopan + background di Photoshop-kan.
Halahhh..
Atleast takde lah gambar aku cam mamat INI kan...
Comel sangat dia punya tu ^_^
FACT :
PSS!!! : Kenapa aku boleh buatkan gambar passport orang OK , tapi bila part aku HANCUR LEBUR?
{AINNZ ABIGGAILL}
5 comments:
nice tips tuk org yg suke amek gambar sendiri like me.. ^^
Hahaha sep sep! kita sama. suka ambik gambar sndri..haha..nasib gmbr kt ic xblh ambik sndri..kalau tak.... ;]
kenapa ade pic earphone ijau kecik tu?hekhek
Hahaha tu kira macam alatan sampingan untuk mendapatkan mood dlm mngedit gmbr... Woahh *kononnya* ;p
pandai dia edit gambar ..huhu
Post a Comment