Apr 27, 2011

KALAU PERCAYA..


Di sebuah kampung yang terletak di pinggir sungai berdekatan dengan hutan , tinggallah seorang gadis yang berkebolehan untuk bercakap dengan haiwan bersama ibu dan bapanya. Gadis itu sering kelihatan berjalan - jalan dipinggir hutan sambil ditemani oleh unicorn peliharaannya. Gadis yang berambut panjang , bermata cantik dan berkulit cerah itu tidak mempunyai ramai kawan kerana anak - anak penduduk kampung berasa takut dengan dirinya yang sentiasa berdamping dengan kudanya walaupun kemana saja dia pergi. Dia sangat sayangkan unicornnya. Kadang – kadang mereka akan bermain kejar – kejar bersama arnab hutan atau pun bermain air di sungai bersama kura – kura hijau. Si gadis sangat sayangkan haiwan – haiwan itu.



Si gadis selalu diejek kerana tidak pandai dalam ilmuan - ilmuan yang diajarkan disekolah. Ini merupakan salah satu sebab mengapa tiada seorang pun yang mahu berteman dengannya. Dia juga sering dikeji kerana lebih menggemari ilmu magis dan sentiasa percayakan keajaiban. Dia percaya setiap warna pelangi ada bidadari tersendiri , dia percaya kanak – kanak yang baik boleh berbaring dibulan sabit dan dia percaya unicorn-nya boleh bawa dia terbang. Orang kampung menganggapnya gila dan suka membazirkan masa untuk sesuatu yang tidak membawa kebaikkan. Dia juga sering dimarahi oleh ibunya yang malu terhadap kata – kata orang kampung.





Pada suatu hari , kampung mereka telah diserang oleh seekor monster ganas yang sangat menakutkan. Badannya berbulu lebat berwarna ungu dan monster itu memiliki sepasang tanduk kuning yang besar dan bengkok . Monster itu hanya akan muncul pada waktu petang dan kebetulan pada masa yang sama setiap kali si gadis dan unicornnya bersiar - siar dipinggir hutan. Monster itu hanya akan mencederakan penduduk kampung yang masih muda dan golongan tua pula akan diculik dan dikumpulkan di dalam satu gua gelap yang terletak dibalik Bukit Hangus. Penduduk kampung percaya bahawa kemunculan monster itu ada kaitannya dengan gadis dan kuda bertanduknya itu. Apa yang didengar oleh gadis ialah orang kampung percaya monster ungu berbuat kacau dikampung mereka kerana monster ungu mahukan semula kuda bertanduk gadis. Ketua kampung telah meyakinkan semua orang bahawa tanduk sama warna yang ada pada kuda dan si monster ungu itu adalah bukti bahawa mereka mempunyai hubungan.




Si gadis tidak mahu kehilangan unicornnya kerana hanya unicorn itu yang mahu berteman dengannya. Senja itu , ibu si gadis telah memaksanya untuk memberikan unicornnya kepada ketua kampung untuk dibunuh. Si gadis menangis teresak – esak bila ibunya cuba untuk mencederakan kuda kesayangannya itu. Jiran – jirannya yang melihat kejadian itu juga turut membantu ibu si gadis memukul unicorn yang terikat disebatang pokok bersebelahan rumah gadis. Gadis berasa sangat sedih bila semakin dihina dan kudanya dicederakan. Gadis lihat badan unicornnya berdarah – darah , tanduk unicorn sedang cuba dipatahkan oleh ibunya sendiri . Dengan mengumpul segala kekuatan yang ada dia berlari kearah unicorn , menolak semua orang yang berada disitu , dia cuba melepaskan kudanya itu dan mereka lari kehutan. Dengan bantuan cahaya bulan mengambang , mereka terus berlari hingga ke tengah hutan. Gadis lihat unicorn semakin lemah , dia mengajak unicornnya berehat dibawah pokok renek , lalu mereka tertidur.




Keesokkan harinya cuaca kelihatan agak mendung. Si gadis cuba mencari buah – buahan di kawasan kelilingnya untuk dijadikan makanan mereka hari itu sebelum hujan lebat turun. Tapi malang , dia tidak berjumpa apa – apa. Dari jauh kedengaran suara unicorn tiba – tiba mengerang kesakitan. Gadis terus berlari mendapatkan unicornnya. Alangkah terkejutnya dia bila melihat seorang pemuda sedang melakukan sesuatu pada unicornnya!



bersambung kalau rajin.....



{AINNZ ABIGGAILL}

7 comments:

kain.batik said...

'bermain air bersama-sama kura-kura hijau...' hahaha,comelll!

chesakinah said...

mereka akan mendapat akibatnya sbb mencederakan unicorn.. hehehe.. *tebayang unicorn dlm cite merlin.. a creature with pure heart :D

Abiggaill said...

Farah : hahahaha mcm terkebetulan plak..jom main2 air! ;]

Sakinah : haaaaaaa memang dpt ilham dr series tue pun ;]

:-P said...

rajin melukis.. :-D

Abiggaill said...

hahahaha mana ade meyh..

:-P said...

hahaha... abiz spe lukis.

Abiggaill said...

hahaha tu bukan lukisan..tu contengan