Feb 11, 2011

PART 2 : CHILDHOOD MEMORIES!


Hari ni boleh dikatakan agak lama lah aku mengadap Twitter sambil ber-Tumblr. Borak dengan Dodol , dari cerita unicorn ke cerita cartoon dan cerita blog. Dari elok - elok aku tengah cari ilham macam mana nak design deodorant baru untuk product launching next week terus hilang apa segala idea. Nie semua Dodol punya pasal! *Tetiba* Takdelah , gurau je.

Tadi dodol ada Tweet menda nie :


Ok actually dari malam semalam memang nak tulis pasal cartoon - cartoon klasik kegemaran masa zaman bebudak aku dulu sebab before nie pernah cerita pasal Gula - gula Klasik , tapi malas gila nak menaip , tetiba hari ni Dodol mention plak. So teruskanlah hajat terbantut tu. Tau tak cartoon apa yang terlintas kat kepala aku semalam?



Joe Jambul!




Nak cerita banyak pun tak boleh sebab backup picture takde. Try Google pun , hampehh , 2 ketul gambar nie je yang ada. Lagipun aku macam ingat-ingat-lupa plak cerita Joe Jambul nie macam mana. Yang aku sure kita kena tolong perempuan yang macam askar tue ( pengacara ) jejaki Joe Jambul yang suka lari -lari keluar negara then kena cari dia based on beberapa clue yang dia tinggalkan. Kire macam ala - ala Blue Clues ah ni. Tapi Blue Clues tu annoying sangat. Menyampah aku! Clue depan mata pun tak nampak , lagi nak tanya - tanya banyak kali.

Walau macam mana punlah kan , even cartoon nie tak secomel Upin Ipin sebab jambul dia pelik bebenar tapi dia punya best memang gila ah.. Rugi bebudak sekarang sebab Joe Jambul dah takde masa zaman diorang ni. Aku rasa Joe Jambul pun dah bersara , jadi Joe Botak T______T





Keluang Man!


Dulu aku hafal gila lagu tema cerita ni. Kadang - kadang lagu tema belum keluar lagi , aku dah start nyanyi bila tengok gambar ni dah terpapar kat TV :




Keluang Man ni jadi lebih comel bila dia menjaga keselamatan orang dengan partner dia Tiong Man padahal diorang adalah pesakit mental. Hahahaha! Comelkan?? Bayangkan hari ni kalau orang - orang yang ada masalah mental tu jaga keselamatan kita , haaaa selamat ke kita ?



Nah ambik nie video lagu tema Keluang Man. (Pausekan background music kat bawah dulu ya)



dia
bagai seorang pahlawan
menjadi pembela
pada yg tiada upaya
dengan ketangkasan
langkah pergerakannya
menewaskan musuh
yang membuat angkara
dialah satria
biar pun dimana jua
dia datang dikala malam tiba
melakukan tugas mulia
didesa juga dikota
dia akan memberikan bantunya
demi hidup aman sejahtera
keluang man3x


Teringat muka Krisya yang comel macam Vanessa Hudgen sikit :]





YOKIES!



Cerita ni memang selalu aku tengok. Pernah dulu sebab suka sangat dengan Yokies ni sampai waktu Pendidikan Seni , cikgu suruh lukis atas kulit telur , punya semangat aku meng-create-kan telur tu biar nampak macam Yokies. Nampak je macam senang..... Padahal apa yang aku lukis jadi macam ni :


Lepas lukis tu baru perasan yang watak aku lukis tu tak sama langsung dengan katon Yokies. Bayangkanlah , rambut macam bapak dia , baju macam adik kecik dia , mulut macam mak dia , mata macam abang dia... Amenda ntah aku nie T_______T





USOP SONTORIAN!




Yang ni tak payah nak cerita banyaklah. Kehebatan dan ke-best-an tiada tandingan! Ada umphhh punya! Aku suka suara mamat sikh tue , unik. Macam suara orang tercekik biji mangga ;]





Selain tue apa lagi yang best?? :



















Related Post : PART 2 : CHILDHOOD MEMORIES! , Ms. Frizzle - The Magic School Bus!!



{AINNZ ABIGGAILL}

3 comments:

dodol sahaja said...

ok saya rasa terharu,but the most importantly thanks abil u rawks,i pun suker keluang man,my fav!

kain.batik said...

wah! ainn...serius semua farah minat..teringat zaman dulu2...best!
keluang man,
keluan man,
keluang man......
hahaha..farah pun hafal gak..:)

Abiggaill said...

Dodol : u rawksss olso!

Farah : tuelah , best kan?? kenapa skrg xde kluang man ;]