Sep 14, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!

Yeayyyy , finally! Genap sudah angka umur , 22 tahun. Syukur Alhamdulillah , masih bernafas lagi didunia luas ini . Terima kasih pada kawan - kawan yang meng-SMS dan drop wish kat wall / inbox FB. Terima kasih :)



Kini nilai angka umur semakin bertambah.
Harap semakin matang aku dalam realiti ,
semakin berkembang imaginasi aku dalam fantasi.

Aku ,
sama seperti semua gadis ,
mengharapkan hidup semakin mudah , semakin penuh cita , cerita dan cinta.
Mengharapkan sentiasa mampu tersenyum riang dalam taman pelangi , dan jauh aku berdiri dari lembah mendung.

Kehadapan-Mu yang hakiki ,
serendah - rendah diri ini aku terus memohon ,
Kau permudahkanlah segala urusan ku , Kau bukakanlah pintu rezeki ku seluas - luasnya ,
Kau sinarilah hati ku dengan Nur - Mu ,
Kau dekatkan aku dengan orang - orang yang menyayangiku dan orang - orang yang ku sayangi , Kau jauhkan aku dari musuh - musuhku dan segala kesusahan kesulitan...
Amin-



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++





Hadiah dari ibu :)

Nak cerita sikit pasal hadiah yang ibu bagi tue. Actually tadi dari kampung nak balik ke Johor , kitorang singgah Ayer Hitam. Standard ah kan , cari kerepek , pasu bunga and etc suma... Jalan - jalan , macam biasalah mata mula bersepah.
Pastue dah siap beli - beli barang , tetiba ibu offer nak pape tak..Ngeeeeee :)

Memula nak ambil anak patung warna purple , comellllllllllllllll gila. Tapi ibu dah sound awal - awal "dah besar jangan nak patung-patung lagi". Then ok fine jalan ke kedai - kedai kecik tue jumpalah bantal tue. Hahaha padahal dari awal turun kereta mata dah sharp pandang bantal love tue.

Kebetulan ade 11 LOVE kat bantal tue , bila darab 2 , jadilah 22..22, umur saya! Ngammmmm , so terus ambik, tak fikir patung - patung lain dah sebab terasa bantal love tue macam boleh bagi sentimental value plak kan? :)






3 comments:

MOFASAD said...

selamat hari raya dan hari lahir :)

faraa ;) said...

Happy Birthdayy . ;D

AINNZ ABIGGAILL said...

FARID & FARAA : Terima kasih! :)