Sep 1, 2010

AKU TAK PUAS HATI DENGAN LELAKI!


Kekadang normal bila lelaki menyalahkan wanita dalam sesuatu perkara dan kemudiannya wanita tuding jari kat lelaki semula. Memang normal sangat... Bila lelaki banyak cakap pasal wanita , kadang - kadang pernah tak diorang terfikir yang mereka juga ada lakukan kesalahan yang lebih kurang sama ???



Aku rasa tak..
Bias sangat!


"Sebab kau perempuan so kau salah , kau teruk , ko buat orang lain tambah dosa" macam tue?

Aku selalu baca entry pasal perempuan pergi / jual makanan kat bazar pakai baju seksi , terkeluar gunung ganang yang boleh buatkan pahala lelaki makin NIPIS. Aku nak tanya , kalau kau tak tengok perempuan - perempuan tue sure ke pahala kau seharian TEBAL? Timbul tanda tanya kat situ ,tapi tak payah lah kau jawab sebab aku confirm kau akan jawab YA! =.='


Kekadang aku relax - relax je baca tapi kekadang baran juga.. Amboi ayat masing - masing bukan main. Macam bertanding plak ayat mengutuk sape paling PANAS.


Bagi aku perempuan atau lelaki , perangai lebih kurang je.
Yang perempuan tayang badan kat lelaki , yang lelaki cuba menyetan kat perempuan!

  • Aku pergi bazar ramadhan sikit punya sopan aku pakai sebab aku tak rasa diri nie ade X-FACTOR untuk di show off kan. Lagi setakat bazar ramadhan , alahai low taste je nak mencapap kat sana... Then tetiba tengah jalan - jalan di kawasan lengang ada seorang LELAKI nie pergi raba tangan aku. Memang sial abis. I tot member - member aku jugak sebab kitorang memang suka jalan berpaut , takut MIA , tapi macam bangang rupanya lelaki punya tangan. Then aku jeritlah , muka lelaki tue sumpah macam bangang , poyo takde perasaan! Malamnye aku cerita kat sorang kawan lelaki , then yang lebih buat aku menyirap , dia pula tuduh aku goda mamat tue. "Kalau you tak goda dia takkan dia nak pegang you". Haaaaaaa jahanam-

  • Kitorang reramai pergi beli ikan bakar yang penjualnya lelaki. Then ada sorang akak nie area 40++ kut beli jugak ikan bakar kat situ. Tetiba penjual tue nak tunjuk ramah sangat sambil berbual dia pegang tangan akak tue then dia tanya pasal status perempuan tue , sambil try untuk pegang - pegang cincin yang tersarung kat jari akak tue. "Cincin ni mesti BF bagi kan kan kan?" WTF! Gangguan seksual kot... Muka akak tue dah merah gila means dia tak selesalah kan dengan apa yang berlaku plus orang ramai kut tengokkan dia .. Mamat tue cakap akak tue regular customer. Even dia regular customer pun boleh ke dia suka hati nak pegang - pegang orang??? Buta kehape tak nampak akak tue bawak anak , BF celah mana pula , orang tue dah kawen, respek maruah orang yang dah kawen tak boleh ke hahh??

  • Lelaki bagi duit baki kat customer perempuan macam mana? Tak payah nak bedek lah , kecuali lelaki tua maybe diorang biasa je , kal
  • au lelaki muda? Perghhh...



So , lelaki , masih lagi nak tuding jari kat perempuan sahaja?
Next time , you point a finger , i'll point you to the mirror!!








1 comment:

Nashriq ScarHe4rt said...

kadang2 depa lupa,laki or pompuan juz beza pada jantina..baek atau jahat bergantung pada individu..n i do believe,people dun fuck people..people fuck da situation....kuang ajar ehh mamat jual ikn bakar tue....urm...