Dec 7, 2015

#cancerfighter

Masa Ayah disahkan menghidap penyakit Cancer Colon , tak lama lepas itu baru kitorang tau Tunku Jalil juga menghadapi Cancer.
Dalam hati rasa "Allah berikan dugaan pada hambanya tidak kira pangkat dan darjat , tua dan muda."

Bulan berganti bulan , kami dengar cerita yang Almarhum Tunku Jalil berubat di China , Singapore...
Dalam hati rasa "Ya Allah , untungnya dia...mampu berubat di merata. Ayah tak dapat kemana..."

Masa berlalu , kami dengar Almarhum Tunku Jalil kerap ke hospital , lemah kadang kala.
Dalam hati , "Alhamdulillah , sekurangnya Ayah masih tegap , tidak terlantar sakit"

Makin hampir ke hujung , gempak , ada yang meghantar berita , katanya Ayah sedang nazak , walhal ayah biasa sahaja. Berpusu kenalan ke hospital dek kerana berita itu.
Dengarnya Almarhum Tengku Jalil juga terkena perkara yang sama.


KUN FAYAKUN!


Bulan lapan ,  dua ribu lima belas , Ayah pergi.
Bulan dua belas , dua ribu lima belas , Tunku Jalil pergi.




Selesai battle dua orang fighter ini.
Semoga tenang disana.
Al-Fatihah.

No comments: